Home >> Pelancongan >> Jalan-Jalan Musim Cuti – Semporna Sabah

Jalan-Jalan Musim Cuti – Semporna Sabah

by Kulanzsalleh on June 19, 2009 · 2 comments

Bagi mereka yang bekerja waktu pejabat, hujung minggu adalah hari yang sangat dinanti-nantikan. Bagi pelajar pula, musim cuti semester pastinya mengundang seribu perancangan…Apa tidaknya, hujung minggu bagi mereka yang bekerja di pejabat atau cuti semester bagi yang bergelar guru adalah hari-hari yang dapat dimanfaatkan untuk menenangkan fikiran atau merehatkan fizikal.

Saya dan keluarga juga telah memanfaatkan musim cuti persekolahan yang lepas. Walaupun pada masa itu saya sebenarnya tidak bercuti, tetapi secara kebetulan saya ditugaskan ke luar daerah, iaitu di Kunak, Sabah. Sambil-sambil menjalankan tugas di sana, saya bawa bersama keluarga yang memangpun masa itu sedang bercuti. Apa lagi, memang seronok sangatlah anak-anak dapat jalan jauh cuti kali ni. Tambahan pula isteri dan anak-anak tak pernah lagi  singgah di Pekan Kunak atau pergi ke Semporna walaupun dua tahun lepas kami pernah datang ke Tawau untuk urusan perkahwinan adik lelaki.

8 Jun 2009
Bertolak dari rumah sekirar jam 7.00 pagi. Saya memilih untuk mengikuti laluan Pitas – Beluran – Batu 32 Sandakan. Sempat singgah di beberapa tempat di sepanjang perjalanan untuk merakamkan kenangan berada di sepanjang laluan tersebut.


Pitas-Paitan
Gambar atas: Gambar diambil ketika berhenti di kawasan Paitan, Pitas.

9 – 10 Jun 2009
Melaksanakan tugas rasmi di Kunak…

10 Jun 2009
Bertolak dari Kunak ke Semporna sekirar jam 1.30 petang. Kemudian, menginap di Hotel Seafest yang terletak hampir dengan Pusat Pelancongan Air Semporna. Kami memilih bilik Junior Suite. Harga mungkin agak mahal sedikit tetapi kira berbaloi juga dengan servis dan kelengkapan yang terdapat di bilik.

Semporna Sabah

Pada malamnya kami sekeluarga jalan-jalan di Pusat Pelancongan Air Semporna atau lebih sinonim dengan panggilan “floating”… Sempatlah juga membeli beberapa cenderamata untuk dibawa balik. Apa lagi kalau bukan Mutiara Semporna. Memang terkenal mutiara di sini. Hargapun murah.

11 Jun 2009
Bertolak balik ke Pitas. Tak sedar sudah beberapa hari berada di tempat orang. Rindu pula dengan rumah sendiri.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 2 comments… read them below or add one }

1 Boldy November 29, 2009 at 7:41 pm

Hi there,
Thanks for article. Everytime like to read you.

Reply

2 kulanz November 30, 2009 at 2:32 am

@Boldy, ur welcome.. and thanks 4 visit

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner