Home >> Personal >> Hujung Minggu Yang Menyeksakan

Hujung Minggu Yang Menyeksakan

by kulanz on 07/08/2009 · 0 comments

Bagi yang bekerja ikut waktu pejabat macam saya (7.30 a.m. – 4.30 a.m.), hujung minggu adalah waktu yang ditunggu-tunggu. Sebab masa inilah banyak perkara yang boleh dilakukan. Setidak-tidaknya, saya dapat meluangkan masa melakukan aktiviti bersama keluarga. Makan bersama, menonton televisyen, keluar membeli-belah, membersihkan halaman rumah dan sebagainya. Bahkan sekali-sekala saya turut menggunakan waktu hujung minggu membawa keluarga keluar makan di Dataran Bengkoka, Pitas.
Makan Bersama KeluargaNamun, sejak akhir-akhir ini saya rasa seolah-olah hujung minggu suatu waktu yang cukup menyeksakan. Apa tidaknya, waktu yang sepatutnya digunakan untuk bersama keluarga terpaksa saya lupakan demi memenuhi jadual yang lain. Sudah beberapa minggu keadaan seperti ini. Macam minggu ini (8 – 9 Ogos), saya terpaksa menghabiskan masa hujung minggu di Kota Kinabalu untuk mengikuti peperiksaan awam. Hari Sabtu minggu hadapanpun (15 Ogos) macam itu juga. Syukurlah

keluarga saya mempunyai kesabaran dan dalam masa yang sama turut memberikan sokongan kepada saya. Jika tidak, hal ini sudah tentu boleh menjejaskan keakraban keluarga kami.

 

Walau apapun, tugas dan aktiviti yang lain akan tetap diteruskan. Sebab beginilah kehidupan. Lagipun saya lakukan semua itu adalah sebab keluarga juga. Bekerja untuk keluarga dan menambahkan ilmu kerana ini menjadi teladan dalam keluarga. Moga apa yang dilakukan itu mendapat keberkatan daripada-Nya dan dapat pula memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: