Home >> Pendidikan >> Jawapan Kenapa Memilih Profesion Keguruan

Jawapan Kenapa Memilih Profesion Keguruan

by Kulanzsalleh on December 9, 2010 · 86 comments

Jawapan mengapa memilih profesion keguruan adalah antara kata kunci yang menerjah masuk ke blog ini. Setelah membuat beberapa sumber rujukan, barulah saya faham yang jawapan itu sebenarnya sangat diperlukan oleh calon-calon yang bakal menghadiri temuduga Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Januari 2011 kerana ia perlu diisi dalam Borang Pernyataan Hasrat yang akan dibawa bersama semasa menghadiri temuduga yang dimaksudkan.

mengapa memilih profesion keguruan

Saya tidak pernah menulis secara spesifik artikel untuk jawapan tersebut. Kata kunci itu sebenarnya adalah merujuk kepada respon saya kepada salah seorang pembaca dalam entri di blog ini. Mulanya saya tidak pun berniat untuk berkongsi pandangan berkenaan perkara tersebut. Bagaimanapun, berdasarkan frekuensi pertanyaan yang kerap ditanya dalam entri berkenaan yang kebanyakannya merujuk kepada panduan/tips temuduga, mungkin ada manfaatnya jika saya memberikan jawapan secara spesifik 3 soalan yang terdapat pada Borang Penyataan Hasrat dan juga sedikit panduan/tips temuduga menghadiri KPLI/DPLI. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan. (Tips/Panduan ini juga boleh diguna pakai ketika menghadiri temuduga guru Kursus Perguruan Lepasan SPM-KPLSPM bagi Program Sarjana Muda Pengajaran-PISMP)

Mengapa anda memilih profesion perguruan?
Secara jujur cubalah tanya diri anda sendiri, apa agaknya yang mendorong anda memilih bidang perguruan? Adakah kerana minat, kerjaya pilihan, terpaksa kerana tiada pilihan kerjaya lain yang sesuai, atau anda sendiri tidak menjangka akan dipanggil temuduga kerana anda sendiri tidak yakin boleh lulus ujian kelayakan temuduga (MTEST), atau keputusan peperiksaan anda tidak cemerlang. Saya pernah memberikan respon kepada salah seorang pembaca yang meninggalkan komen di entri bertajuk Isu-Isu Pendidikan di Malaysia. Jawapan yang saya syorkan berhubung pertanyaan itu ialah “Sebab guru adalah antara kerjaya yang telah saya pilih sejak betahun-tahun dahulu”. Jika guru adalah kerjaya pilihan, bermakna secara tidak langsung anda memiliki minat yang mendalam dalam kerjaya berkenaan. Adakah itu jawapan yang keterlaluan. Pada saya tidak kerana itu adalah jawapan ikhlas saya sendiri.

Bagaimana pula jika anda memberikan jawapan yang benar-benar ikhlas sehingga anda menulis “Saya gagal memohon dalam kerjaya yang lain. Disebabkan tiada pilihan maka saya terpaksa memohon untuk mengikuti KPLI bagi membolehkan saya menjadi guru dan mendapat pekerjaan”. Pada saya ia bukanlah jawapan yang salah. Memang eloklah jika menulis secara jujur. Tapi dalam kes temuduga seperti ini, kejujuran anda itu bermungkinan besar tidak akan membantu memberikan keyakinan yang tinggi penemuduga terhadap kesungguhan anda. Jadi, sebaik-baiknya elakkan daripada memberikan jawapan seperti itu.

Pengalaman anda dalam bidang keguruan
Anda boleh nyatakan “Ada” ataupun “Tiada”. Jika ada, elok juga jika dapat nyatakan secara ringkas pengalaman berkaitan. Sebagai contoh, anda pernah menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih atau Guru Pengganti di sekolah tertentu. Boleh tuliskan tempoh dan tempat anda bertugas. Anda juga boleh nyatakan jika anda pernah mendaftar dalam Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK).

Sekiranya anda terpilih, apakah yang dapat anda sumbangkan terhadap bidang keguruan?
Terdapat banyak jawapan yang boleh dikemukakan bagi menjawab pertanyaan ini. Berikan jawapan logik disertai dengan justifikasi yang meyakinkan. Sebagai contoh, saya juga pernah diajukan secara lisan soalan yang hampir sama seperti ini semasa temuduga kerjaya belasan tahun lepas. Jawapan yang saya berikan; “Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa sumbangan buat masa ini. Sebabnya bidang pendidikan ini dinamik, sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Namun jika ada sedikit kepercayaan dan saya diberikan peluang, saya akan menyumbangkan sesuatu yang berguna mengikut situasi pendidikan semasa negara dan mengikut pengetahuan serta kemahiran saya”. Alhamdulillah, jawapan saya dapat diterima oleh penemuduga.

Bagaimanapun ingin saya jelaskan. Jawapan saya itu mungkin hanya sesuai mengikut situasi saya dan penemuduga pada masa itu. Jadi saranan saya kepada calon-calon yang akan menghadiri temuduga KPLI/KPLSPM nanti, berilah jawapan dan justifikasi yang dapat menyakinkan penemuduga/penel pemilih dengan menyatakan kekuatan/kelebihan yang anda miliki. Misalnya anda sangat mahir dalam dalam bidang kejuruteraan aplikasi. Jadi kemahiran ini akan anda gunakan menghasilkan aplikasi bahan-bahan pengajaran & pembelajaran serta aplikasi pengurusan pendidikan yang akan dapat memberi sumbangan ke arah memantapkan proses pendidikan di Malaysia. Ini adalah antara justifikasi yang dapat digunakan.

Temuduga guru

Keperluan/persediaan lain sebelum menghadiri temuduga KPLI
Selain daripada jawapan yang perlu ditulis untuk melengkapkan Borang Penyataan Hasrat, calon juga perlu bersedia dari segi pengetahuan, mental dan fizikal. Ada beberapa pengetahuan umum dan semasa yang perlu diberi perhatian oleh calon sebelum menghadiri temuduga. Ambillah sedikit masa untuk membuat sedikit pembacaan. Di blog ini juga terdapat beberapa artikel yang mungkin dapat membantu calon menambah sedikit pengetahuan sebelum melangkah ke alam pendidikan atau sebelum menghadiri temuduga yang berkaitan dengan pengambilan guru, antaranya:
- Senarai Menteri Malaysia
- Struktur Organisai Kementerian Pelajaran
- Isu-Isu Semasa Pendidikan
- Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
- 11 Anjakan Pembangunan Pendidikan
- Selain itu, boleh rujuk pada artikel lain dalam kategori Pendidikan

Mungkin ia bukan satu ilmu yang wajib diketahui sebelum anda terlibat dalam profesion keguruan, tapi usaha untuk mengetahuinya sebelum anda menghadiri temuduga adalah salah satu bukti yang anda memiliki minat terhadap profesion keguruan. Tambahan pula, isu-isu dan dasar-dasar semasa pendidikan adalah antara soalan-soalan yang kerap ditanya semasa temuduga.

Di samping itu, persediaan mental juga adalah antara syarat terpenting dalam menghadiri temuduga. Seorang calon perlu mempunyai keyakinan dan kesungguhan semasa berhadapan dengan penemuduga juga ketika memberikan jawapan.

  • Berusahalah supaya tidak memberikan jawapan was-was atau lupa-lupa ingat.
  • Elakkan juga daripada meminta penemuduga mengulang semula soalan kerana ia menunjukkan anda kurang memberikan perhatian. Melainkan anda benar-benar tidak mendengar dengan jelas soalan yang dikemukakan oleh penemuduga akibat gangguan bunyi bising dari luar.
  • Jika tidak tahu jawapan bagi soalan yang diajukan, jangan terus panik. Katakan secara jujur yang anda benar-benar tidak mengetahuinya dan berikan alasan yang baik. Jangan sama sekali memberikan jawapan hanya mengikut apa yang anda fikirkan ketika itu.

Dari segi fizikal dan penampilan pula, calon perlulah menampilkan ciri-ciri ketrampilan seorang guru:

  • perawakan baik dan sentiasa berhati-hati dalam pemilihan kata.
  • Pakai pakaian kemas dan sesuai.
  • Bacalah panduan-panduan lain yang berkaitan dengan etika berpakaian.
  • Bagi yang mendapat tawaran opsyen Pendidikan Jasmani/Kesihatan pula, harap bersedia kerana ujian fizikal/kecergasan di padang bakal menanti anda semasa temuduga.

Jadi, semasa menghadiri temuduga, buatlah bersungguh-sungguh dan bukannya sekadar “asalkan mencukup syarat” atau seperti melepaskan batuk di tangga. Mungkin benar kalau sudah rezeki atau kebetulan nasib baik, buat ala kadarpun boleh dapat juga. Tapi harus diingat rezeki itu bukan kerana “nasib baik” dan ia tidak akan datang bergolek. Perlu ada usaha untuk mendapatkannya. Semoga berjaya.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 86 comments… read them below or add one }

1 RedBoys December 9, 2010 at 12:14 am

fuhh. panduan yg sgt kompleks dlm satu entry. menarik entry ni. bg yg nak memilih profesion perguruan bolehla merujuk artikel ni. saya syorkan. hee
RedBoys recently posted..Cabaran SEO Berita Sukan TerkiniMy Profile

Reply

2 kulanz December 9, 2010 at 12:21 am

boleh je bro syorkan.. hampir sehari aku karang entry ni :D

Reply

3 hafizmd December 9, 2010 at 3:47 pm

tahniah bro kulanz…luangkan masa utk berkongsi ilmu ni…tahniah bro…:D
hafizmd recently posted..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram…My Profile

Reply

4 tehr December 9, 2010 at 6:04 pm

bro kulanz selalu biat kajian terperinci bila menulis entri
memang sangat sesuai untuk dijadikan paduan
tahniah dan terima kasih bro
tehr recently posted..Kasih SurayaMy Profile

Reply

5 donny December 10, 2010 at 8:55 pm

terbaik!..

Reply

6 etomyam December 9, 2010 at 1:44 am

Info menarik ni bro, aku pernah jadi cikgu ganti selama 2 bulan…puh memang mencabar dan secara peribadi bagi aku tidak semua individu berupaya menjadi guru dalam pengertian guru yang sebenarnya..betul tak bro? :D
etomyam recently posted..Tutorial Optimakan Blog Melalui PhpMyAdminMy Profile

Reply

7 dnoBiz December 9, 2010 at 1:45 pm

aku memang tak layak jadi cikgu kerana aku kurang sabar :D
dnoBiz recently posted..Remaja Khalwat – Sawan Ketika DitangkapMy Profile

Reply

8 adamfaiz December 10, 2010 at 11:27 am

Sama la kita…sebelum jadi apa2..carik la kerjaya lain..
adamfaiz recently posted..Bagaimana Untuk Meracun Ibu MertuaMy Profile

Reply

9 dnoBiz December 11, 2010 at 12:33 pm

betul tu kang tak pepasal tiap tiap minggu masuk metro :D
dnoBiz recently posted..HandPhone & SMS – Pernah Periksa Talifon Bimbit Pasangan Anda My Profile

Reply

10 kulanz December 12, 2010 at 12:19 am

jadi guru ni boleh membina kesabaran juga.. maknanya kalau sblm ni kita kurang sabar.. kalau jadi guru boleh jadi lebih sabar.. :D

Reply

11 hafizmd December 9, 2010 at 3:47 pm

setuju…pada aku, seorang guru bukan setakat mengajar malah mendidik…kalaulah guru sendiri kurang terdidik…bagaimana mungkin mahu mendidik?
hafizmd recently posted..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram…My Profile

Reply

12 kulanz December 12, 2010 at 12:21 am

kalau guru kurang terdidik.. ibarat guru kencing berdiri, murid kencing berlari :D

Reply

13 kulanz December 12, 2010 at 12:18 am

@etomyam, betul tu bro.. semua orang layak jadi guru.. tapi tak semua sampai pada pengertian yg sebenar tu :D

Reply

14 cikmin December 9, 2010 at 2:17 am

Padat..panduan yang tepat..betul kata RB..boleh rekemen mereka yang berkenaan dengan entri ini. :) bestnya jadi cikgu ka..cuti skool banyak..hiks.
cikmin recently posted..Nur Suhaila 2 AlamMy Profile

Reply

15 kulanz December 12, 2010 at 12:22 am

cuti sekolah banyak.. kerja di sekolah pun banyak juga tu :D

Reply

16 mie December 9, 2010 at 5:45 am

wah!!!!
penuh dengan fakta dan isi penting….
bakal2 guru kena tgk post ni..
heheeee
mie recently posted..Soal Jawab Twitter dan ChurpChurpMy Profile

Reply

17 suffer8zine December 9, 2010 at 12:37 pm

tahu x pe! setuju la bro!

Terkini : Rumah Berbentuk Telur | 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia
suffer8zine recently posted..Selamat Hari Raya Aidiladha 1431HMy Profile

Reply

18 kulanz December 12, 2010 at 12:23 am

harap2 bolehlah jadi panduan utk adik-adik lain yang nak masuk KPLI/DPLI tu :)

Reply

19 iza December 9, 2010 at 8:00 am

Salam…
Info yg menarik utk dibuat rujukan.
jgn tak blh buka blog ni nanti di saat-saat ia diperlukan sudah la…
iza recently posted..Buah Jering Punya CeritaMy Profile

Reply

20 kulanz December 12, 2010 at 12:25 am

harap2 xdalah masalah blog ni.. :)

Reply

21 Nine December 9, 2010 at 11:04 am

menarik bro kulanz…semangat jer bila baca nih…saya sorang sibling saya cikgu..

dari ukm then dpli…kpli pun banyak org buat sejal 2004 lagi..cikgu senang dapat kije..

Reply

22 kulanz December 12, 2010 at 12:31 am

memang senang juga nak dapat kerja cikgu.. tapi yang mohon pun ramai juga bro.. kadang ada juga yang dah bertahun-tahun mohon masih tak dapat..

Reply

23 dnoBiz December 9, 2010 at 1:44 pm

Guru adalah satu Bidang yang sangat mulia jadi jangan rosakan kemuliaan yang telah sekian lama diakuini dengan menjadikan kerjaya pendidik ni sebagai perkerjaan semata mata, mendidik memerlukan keiklasan dan pengorbanan yang tinggi, jangan jadi guru yang mengajar semata mata kerana gaji, jadi lah guru yang menberi ilmu kepada anak didik mereka, bukan guru yang memberitahu anak murid mereka…

Ps : aku cukup bengan dengan orang yang jadi cikgu semata mata kerana gaji… (sebabtu ramai murid yang pandai pada kertas tapi gagal pada kehidupan)
dnoBiz recently posted..Remaja Khalwat – Sawan Ketika DitangkapMy Profile

Reply

24 kulanz December 12, 2010 at 12:35 am

harap ramai guru akan sedar pasal tu.. gaji dan kerja biarlah seimbang.. betul tak bro?

Reply

25 akubiomed December 9, 2010 at 2:17 pm

Err kalau ditanya saya kenapa jadi guru? Saya akan jawab kerana cuti banyak. :-) Tidak pasti ia akan diterima sebagai genuine answer
akubiomed recently posted..Bila anak orang bandar mandi sungaiMy Profile

Reply

26 dnoBiz December 11, 2010 at 12:34 pm

baik untuk ititusi kekeluargaan tu bro :D

Ps : yang penting jawapan iklas
dnoBiz recently posted..HandPhone & SMS – Pernah Periksa Talifon Bimbit Pasangan Anda My Profile

Reply

27 kulanz December 12, 2010 at 12:36 am

jawapan yang jujur tu :D

Reply

28 nur December 9, 2010 at 3:15 pm

saya nak tanya ada ke panduan temuduga untuk kpli jqaf pendidikan islam pendidikan khas?isu-isu berkaitan dengan apa yang patut saya buat persediaan?

Reply

29 kulanz December 12, 2010 at 12:40 am

saya tak pasti sama ada terdapat panduan khusus untuk kpli jqaf.. tapi kalau berkenaan isu.. mungkin boleh baca isu-isu berkaitan pengajaran.. contohnya kekurangan tenaga pengajar mahir.. selain tu cuba cari atau fikirkan idea/teknik yang dapat menyumbang kpd keberkesanan pengajaran jqaf

Reply

30 hafizmd December 9, 2010 at 3:54 pm

cukup lengkap dan mudah difahami…mana2 bakal guru, bolehlah ambil mana2 sbagai rujukan…

pernah juga jadi guru ganti selama 3 bulan…memang mencabar…terutamanya bila kena mengajar kelas2 yg belakang sikit tu…minat nak belajar mmg takde langsung…bulan depan dah nak spm…tapi siap boleh lesap lepas rehat….memang mencabar…

tahniah pada seluruh warga guru di Malaysia…teruskan menabur bakti!

Reply

31 kulanz December 12, 2010 at 12:41 am

memang susah jadi cikgu sebenar walaupun kadang orang nampak senang

Reply

32 intankuterpilih December 9, 2010 at 4:21 pm

dulu mak memang nak sgt aku jadi cikgu, siap amekkan borang lagi, tp oleh kerana aku yg memang tak minat jadi cikgu ni, buang borang tu…anak yg degil…ermmm…bukan apa, aku ni memang tak sabar orgnye, kalau boleh ajar sekali terus nak paham…tu masalahnya tu…tak sedar yg diri ni pon lem*** gak dulu…
intankuterpilih recently posted..Cinta Itu MembunuhnyaMy Profile

Reply

33 kulanz December 12, 2010 at 12:40 am

kadang minat boleh dipupuk pelan2.. tapi kalau betul2 tak nak.. mana boleh paksa.. kan? :D

Reply

34 tehr December 9, 2010 at 6:08 pm

seronok jadi guru :D
tehr recently posted..Kasih SurayaMy Profile

Reply

35 kulanz December 12, 2010 at 12:34 am

memang seronok.. :D

Reply

36 manja December 15, 2010 at 1:06 am

\pengalaman mgajar erti sronok dlm thn 2010 ni…sweet memories..

Reply

37 Ali ridha December 9, 2010 at 6:20 pm

Tiap2 tahun gaji akan
dinaik kan.huhuhu……..

Reply

38 kulanz December 12, 2010 at 12:35 am

kerja lain pun naik gaji juga :D

Reply

39 mancai December 9, 2010 at 10:58 pm

rasanya sesiapapun yang mencari keyword ini mungkin mencari penambahan tahap keyakinan diri dan jawapan pada setiap soalan apabila di temuduga… cuma pendapat aku menjadi guru itu adalah pekerjaan mulia… pahala yang tidak pernah berkurangan… sekadar pandangan je bro… kepada bakal2 guru, jadilah guru yang baik…

Reply

40 kulanz December 12, 2010 at 12:31 am

betul tu bro.. selain tu diorang mmg nak isi dalam borang pernyataan hasrat yg perlu dibawa masa temuduga tu..

Reply

41 zik December 9, 2010 at 11:28 pm

ya, kalau nak tahu kita tanya yang memang dah lama dalam bidang ini.. bidang perguruan sekarang nie dah makin banyak persaingannya… cuma mungkin subject2 yang demand ialah bahasa english, fizik, kimia, matematik tambahan yang tuh susah /jarang ada… cikgu BM pula macam dah ramai jer… sekadar pendapat jer..
zik recently posted..Graduan ‘ulat buku’ tak mampu pergi jauh- tertumpu hanya pada teori semata-mataMy Profile

Reply

42 kulanz December 12, 2010 at 12:29 am

memang banyak juga isu pasal kekurangan Guru English ni bro.. tapi bukan sebab masalah pengambilan.. boleh dikatakan tiap tahun ada je opsyen english yang baru masuk/ditempatkan.. tapi masalahnya kadang berlaku penempatan yg tak sama rata.. pasal tu lah di sesetengah sekolah, guru english langsung xda.. setengah sekolah plk, guru english berlambak..

Reply

43 Ali ridha December 10, 2010 at 10:08 am

berganti SEO
jawabnya aku ni.
Ali ridha recently posted..Sebak lihat Kepala putus duaMy Profile

Reply

44 kulanz December 12, 2010 at 12:24 am

SEO apa pula yang berganti tu?

Reply

45 aizuddin December 10, 2010 at 8:40 pm

macam tak layak je rasa nak jadi cikgu ni..hehe
aizuddin recently posted..Kurang Sebulan Untuk Join Contest Acer Aspire OneMy Profile

Reply

46 kulanz December 12, 2010 at 12:22 am

tak layak ke tak minat? :D

Reply

47 MR.Z December 10, 2010 at 8:51 pm

banyak panduan menarik yang bro kongsi ni.. trimas.. macam ak ni, hmm macam tak layak je.. lagipun kurang minat pada profesion ini, tapi profesion ni memang bagus dan mulia.. :)
MR.Z recently posted..Kahwin Awal- Pilihan Yang BijakMy Profile

Reply

48 kulanz December 12, 2010 at 12:21 am

sekadar bagi panduan untuk adik2 yg nak jadi guru.. :)

Reply

49 nat December 12, 2010 at 3:48 pm

panduan yg baik…dulu takut nak jadi cikgu..takut x pandai ngajar…takut x pandai nak jawab soalan2 yg bakal di tanya oleh anak murid…alhamdulillah…setelah 5 tahun minat mengajar datang bila sudah menjadi ibu…

Reply

50 aiman December 12, 2010 at 5:24 pm

thanks bro..
sgt2 membantu sy untuk 14hb ni
…tgk duk karang borang peyatuan hasrat.
hati ni still 50:50..memandangkan sudah ade kerjaya tetap yg diminati….
…tapi demi ibubapa yg berharap aku dt kerja gomen…ku teruskan jua..
istikharah menjadi penentu…ya allah..berikanku panduan memilih yg terbaik.

korang yg dpt temuduga..good luck

Reply

51 arrabella sukrosa December 12, 2010 at 6:42 pm

salam…sy ada kemusykilan la…sy amik peng.bhs inggeris…borang pernyataan hasrat nk tulis dalam bahasa melayu ke bahasa inggeris??

Reply

52 aiman December 12, 2010 at 7:11 pm

bahsa melayu sudah…sy pon dpt b.inggeris…
dimanakah anda cik arrabella?

Reply

53 kulanz December 12, 2010 at 7:29 pm

ya.. ikut standard borang saja.. jawab dalam bahasa melayu tiada masalah.. kalau nak jawab dalam b inggeris pun tiada masalah.. sekurang-kurangnya ada persediaan awal sbb kadang-kala soalan dlm borang penyataan hasrat turut ditanya masa temuduga

Reply

54 arrabella sukrosa December 12, 2010 at 7:42 pm

yeke…nk karang panjang2 ke pendek je…adei…konpius sgt….sy di parit buntar perak…tebiunya di ipg tuanku bainun,bukit mertajam…awk plak aiman?? sy 14hb ni…awk bila??

Reply

55 aiman December 12, 2010 at 7:44 pm

pendek2 je..just bg main point
isi2 simpan dlm otak dulu….bg kuar 14 ni

,,,…..duk kl…tp temuduga kt trg….sama ar 14..gud luck to u

Reply

56 arrabella sukrosa December 12, 2010 at 7:52 pm

ooo…orait…..neves2…1st time ni…..essay dh ready ke nk mengarang nnt??

Reply

57 aiman December 12, 2010 at 8:04 pm

dah siap dah..simple je
..xde idea sgt nk tulis ape///

rilek je..same ar kite..1st time

Reply

58 arrabella sukrosa December 12, 2010 at 8:17 pm

ok2….gud luck 4 u!

Reply

59 aiamn December 17, 2010 at 12:20 am

alhamdulillah…dh interview
tak sangka interview kpli lebih senang drpd interview co. swasta…
siap kene nyanyi yg tak tahan tu…
amik ko..maher zain ceq bg kt hangpa…haha

Reply

60 lazi December 21, 2010 at 11:00 pm

mekasih ye bro..jawaban yg diberi menambahkan lg smagat aku tuk p intbw sok..doakan semoga aku menjadi seorang pendidik yg baik..amin

Reply

61 ju March 14, 2011 at 1:10 pm

thanx……memang amat berguna kepada sesiapa yang berminat untuk memilih profesion perguruan sebagai kerjaya…bravo!!!!!

Reply

62 hafifi March 22, 2011 at 4:30 pm

semua kena jujur la kan…itu y t’baik…hehe
makaC la…..

Reply

63 yumi April 1, 2011 at 3:04 am

salam…
urm…selalunya d akhir tmuduga tu…penemuduga akan kata
“ada soalan ke nak tnya??…”…..

apa cth soalan yng sllu pljr tnya?…(bg yng pernah g tmduga 2..)
huuu..nk tau jer~

Reply

64 Aisyah Bukhari April 20, 2011 at 5:06 pm

Thank you so much! This really helped me out! :D

Reply

65 Fatma Diyana. April 20, 2011 at 11:45 pm

terima kasih, cikgu. info yang menarik ! saya interview 25 hb nanti. wish me luck :)

Reply

66 Dahlia April 21, 2011 at 5:50 pm

Terima kasih,cikgu. Nak tanya adakah orang yang ada kecacatan akan diberi keutamaan dalam PPC ???

Reply

67 ira April 22, 2011 at 9:17 pm

soalan tnye camni
: pengalaman(pengetahuan) dalam bidang keguruan.
so, camne nak jawab? due2 skali?

Reply

68 ridzuan April 24, 2011 at 11:29 pm

salam….trime ksih bnyk2 ats info prnyataan hsrt.bleh sy buat rjukan utk tmuduga 26 ary bln 5..tq

Reply

69 nurul April 27, 2011 at 1:20 pm

assalamu’alaikum…..alhamdulillah…terima kasih sgt krn brkongsi info yg sgt berguna ini….
sgt2 mnghrgainya… :)
semoga Allah mmberkati sgala usaha yg tlh dlkukan……insyaAllah…

Reply

70 nadiah May 23, 2011 at 10:14 pm

thnks atas info yg sangat berguna ni…=D

Reply

71 bgurlz irene May 24, 2011 at 8:49 pm

nak join;;

Reply

72 siti bongsu May 25, 2011 at 10:36 am

thnks ats info yg brgna…..msti brgna ms attend tmudga nih…….AMIN..permudahkan segalanye

Reply

73 akmal May 2, 2012 at 11:12 am

salam…ujian kecergasan kalau subjek PJK khas untuk KPLI je?..sy baru nak g temuduga IPG, subjek PJK..lepasan SPM…ada ujian kecergasan juga x?

Reply

74 kulanz May 2, 2012 at 10:41 pm

Kalau KPLI memang ada ujian kecerdasan.. untuk kplspm saya tidak pasti.. cuba rujuk semula dokumen yang disertakan semasa semakan dibuat.. biasanya akan ada dimaklumkan di sana

Reply

75 tika May 6, 2012 at 7:49 am

thanks ,the info are very useful to a beginner like me

Reply

76 pupu May 23, 2012 at 12:59 pm

mohon share…thanx

Reply

77 LiZa November 18, 2012 at 11:34 pm

salam..brdbr jgk nk intrvw 22hb nov ni..tp,bile da bce info ni..cm ok ckit..de la jgk pe bnde yg djwb bile kne tnye t..hehehehe..time ksh..

Reply

78 tqazai November 19, 2012 at 12:42 am

terima kasih atas info yg bermanfaat ini :)
tqazai recently posted..hadiah coklat lagi ^_^My Profile

Reply

79 yt May 7, 2013 at 11:57 am

tq very much .. tis text is very very helpful :D

Reply

80 fatinah May 10, 2013 at 1:58 pm

kalau soalan pengalaman,boleh ke tulis selain guru pengganti contoh pernah mengajar kwn dlm kels @lain2.

Reply

81 Kulanzsalleh May 10, 2013 at 10:07 pm

boleh.. apa2 pengalaman berkaitan pengajaran boleh juga dimasukkan

Reply

82 syahirah May 11, 2013 at 9:54 pm

terima kasih kerana artikel ini sangat membantu. :)

Reply

83 farisya ajis May 12, 2013 at 4:07 pm

betul ke penemuduga ada suruh berlakon mengajar ?

Reply

84 nur nabila May 12, 2013 at 8:42 pm

1.boleh tak kita jwb pengalaman mengajar hnya di tempat mengaji al-quran?
2. sy tak fhm cara penyusunan sijil yg sbnr,,perlu mengikut aturan sijil pda surat tawaran?sb ada sijil kelahiran, kad pengenalan,sijil spm,,, perlu ltakn skali?

Reply

85 nur nabila May 12, 2013 at 8:48 pm

apa perbezaan bidang perguruan dan profisen perguruan?

Reply

86 nashuha May 12, 2013 at 10:39 pm

terima kasih atas informasi yang berguna…

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner