Google secara rasminya memperkenalkan satu lagi kemudahan terkini, iaitu Voice Call atau panggilan suara berasaskan web melalui email pengguna. Pangilan tu boleh diibuat sama ada menggunakan telefon kediaman/pejabat atau telefon mudahalih.
Menurut Google, sebelum ni panggilan suara tu hanya untuk kegunaan dalaman sahaja, tapi selepas mendapati fungsi itu sangat berguna dalam pelbagai situasi, mereka telahpun membuat ujian panggilan ke kawasan luar dan mendapati ia dapat berfungsi dengan baik. Malah mampu mengatasi masalah panggilan di kawasan-kawasan yang mempunyai isyarat penerimaan yang kurang baik.
Kalau ikut apa yang saya faham lepas baca kenyataan Google tu, semua panggilan yang dibuat menggunakan kemudahan Gmail Voice Call di sekitar U.S dan kanada pada masa ini adalah percuma. Berkemungkinan sehingga hujung tahun. Manakala bagi negara-negara lain seperti U.K Perancis, Jerman, China, Jepun, kos awal dijangkakan sekitar $0.02 seminit. Bagi Malaysia, harga yang ditetapkan adalah $0.02 (RM0.06) seminit untuk telefon kediaman dan $0.04 (RM0.12) seminit untuk telefon mudah alih.
Panggilan suara melalui Gmail ni pun tidaklah susah sebab ia berfungsi sama seperti telefon biasa. Pengguna hanya perlu klik “Phone Call” di bahagian atas senarai nama yang telah didaftarkan dalam “Google Chat” atau boleh juga memasukkan nombor secara manual.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan ni, bolehlah rujuk video promosi di bawah.
Penjelasan lain tentang teknologi ni boleh juga didapati di Google Chat. Kalau nak cuba terus pun boleh, hanya perlu install aplikasi Voice and Video Chat tu. Tapi sebelum menggunakan, ada baiknya juga rujuk senarai harga perkhidmatan bagi setiap negara.
Lepas ni nak cuba telefon isteri di bilik sebelah suruh buatkan kopi…
Sumber: Googleblog



{ 17 comments… read them below or add one }
sangat menarik ni bro..nampaknya kalau fixed homeline lagi murah tu
etomyam recently posted..Kakitangan Awam Dapat Bantuan Khas Kewangan Sebelum 1 Syawal
betul bro, memang lagi murah tu
Gmail semakin hari semakin menarik fungsinya~

hafidz recently posted..Malam Merdeka
salah satu kekuatan gmail
hah baru perasan semalam… boleh call.. tapi contact tak ramai lah pulak…
zik recently posted..Foot Detox Patch dan Makjun Anggun Bestari untuk dijual
xda contact pun tak apa, boleh juga masukkan nombor yang nak dihubungi
jarang guna gmail…sebab dah biasa dng yahoo…
tapi menarik kalau dah boleh buat pangilan suara…
lepas ni bolehlah guna gmail selalu
service lebih murah dari celcom dan etc..huhu..
ishak recently posted..5 cadangan untuk elak seks luar nikah
memang lagi murah.. sesuai ni untuk panggilan jarak jauh
Hu hu.. aku pun dah terperasan tentang fungsi ni.. nampak gayanya makin banyak fungsi pakcik goog nih..
zoul recently posted..Update Tahun Copyright Secara Automatik
bisnes google makin maju
makin advance sekarang.. tm mungkin rasa tercabar..
Mus recently posted..Apakah Program Selepas Log-In Dapat RM10000 Di Facebook
masa semakin pantas berlalu.. bgtulah era kemodenan kian terserlah teknologinya..
semoga kita sbg pengguna akan menggunakan ia dgn sebaik yang mungkin ke jln kebaiakn dan bukan pada jln keburukan
harap2 lepas ni kat m’sia pulak bagi service free.. bagus juga tu..hehe
Mr.Z recently posted..Sanggup Mengambil Risiko Kerana Ingin Kelihatan Cantik
xpnh guna gmail. tp bgus la sbb dah bley call org. hee
acapz recently posted..Menganalisis Kelakuan Malware Dengan Buster Sandbox Analyzer
memang berguna… kalau2 out station kat o/sea bolehlah layan nanti..