Cerita kali ini juga masih lagi berkisar tentang lawatan ke Kuching, Sarawak. Cuma disebabkan kesibukan menguruskan aktiviti harian yang lain, catatan ini agak lambat diterbitkan. Bagaimanapun disebabkan pengalaman ini bukan berkisar tentang cerita hangat semasa, maka tiada had masa untuk menerbitkannya.
Siri jelajah diteruskan dengan melawat beberapa lagi tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong dari luar dan penduduk tempatan. Lokasi kali ini ialah Jong’s Crocodile Farm & Zoo yang terletak kira-kira 29km (18 ½ Batu) dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa 20 minit dengan menaiki kereta.
Ketibaan kami disambut oleh seekor buaya replika yang terletak di perkarangan bangunan masuk utama. Tempat letak kereta agak lapang bermakna tidak ramai pengunjung melakukan lawatan. Mungkin juga disebabkan pada masa itu bukanlah hari kelepasan am.

Untuk masuk ke sini pengunjung perlu membayar tiket mengikut harga yang ditetapkan. Harga tiket masuk bagi pelancong luar adalah RM16.00 seorang (dewasa) dan RM8.00 seorang (kanak-kanak). Bagi penduduk tempatan (Sarawak) pula, pemilik ladang mengenakan bayaran RM10.00 seorang (dewasa) dan RM5.00 seorang (kanak-kanak). Sebelum memasuki kawasan ladang dan zoo, pengunjung akan dipakaikan dengan tag tangan. Ini adalah untuk tujuan keselamatan (pengenalan pengunjung) dan sebagai bukti pengunjung telah membayar tiket masuk.
Kolam buaya (gambar bawah) adalah tempat di mana pertunjukan memberi makan buaya diadakan.
(Gambar bawah) Salah seokor buaya yang dipamerkan di sini. Buaya yang digelar Bujang Sudin ini ditangkap oleh penduduk Kampung Gedong di Batang Sadong, Simunjan pada 09 September 1988.
Bagi pengunjung yang berminat untuk datang ke sini, sila layari http://www.jongscrocodile.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Dan jika ingin bermalam di hotel/resort pula, anda boleh gunakan kemudahan carian hotel di bawah untuk membandingkan senarai harga hotel atau boleh juga semak dari senarai hotel di seluruh tempat.
Selain itu anda juga boleh mengikuti catatan pengalaman saya yang lain ketika berada di Bumi Sarawak, antaranya Menelusi Tempat Bersejarah di Bandaraya Kuching dan Jalan-Jalan ke Muzium Sejarah Cina, Kuching. Jika belum berkesempatan mengikuti cerita tersebut, silalah luangkan sedikit masa membacanya, kerana pada saya ia memang satu catatan yang menarik untuk dibaca.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.











{ 8 comments… read them below or add one }
Lawatan ke taman buaya mengingatkan saya ketika melawat taman buaya di Ayer Keroh Melaka. Dari mula masuk hingga akhir semua jenis reptilia buaya ada menyesal pun ada.
kalau melawat taman buaya ni kerisauan tu yang banyak..
wah menarik betul….bujang sudin tu dah tua yer…hidup lagi….
Norizwa recently posted..Sukan ahli gusti hilang buah zakar
memang dah berusia bujang sudin tu
pehh..lama tak gi zoo ni..
titan recently posted..Komisen ke 34 dari Paid-to-Promote.net
jom bawa murid-murid pegi zoo
seruuu juga tuh,,,,,,
banyak buaya darat,,,,,,he
Buaya tu memang nampak real.hehe
budakserius recently posted..Nak Makan Perlu Berbogel