Home >> Personal >> Himpunan Keluarga Sambut Hari Bapa

Himpunan Keluarga Sambut Hari Bapa

by Kulanzsalleh on June 3, 2012 · 25 comments

Sabtu lepas, kami berkumpul di rumah bapa. Buat sedikit majlis khas hari keluarga untuk menghargai orang tersayang, sempena sambutan hari vader pai cha padre athair vater otac atau hari bapa sambil merapatkan silaturrahim sesama keluarga.

Himpunan Keluarga

Hari Bapa

Kalau diikutkan, hari bapa di Malaysia sepatutnya disambut pada minggu ke-3 bulan Jun setiap tahun. Hari yang diperuntukkan khas untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Ia disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia serta melibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan lain-lain aktiviti kekeluargaan. Tapi kami sengaja buat lebih awal kerana kebetulan cuti sekolah dan kebanyakan daripada kami bercuti ketika itu.

Himpunan Keluarga

Himpunan Keluarga

Himpunan Keluarga

Kami adik-baradik kebanyakannya tinggal berhampiran walaupun kerja di tempat berlainan. Maknanya hari-hari atau paling kurang seminggu sekali boleh jenguk bapa. Cuma untuk tunggu semua berkumpul serentak mungkin agak sukar dibuat setiap hari sebab masing-masing ada komitmen keluarga. Jadi kalau sudah dapat berkumpul begini memang seronok.

Himpunan Keluarga

Inilah ayah saya. Kini telah menjangkau usia 75 Tahun dan alhamdulillah masih diberikan kudrat. Memiliki cucu setakat ini seramai 39 orang daripada kami adik-beradik seramai 10 orang. Keluarga yang besar.

Hari Bapa

Himpunan Keluarga

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya hukum sambutan hari bapa dan sejarah sambutan hari bapa di Malaysia. Itu saya tidak pasti. Cuma ada catatan menyebut bahawa sambutan hari bapa ini hanyalah sebagai mengenang jasa seorang bapa bersusah-payah membesarkan anaknya secara bersendirian. Bagaimanapun kalau hendak mendapatkan penjelasan yang terperinci, boleh rujuk Garis Panduan Sambutan Hari Bapa, Ibu, Kekasih dan yang seumpamanya menurut Perspektif Islam di sini.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



Kata kunci artikel:

hukum sambut hari bapa, hari bapa, hari bapa 2013, artikel hari keluarga, contoh ringkasan hari keluarga, contoh karangan sambutan hari bapa tahun 4, karangan tentang sambutan hari jadi ayah, karangan tentang hari keluarga, karangan menyambut hari jadi bapa, boleh ke sambut hari bapa

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 25 comments… read them below or add one }

1 akubiomed June 3, 2012 at 10:59 pm

Selamat hari Bapa. Seronok makan bersama ahli keluarga meriah suasananya.

Reply

2 kulanz June 3, 2012 at 11:59 pm

memang seronok.. jarang juga dapat kumpul serentak macam ni

Reply

3 azman June 3, 2012 at 11:41 pm

Saya tak berpeluang sambut Hari Bapa -bapa sudah tiada.

Reply

4 kulanz June 4, 2012 at 12:00 am

tak apa bro.. kami hari tu pun tak sambut hari ibu sebab ibu dah tiada

Reply

5 tehr June 4, 2012 at 12:43 am

meriah sangat ni dapat kumpul ramai2
adik beradik mak aku ada 9
memang ramai la sepupu sepapat
memang meriah

Reply

6 kulanz June 6, 2012 at 9:21 pm

keluarga besar juga tu bro.. kalau kumpul semua sekali memang meriah

Reply

7 hatiputera June 4, 2012 at 8:55 am

selamat menyambut hari bapa,,,tanpa ibu dan bapa tiadalah kita di dunia ini..

Reply

8 kulanz June 6, 2012 at 9:27 pm

ya.. jasa keduanya perlu dihargai

Reply

9 Hafizul June 4, 2012 at 1:22 pm

Salam perkenalan dari pondok kecil..Emm mesti hati ayah tu gembira tak terkata..dapat berkumpul sanak saudara..meriahnya..hehe

Reply

10 kulanz June 6, 2012 at 9:28 pm

memang gembira dan terharu dia

Reply

11 Razlan June 4, 2012 at 2:45 pm

Seronok dapat kumpul ramai-ramai ne,boleh juga tahu perkermbangan kehidupan adik beradik yang lain.

Reply

12 kulanz June 6, 2012 at 9:30 pm

ya.. itu antara matlamatnya

Reply

13 Jebeng Otai™ June 4, 2012 at 11:43 pm

mmg meriah bila jamu selera bersama2.. :)

Reply

14 kulanz June 6, 2012 at 9:31 pm

kalau makan ramai-ramai rasa cepat kenyang walaupun makanan sedikit

Reply

15 titan June 5, 2012 at 12:11 am

pehh..jamuan besar-besaran nih..

Reply

16 kulanz June 6, 2012 at 9:35 pm

sederhana saja ni bro

Reply

17 rahman June 5, 2012 at 11:21 am

saat indah yang pasti akan di kenang

Reply

18 kulanz June 6, 2012 at 9:37 pm

betul tu bro

Reply

19 Mus June 5, 2012 at 2:07 pm

seronok dapat berkumpul bersama begini..
eratkan silaturrahim

Reply

20 Izzuddin Fauzi June 6, 2012 at 6:33 pm

Tau x apa… Seriusly bukan mudah nak berkumpul mcm nie…

Reply

21 kulanz June 6, 2012 at 9:38 pm

ya.. tak mudah kumpul sekali.. masing2 ada kesibukan.. memang rezeki dapat kumpul masa tu

Reply

22 Izzuddin Fauzi June 6, 2012 at 6:32 pm

Selamat Hari Bapa… :)

Reply

23 kulanz June 6, 2012 at 9:39 pm

terima kasih bro :)

Reply

24 yas June 6, 2012 at 6:45 pm

Selamat hari bapa…meriah bebeno ni bro…tahniah.

Reply

25 kulanz June 6, 2012 at 9:39 pm

memang meriah bro.. terima kasih :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner