Home >> Advertorial, Calender Events >> I’m Not Ready for The Gatsby Deodorant Street Fair

Salam semua, harap sentiasa sihat. Kali ni baru ada sedikit ruang untuk menghadap dan menulis sesuatu di blog ni. Memang disengajakan sebenarnya, sebab macam yang saya tulis sebelum ini, ada satu paper untuk final exam semester ni yang perlu dihadapi, pada 17 April nanti. Yang lain dah dilepasi dengan jayanya (keputusan tak tahu berjaya atau tidak.. yakin sajalah..).

Malam tadi, sambil-sambil me-review nota (yang tak masuk di fikiran), sempat membuka email.. tiadalah email yang penting melainkan email dari spammer yang setiap hari bepuluh email yang masuk. Cuma ada dua saja email yang saya fikir ada kaitan sedikit. Email Error Alert daripada FreeWebMonitoring, mengatakan yang blog ni ada tak dapat diakses beberapa ketika. (Saya tak tahupun ada error sebab memang tak menghadap blog ni) dan email daripada Nuffnang – Are you ready for the Gatsby Deodorant Street Fair?

Sebenarnya memang lama dah nak kongsikan pasal ni, tapi belum ada kesempatan nak tulis. Untuk pengetahuan rakan lain (Nuffnang Komuniti), pada mulanya saya juga merupakan antara ratusan blogger yang dapat confirmation daripada Nuffnang untuk datang ke Projek 400 atau Gatsby Deodorant Street Fair. Pos berkenaan boleh tengok sini. Tapi datang sana bukan sebab nak dapatkan RM50 atau hadiah-hadiah menarik yang lain. Saja nak jadikan alasan untuk bercuti, nak datang sekali dengan keluarga. Selain tu mungkin berpeluang untuk jumpa rakan-rakan lain yang selama ni hanya kenal di alam maya.

Malangnya, niat nak datang terpaksa dibatalkan apabila mengetahui yang pada tarikh tu saya harus menduduki 1 paper untuk final exam.. aduhhh.. hampa rasanya. Nasib baik hari tu sebelum beli tiket flight, terfikir pasal exam. So, tak jadi beli, kena tunggu jadual exam dulu.. Kalau hari tu beli awal-awal tiket, memang rugi sebab terpaksa batal/tukar tarikh.

Kepada pihak Nuffnang, minta maaf banyak-banyak saya memang tak dapat datang pada masa tu dan tak maklumkan awal-awal. Tak apalah, ada rezeki nanti mungkin boleh datang hari lain pula. Dan kepada rakan-rakan yang pergi ke Gatsby Deodorant Street Fair tu, jangan lepaskan peluang dapatkan hadiah banyak-banyak. Nanti bolehlah bagi kawan-kawan, kan? hehe..

p/s: Maaf, tak dapat blogwalking lagi, tunggu lepas 17 April nanti, baru aktif semula…

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 30 comments… read them below or add one }

1 PEREKA CERITA April 16, 2010 at 3:13 am

sama la aku.. dah blk kl tp xleh nak g coz kena ikut family blk kg.. good luck for final exam
.-= PEREKA CERITA´s last blog ..Nine Tailed Fox ( forbidden love ) =-.

Reply

2 kulanz April 19, 2010 at 9:16 pm

Tak ada rezeki datang kali ni..

Reply

3 Amir April 16, 2010 at 7:31 am

emmmm macam menarik je aktiviti2 yg nuffnang anjurkan ni..

Reply

4 kulanz April 19, 2010 at 9:18 pm

Memang menari bro, masuk Malaysia Book of Record pulak tu.. rugi tak dapat datang..

Reply

5 ayin April 16, 2010 at 12:56 pm

cian..xdpt dtg..mesti best kan..tp amslaahnya smua event di peninsular saja..

Reply

6 kulanz April 19, 2010 at 9:19 pm

tak apa, mungkin lain kali Nuffnang buat di tempat lain pula..

Reply

7 eiman April 16, 2010 at 2:26 pm

semua boleh dapat email ini ker? tak dapat pun? jap nak check email plak.. hehe
.-= eiman´s last blog ..Blog Berwajah Baru dengan DISQUS Comment, Selamat Tinggal Intensedebate =-.

Reply

8 kulanz April 19, 2010 at 9:23 pm

memang semua dapat rasanya..

Reply

9 Mus April 16, 2010 at 2:52 pm

itulah tak bestnya..
nak join aktiviti mereka, kena fikir pjg.
kena naik flight!

Reply

10 kulanz April 19, 2010 at 9:24 pm

Kalau duduk Borneo, memang susah join events Nuffnang tu..

Reply

11 windi April 16, 2010 at 4:41 pm

KULANZ!! Tak sangka boleh jumpa blog u. Cantiknya latar blog u ni. Femes pulak tuh! tahniah3X..
kadiza.
.-= windi´s last blog ..Masa kecik2 dulu =-.

Reply

12 kulanz April 19, 2010 at 9:26 pm

hehe, baru jumpakah?
xdalah femes sangat pun, biasa-biasa juga ni..

Reply

13 imran April 17, 2010 at 11:01 am

Nuffnang buat aktiviti yang bagus. Cuma kawasannya tertumpu di lembah klang sahaja. huhu

Reply

14 kulanz April 19, 2010 at 9:26 pm

Kalau yg duduk area tu, memang senang nak datang.. tapi kalau jauh macam kami di Borneo ni, susah sangat..

Reply

15 marki April 17, 2010 at 1:55 pm

haku baru bercadang nk datang ke festival nuff tue minggu neh..tapi disebabkan kerja..terpaksa membatalkan niat haku .. aduh.. sayang.. kalau xboleh jumpa rakan2 blogger yang lain..
.-= marki´s last blog ..Deep Purple datang ke Malaysia =-.

Reply

16 kulanz April 19, 2010 at 9:28 pm

tak ada rezeki kita bro kali ni..

Reply

17 x-po April 17, 2010 at 4:26 pm

smoga berjaya utk final exam ye bro..

Reply

18 kulanz April 19, 2010 at 9:30 pm

thanks bro.. dah selesai exam, tinggal tunggu result lagi..

Reply

19 JakJobs April 17, 2010 at 6:13 pm

Kalo tak dicoba, bagaimana bisa tahu berhasil atau tidak. Selamat berjuang bro.. mudah2xan sukses ke final :)
.-= JakJobs´s last undefined ..If you register your site for free at =-.

Reply

20 kulanz April 19, 2010 at 9:31 pm

terima kasih bro.. dah selesai perjuangan kali ni

Reply

21 aidi-safuan April 18, 2010 at 12:13 am

good luck exam! papehal pon, study comes first!
.-= aidi-safuan´s last blog ..Dear Girls, is it so hard to just admit that u like someone? =-.

Reply

22 kulanz April 19, 2010 at 9:32 pm

thanks, betul tu, selesaikan study dulu, next time boleh join events Nuffnang klu ada rezeki

Reply

23 etomyam April 18, 2010 at 2:41 am

blogwalking bila2 pun boleh..final exam sekali je dalam 4 bulan hehehe
.-= etomyam´s last blog ..Selamat Hari Bumi Ke 40 Dan 15 Cara Menyambutnya =-.

Reply

24 kulanz April 19, 2010 at 9:32 pm

hehe, betul tu bro.. kalau duduk ulangan susah juga..

Reply

25 arieza April 18, 2010 at 8:36 am

ooo patut jarang2 dh nmpk heheh xpe xpe.. all the best utk exam! :)
.-= arieza´s last blog ..::: Contest Hangit By Arieza Bermula =-.

Reply

26 kulanz April 19, 2010 at 9:32 pm

hehe, tu la pasal menghilang beberapa hari..

Reply

27 wazy April 19, 2010 at 10:32 am

saya puan tak dapat pergi,huhuhu kene kerja
.-= wazy´s last blog ..Al-Kisah MiRC =-.

Reply

28 kulanz April 19, 2010 at 9:33 pm

tak apa bro, ada rezeki nanti bole pegi juga..

Reply

29 zik April 20, 2010 at 5:44 pm

tak dapat nak pergi jugak…sebabnya dah lepas pun program tuh.ngeh2..

Reply

30 yanmie April 21, 2010 at 5:22 am

owh lan patutlah duk tunggu2 gak lan kata nak dtg sini, takpe maybe next time blh kot..jgn lupa klu dtg sini kontek aku, aku blh bawa jenjalan..nnggee~~

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: