Home >> Fotografi >> IPA Street Photography Workshops

IPA Street Photography Workshops

by Kulanzsalleh on March 26, 2013 · 7 comments

Sabtu dan Ahad lepas (23 – 24 Mac 2013), saya menghadiri kursus asas dalam fotografi jalanan (street photography) yang dianjurkan oleh Jebat Photography Club, salah satu komuniti fotografi paling aktif di Sabah. Workshops ini di bawah bimbingan Mr Kevin WY Lee, Founder Invisible Photographer Asia. Sebenarnya ia bukanlah kursus formal tetapi lebih kepada workshops yang melibatkan perbincangan, bertukar-tukar idea, praktikal dan pemilihan gambar.

IPA Photo Workshops

Setelah mengikuti workshop dua hari barulah saya faham yang street photography mempunyai cabarannya sendiri. Jauh lebih besar daripada apa yang saya fikirkan sebelum ini. Rupa-rupanya street photography bukanlah sekadar berjalan dan ambil gambar sesuka hati, sebaliknya turut mengambil kira pelbagai teknik fotografi, antaranya subjek yang ditonjolkan, komposisi dan ruang, framing, latar belakang, ekspresi wajah, isyarat tubuh, punca cahaya, cerita dan beberapa elemen lain.

street photography

Satu lagi cabaran yang perlu saya hadapi ialah melawan perasaan malu dan takut untuk mengambil gambar ‘orang asing’ di khalayak ramai. Maklum saja kebanyakan masyarakat kita masih konservatif atau kurang terbuka. kalau ada orang ambil gambar mereka semasa duduk, berjalan atau melakukan sesuatu tentulah mereka kurang selesa. Bahkan mungkin ada yang akan marah. Mujurlah tips dan bantuan daripada Mr. Kevin serta rakan-rakan workshops yang lebih berpengalaman telah berjaya menambahkan sedikit keyakinan saya. Sekarang lebih berani mengambil gambar pada jarak dekat. Ini sudah baik jika dibandingkan dengan gambar pertama saya semasa Talob Tagayo Tandek.

street photography

Berikut ini adalah antara beberapa gambar yang sempat dirakamkan dalam tugasan yang diberikan pada hari kedua workshop, di mana kami dikehendaki mengambil gambar di sekitar Gaya Street, Kota Kinabalu. Subjek yang jadi tumpuan saya dalam siri gambar ini ialah surat khabar. Ceritanya lebih kurang macam kitar hidup surat khabar di Gaya Street, bermula daripada penjual, dibaca, dibuat alas duduk, kemudian ditinggalkan.

Fotografi Jalanan

Uncle di bawah ni cukup sporting. Dia memandang ke arah saya semasa gambarnya diambil. Antara moment yang menarik.

Fotografi Jalanan

Gambar diambil dari sisi. Ada banyak elemen yang kurang dalam gambar ini.

street photography

Dimensi berlainan sebagai penambah variasi.

Fotografi Jalanan

Surat khabar ditinggalkan di atas jalan bersama puntung rokok dan sampah-sarap yang lain.

Fotografi Jalanan

Gambar yang ada sebenarnya masih tidak lengkap. Saya mungkin perlu menangkap gambar ketika orang menggunakan surat khabar untuk membungkus makanan atau dijadikan ‘payung’ ketika hari hujan. Suatu hari nanti akan kembali ke tempat sama untuk mengambil gambar dimaksudkan.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 7 comments… read them below or add one }

1 Mus March 26, 2013 at 7:28 am

Untung dpt join workshop..
Gambar di atas mmg ada ceritanya

Reply

2 Kulanzsalleh April 4, 2013 at 12:20 am

memang niat untuk menambah pengetahuan dalam genre berbeza.. syukur ada peluang mengikutinya..

Reply

3 anif March 26, 2013 at 9:13 am

:D Gambar-gambar dengan jalan ceritanya yang tersendiri..

Reply

4 akubiomed March 26, 2013 at 3:27 pm

Satu ilmu baru yang diperolehi dari entri ini walaupun tidak sepenuh seperti sesi workshop. Nampak gaya perlu ada subjek supaya gambar konsisten dengan pemilihan subjek.

Reply

5 TehR March 26, 2013 at 6:49 pm

macam cerita bergambar la ni
nampaknya perlu ambil masa lama untuk lengkapkan sati cerita

Reply

6 Razlan March 30, 2013 at 11:38 am

Tahniah,bro kulanzsalleh nampaknya ada bakat didalam bidang phoyograph ne,semoga maju dan berjaya ambil shot yang menarik

Reply

7 iAwani March 24, 2014 at 3:22 pm

saya juga sedang dalam proses mencari kursus-kursus sebegini.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner