Home >> Personal >> Hujung Minggu Bersama Keluarga

Hujung Minggu Bersama Keluarga

by kulanz on 05/07/2010 · 20 comments

Hari Khamis lepas, saya turun ke Kota Kinabalu atas sesuatu urusan yang tergesa-gesa. Seperti selalunya, saya angkut sekali satu keluarga.  Terpaksalah isteri dan anak-anak cuti daripada kerja dan sekolah. Sehari urusan tak selesai, kena buat 2 hari sampailah ke hari Sabtu di sana.

Malam Sabtu tu dah free, jadi bolehlah ambil masa merayau bersama keluarga. Sasaran malam ni, membayar hutang dengan anak-anak yang telah dijanji beberapa bulan lepas. Tengok wayang. Kompleks Suria Sabah yang baru sahaja dibuka jadi pilihan. Kira ni 1st time datang sini.

Cinema di kompleks ni terletak di tingkat 8. Sampai di sana, terus pilih movie dan beli tiket. Lepas tu sasaran paling penting, mengisi perut. Food Court terletak di tingkat 3. Nasib baik malam tu lengang sedikit. Order makanan dari sebuah food corner milik orang Melayu Semenanjung (dari loghatnya). Makanan memang memuaskan.

Golden Screen Cinema di kompleks Suria Sabah ni taklah besar sangat sebab dibahagi kepada beberapa bilik (ada 9 bilik kalau tak silap).  Tapi yang bagusnya, ada bilik yang menyediakan movie 3D. Nak tengok kena pakai cermin mata khas. Macam-macamlah sekarang ni.

Movie habis jam hampir jam 12.00 tengah malam. Sekali tengok anak2 dah tidur semuanya. Patutlah senyap dah. Movie tak menarik perhatian diorang rasanya, tak pun terlalu mengantuk sebab siang tadi diorang tak tidur. Terpaksa kejutkan anak sulung sebab mana saya larat dukung 3 orang sekaligus.

Sampai di kereta, memang dah lengang dah tempat tu. Nasib baik saya parking kereta di depan bangunan yang ada pak guard jaga. Risau juga sebenarnya jalan malam-malam buta ni. Bawa anak-anak pula tu.

Apapun, kira berbaloi juga bawa keluarga jalan malam tu. Walaupun agak penat dengan urusan sendiri siangnya, tapi perhatian pada keluarga kena juga ada, itu sudah jadi tanggungjawab ibu bapa, kan?

Kata kunci artikel:

persefahaman asa perpaduan ummah

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 20 comments… read them below or add one }

1 tehr July 5, 2010 at 7:57 am

wah
alang2 turun ke kota kinabalu, kain baru raya tak beli ke bro? atau dah siap semuanya…
tehr recently posted..Mr HappyMy Profile

Reply

2 kulanz July 5, 2010 at 3:19 pm

kain belum beli lagi bro.. tak larat beli semua sekaligus :D

Reply

3 Thoha July 5, 2010 at 8:22 am

best jugak dapat berjalan2 menghabiskan masa dengan family ni..

Reply

4 kulanz July 5, 2010 at 3:20 pm

mmg best klu jalan dgn keluarga.. kalau balik lewat pun xda orang bising :D

Reply

5 donnyien July 5, 2010 at 8:40 am

Salam,

wah sedapnya…nyam2.terliuq tengok.x bfast g ni.awal2 dah blogwkg..

apapun wish you & family welcome to Sabah the land below the wind. Jgn lupa beli ole2 dibawa balik.

Reply

6 kulanz July 5, 2010 at 3:35 pm

Salam,
wah awal pagi dah blogwalking, semangat tu.. :)
akupun tinggal sabah juga. tapi jarang dapat turun kk sbb tempat kerja jauh di utara.. kalau ada urusan penting baru turun..

Reply

7 azizan4444 July 5, 2010 at 9:13 am

memang besh jalan2 same family ni..konpem anak2 pun gembira tu bro..movie lg..hehehe
azizan4444 recently posted..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam DilemaMy Profile

Reply

8 kulanz July 5, 2010 at 3:23 pm

Anak2 mmg happy time tu..
maklumlah jarang sangat dapat bawa tengok movie.. bz memanjang

Reply

9 eyriqazz July 5, 2010 at 9:44 am

Nyam2,makanan nampak sedap…saya hujung minggu lepas bawa keluarga ke I-city..cantik dan menarik sekali….
eyriqazz recently posted..Anmum Salutes Dad ContestMy Profile

Reply

10 kulanz July 5, 2010 at 3:25 pm

nanti ada rezeki nak juga melawat I-City tu.. sbb dulu masa datang sana I-City xda lagi..

Reply

11 iza July 5, 2010 at 1:57 pm

Wahhh…..bestnya kalau suami selalu bawak isteri dan anak jln2, tak la boring asyik dok umah je kn…
iza recently posted..Tips Ghairah Untuk Si GadisMy Profile

Reply

12 kulanz July 5, 2010 at 3:26 pm

kalau kebetulan ada kelapangan, mmg bawa juga family jalan2.. tp jarang sgt ada peluang mcm tu..

Reply

13 fiezaradzi July 5, 2010 at 4:01 pm

susah jugak nak jumpa org sibuk bahagikan masa utk anak2.. tapi bila baca entry ni rasa best pulak.. kualiti masa bsama anak tu mmg ptg, apatah lagi kalau kuantiti kurang.. jadi kualiti sgt perlu..
fiezaradzi recently posted..Setelah 2 Tahun BerlaluMy Profile

Reply

14 hafizmd July 5, 2010 at 5:40 pm

antara saat yg paling gembira tak terkate..bile dapat luangkan mase ngn family..walau kite penat bekerja..pasti hati rase riang gembire bila menatap wajah isteri dan anak tercinta..
hafizmd recently posted..Iran dalam kenanganMy Profile

Reply

15 etomyam July 5, 2010 at 6:23 pm

betul tu bro, apa-apa pun family comes first, diaorang bahagian kita pun bahagia untuk berblog hehe :D
etomyam recently posted..Putrajaya Flower -amp Garden Festival 2010My Profile

Reply

16 jawatan kosong July 5, 2010 at 10:47 pm

mestilah macam ni.. sempatkan waktu untuk keluarga :)
jawatan kosong recently posted..BMW Jobs – Technical Support Engineer- Accounts ExecutiveMy Profile

Reply

17 suri July 6, 2010 at 11:20 pm

keluarga bahagia pasti anak2 jua akan turut ceria :)

Reply

18 kulanz July 8, 2010 at 10:34 pm

betul.. hubungan kekeluargaan tu mmg penting

Reply

19 acapz July 7, 2010 at 7:41 am

wow. sdpnye anak2 ko mkn ek. hehe. btw isteri xtunjuk? gurau je bro. hee
ouh2 wayang de untuk 3D ye. bgus r. kng mungkin hari yg mndtng makin maju lagi ke. hee. aslkn puas tngok sudah la kn :D
acapz recently posted..Disqus Memperkenalkan Thread Migration Tool Untuk Import Komen LamaMy Profile

Reply

20 kulanz July 8, 2010 at 10:49 pm

isteri besar ckit.. tak muat dah dlm kamera :D

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: