Pertama kali tahu pasal Iklan Raya 2010 TV3 ni apabila membaca mengenainya di blog rakan-rakan 2 hari lepas. Sempat juga menonton iklan tu sampai habis. Pada masa tu memang nak kongsikan pandangan sendiri, tapi disebabkan kesengalan internet yang nyawa-nyawa ikan, ditambah dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, saya tak berpeluang menulis entri pasal tu.
Pagi tadi, saya terbaca semula berkenaan berita tersebut dan mengatakan yang pihak TV3 telahpun memohon maaf di atas keterlanjuran mereka menyiarkan iklan Hari Raya Aidilfitri menerusi saluran stesen televisyen itu pada 3 September lalu yang telah menyinggung perasaan orang ramai. Ini berikutan maklum balas yang diberi oleh penonton-penonton TV3 selepas penyiaran iklan tersebut yang dikatakan menghina agama Islam.
Pihak TV3 dalam satu kenyataan di sini, Isnin mengambil tindakan segera dengan menghentikan penyiaran iklan tersebut dan memohon maaf secara terbuka menerusi siaran Buletin Utama pada hari yang sama.
“Kami menghargai maklum balas yang diterima daripada para penonton dan orang ramai. Justeru, langkah mengehentikan iklan tersebut diambil untuk mengelakkan daripada berulangnya perkara yang sama pada masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Itulah tindakan yang seelok-eloknya diambil. Sesiapa sahaja boleh melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja . Jadi kalau dah silap, langkah terbaik, mengaku dan memohon maaf dan sentiasa ingat supaya perkara macam ni tak berlaku lagi pada masa akan datang.
p/s: pada masa ini video tersebut telahpun dipadamkan dari database youtube.


{ 23 comments… read them below or add one }
memohan maaf dengan cara yang baik dapat menjernihkan keadaan.
sunglasses recently posted..Used ray ban
itulah yang sebaik-baiknya
Mestilah begitu…
jawatan kosong recently posted..SANTARLI SDN BHD JOBS SEPTEMBER 2010
kenapa cepat percaya teori yang seperti ini. Inilah teori konspirasi yang paling mengarut sekali. ada halaman yang dah counter hujah yang seperti ini
http://beritasemasa.com/illuminati-freemason-disebalik-iklan-raya-di-malaysia
elok sangatlah mohon maaf…mungkin tersilap agaknye… mengakui kesalahan yg plg penting
fitri recently posted..Iklan Raya Terbaik Dari Ladang
manusia tak lari dari kesilapan.. yang penting tak lakukan kesalahan sama nanti
Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, permohonan maaf secara ikhlas adalah cara terbaik.
Walau bagaimanapun, perlu berhati-hati selepas ini.
m2g recently posted..Aidul fitri – Kad Ucapan tradisional atau SMS-MMS
betul tu..
harap lepas ni pihak tv3 lebih detail dalam banyak perkara
yeah.. alhamdullilah… tindakan yang baik…

bro harap cepat2 sehat ye dah nak raya
ProfHariz recently posted..Filem Senario Asam Garam Raya Pertama
thanks bro,
sekarang ni aku lebih banyak berehat
alhamdulillah…semoga ianya akan jernih…

cuma, berhati-hatilah selepas ini..
Lee recently posted..Biar Betul Dah Nak Raya!!
moga tak melakukan kesalahan kali kedua
moga cepat sihat bro…dan juga moga internet makin laju.. hehe
mrnamie recently posted..Persiapan Hari Raya
thanks bro..
kesihatan masih tak berapa baik.. tapi internet dah okey sekarang ni
Alhamdulillah…at least tv 3 ni x lah ego sesangat x leh nk terima kutukan orang ramai. memang bagus. iklan tu ade unsur2 freemason…wanauzubillah!
itulah yang terbaik.. memohon maaf tak merugikan sebenarnya.. malah mendatangkan banyak kebaikan pada sendiri dan orang lain
nak raya dah ni… semoga cepat sembuh bro… elok la tu hari baik bulan baiik ni bermaaf2 sesama kita… kesempatan ini nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kalau ada salah silap sepanjang perkenalan di bloging ni…
thanks bro..
selamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin..
ramai yang berani buat salah tapi tak berani mengaku dan minta maaf
selamat hari raya untuk bro kulanz dan keluarga
hati2 memandu
tehr recently posted..Balik Kampung
…padahal minta maaf bukannya susah kan? Hanya perlu kesedaran dan keihlasan..
selamat hari raya juga untuk bro tehr dan keluarga
Harap kejadian sebegini tidak berulang lagi~
hafidz recently posted..Minggu Keempat Ramadhan
dah rugi 200 ribu dah..kalau bagi kat aku untuk beli hosting for bisnes kan bagus
skjp je kn bnda ni kecoh. haha. mcm2 la ikln skng. ish3
acapz recently posted..Crack Premium Akaun Cbox Dengan Cbox Cracker