Home >> Personal >> 10 Jenis Tempahan Yang Selalu Dibuat Ketika Ramadhan

Salam. Sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak bagi tahun 1432H/2010M ni, sekali lagi pastinya umat Islam sibuk dengan pelbagai persiapan. Tak kiralah sama ada persiapan untuk tanggungjawab keagamaan, tanggungjawab terhadap persediaan rutin, mahupun menyediakan Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa setiap hari.

Berikut adalah 10 jenis tempahan yang selalu dibuat menjelang atau ketika bulan Ramadhan

1. Tempatan Baju Raya
Tempahan baju raya bukanlah suatu kewajiban, tapi tak salah berbuat demikian asalkan tidak melanggar batas-batas yang sepatutnya, terutamanya yang melibatkan pembaziran. Bagi yang berkeluarga, semestinya awal-awal lagi akan membeli kain untuk dibuat baju, sama ada baju Melayu untuk lelaki atau baju kurung/kebaya untuk perempuan. Selalunya 2-3 minggu sebelum puasa, orang dah sibuk membuat tempahan baju raya ni. Isteri saya pun minggu lepas dah beli kain untuk dibuat baju :D

2. Tempahan tapak gerai/Bazaar Ramadhan
Bazaar Ramadhan adalah antara tempat yang akan menjadi tumpuan ketika bulan Ramadhan. Memang bagus bazaar ni, selain daripada memudahkan orang ramai membeli makanan yang lebih murah dan pelbagai, boleh juga kumpul duit raya. Tapi sebelum dapat berniaga di bazaar tu, peniaga perlu juga membuat tempahan untuk mendapatkan lot atau tapak gerai di kawasan Bazaar. Daripada tarikh hari ini, ada lebih kurang 2 minggu lagi akan bermulanya puasa. Masih sempat rasanya untuk membuat tempahan/permohonan tapak gerai untuk berniaga. Rujuklah Majlis Daerah, Dewan Bandaraya atau pihak-pihak berkenaan. Tapi kalau di kawasan Shah Alam, rasanya permohonan dah tutup hari tu.

3. Tempahan Kurma
Kurma boleh dikatakan sudah sinonim dengan menjelangnya bulan Ramadhan ni. Bulan-bulan lain ada juga sebenarnya kurma ni tapi bekalannya taklah sebanyak bulan Ramadhan. Yang pasti, pembekal-pembekal kurma dalam negara pada masa ini sedang sibuk membuat tempahan daripada negara pembekal. Tak kiralah kurma basah atau kurma kering.

4. Tempahan Bunga Api dan Mercun
Siapa kata kurma sahaja yang diimport dari luar negara? Bunga api dan mercun pun sebenarnya termasuk dalam senarai barang yang turut ditempah. Bezanya kurma boleh dijual secara terbuka, bunga api dan mercun pula dijual di pasaran gelap. Tapi jangan salah anggap pula. Rasanya ada beberapa jenis bunga api yang memang dibenarkan penjualannya, terutama yang jenis sparkling tu (saya agak saja). Sebab bunga api tu dijual secara terbuka dan peniaga tidak ditangkap. Maknanya ada kelulusanlah tu. Tapi mana best main bunga api kecil tu kan? Nak juga yang besar sedikit. Ada sesiapa jual bunga api secara online? Sayapun nak tempah juga. Tak pun jadi pengedar terus. Nak tambah duit raya :D

5. Tempahan Iklan untuk Promosi sempena Ramadhan
Tempahan iklan juga selalu dibuat oleh penyedia perkhidmatan, contohnya khidmat katering atau promosi Buka Puasa Buffet sempena bulan Ramdhan ni. Pilihan yang boleh dibuat, mengiklan/mempromosi melalui surat khabar, majalah, televisyen, radio dan signboard. Dan memandangkan sekarang ni penggunaan internet semakin meluas di seluruh negara, ada juga yang memilih untuk membuat promosi secara online. Ada yang berminat untuk buat tempahan iklan secara online? Saya cadangkan anda rujuk di blog berikut.

6. Menempah Untuk Jamuan Moreh
Kebanyakan surau atau masjid selalunya akan mengadakan jamuan moreh selepas sembahyang sunat Tarawih. Di kampung sayapun jamuan seperti ini sudah lama dipraktikkan. Penyedia jamuan ditetapkan secara bergilir-gilir mengikut keluarga. Tapi bagi yang pemurah dan rajin bersedekah, boleh juga menyediakan jamuan pada bila-bila masa.

Selalunya, bagi keluarga yang kecil atau tidak larat menyediakan jamuan sendiri disebabkan ‘tak cukup tangan’, maka mereka akan membuat tempahan makan minum untuk jamuan tu daripada orang lain. Lebih mudah kerja. Selain dapat bersedekah kepada jemaah masjid, dapat juga bersedekah kepada peniaga. Cuma kalau nak buat jamuan moreh, janganlah terlalu membazir. Buat ala kadar saja yang penting niat ikhlas untuk sedekah.

masjid

7. Tempahan Biskut Raya
Dalam masa seminggu setelah mula berpuasa, katalog biskut raya pasti akan beredar di serata tempat; di sekolah, di pejabat atau ada juga tawaran tempahan secara online melalui internet. Bukannya tiada biskut raya di pasaraya, cuma yang tu kita tidak tahu dari mana sumbernya. Lagipun kadang tidak menepati selera kita. Apapun, kalau menempah biskut raya tu, pastikan orang yang ambil tempahan tu tak buat awal sangat. Nanti tak sempat sambut Raya, biskut dah habis dimakan.

8. Tempahan Buka Puasa Buffet atau khidmat katering
Kadang kita nak buat majlis tertentu semasa bulan Ramadhan ni dengan niat sedekah. Tak kiralah untuk saudara-mara, rakan-rakan sekerja atau majlis yang melibatkan badan amal. Kalau kita nak sediakan sendiri dari rumah mungkin tiada kesempatan. Jadi pilihan yang boleh dibuat adalah mendapatkan khidmat mana-mana katering atau restoran yang menyediakan promosi Buffet untuk berbuka puasa. Kalau ada yang berminat untuk buat tempahan, boleh rujuk di sini. Apapun sebelum membuat tempahan, fikirkan berapa bajet yang hendak diperuntukkan dan tak perlulah membazir sangat.

9. Menempah Buluh dan Daun Kelapa Muda
Orang selalu menempah buluh dan daun (pucuk) kelapa yang masih muda. Apa lagi tujuannya kalau bukan untuk kegunaan membuat lemang dan ketupat. Bagi yang malas atau tidak cukup masa, ada yang memilih untuk menempah terus lemang dan ketupat yang sudah masak. Tapi sesetengah orang lebih suka untuk membuatnya sendiri. Tapi sebab susah nak dapatkan buluh lemang dan daun kelapa untuk buat ketupat tu, maka pilihan yang terbaik adalah dengan menempahnya.

10. Menempah Maut
Akhir sekali menempah maut. Tempahan jenis ni mungkin jarang kita dengar tapi ada juga orang buat. Biasanya ada beberapa cara untuk menempah maut sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang, antaranya:
- Memandu kenderaan secara membabi buta dan tidak mengikuti peraturan jalan raya;
- Meminjam banyak duit daripada Ah Long untuk persiapan raya dan tidak membayar balik;
- Merompak rumah orang lain untuk dapatkan duit raya;
- Minum air ketum untuk berbuka puasa;
- dan banyak lagi yang difikirkan bersesuaian.

Teringat pula kenangan zaman saya kanak-kanak, sanggup meredah semak samun dan hutan semata-mata untuk mendapatkan buluh. Tapi bukan untuk untuk dibuat lemang. Kami buat meriam buluh. Inipun menempah maut juga sebenarnya ;)

Kata kunci artikel:

bunga api yang di benarkan, nama bunga untuk dibuat baju, tempah kurma

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 39 comments… read them below or add one }

1 sinagarimba July 26, 2010 at 1:21 am

menempah maut. hahaha….
ada juga. satu lagi menempah jari sebab jari putus kena mercun
sinagarimba recently posted..Apa Dosa Mereka!My Profile

Reply

2 Affan July 26, 2010 at 2:51 am

hehe. tu klu main meriam :)
Affan recently posted..Realiti Yang Dihadapi Orang IslamMy Profile

Reply

3 Kulanz Salleh July 26, 2010 at 10:40 pm

betul tu.. kena menempah jari kalau main meriam buluh atau mercun :D

Reply

4 sinagarimba July 26, 2010 at 1:23 am

satu lagi tempah darah. sebab ramai yang keguguran darah masa dekat nak raya.
sinagarimba recently posted..Apa Dosa Mereka!My Profile

Reply

5 Kulanz Salleh July 26, 2010 at 10:41 pm

memang betul.. akan banyak yang terkorban nanti.. :D

Reply

6 bujang3 July 26, 2010 at 1:45 am

tempah yang ke sepuluh tu kelakar betul… kah.kah.kahhhh!!!

Reply

7 Kulanz Salleh July 26, 2010 at 10:42 pm

yang tu boleh tempah secara percuma tu bro, hehe

Reply

8 tehr July 26, 2010 at 2:05 am

khemah kenduri kahwin pun dah tempah juga
lepas raya nanti nak buat majlis
tehr recently posted..Rahsia Kita BerduaMy Profile

Reply

9 Affan July 26, 2010 at 3:56 am

erkk. hehe. ada ke?
tapi rasanye tak ramai kot org pilih kawin lepas raya, sbb kena berebut dgn oepnhouse. hehe
Affan recently posted..Realiti Yang Dihadapi Orang IslamMy Profile

Reply

10 iza July 26, 2010 at 6:24 am

Betul…betul…betul…
iza recently posted..Rumah Sendiri vs KuartersMy Profile

Reply

11 Kulanz Salleh July 26, 2010 at 10:43 pm

@tehr, betul juga tu bro, lupa nak senaraikan.. sekarang ni pun orang dah mula sibuk nak tempah khemah..

Reply

12 hanif July 26, 2010 at 2:17 am

hehehe..no 10 tu memang tiap-tiap tahun ade je orang buat..
hanif recently posted..Apa Yang Best Dan Tak Best Berniaga Di Bazar RamadhanMy Profile

Reply

13 Kulanz Salleh July 26, 2010 at 10:57 pm

memang ramai yang suka buat.. sebab percuma, hehe

Reply

14 ashraf July 26, 2010 at 2:25 am

wah pakej lengkap ni…..best la entri ni…hee
ashraf recently posted..Kenali Penulis TunAshrafComMy Profile

Reply

15 Kulanz Salleh July 26, 2010 at 11:00 pm

belum lengkap sangat bro.. masih ada lagi yang belum tersenarai :D

Reply

16 Affan July 26, 2010 at 3:55 am

bro, dah taubat main buluh blm? hehe :D
Affan recently posted..Realiti Yang Dihadapi Orang IslamMy Profile

Reply

17 iza July 26, 2010 at 6:22 am

Salam…..

Ada jgk org tak tempah baju raya, beli yg siap dipakai. Tukang jahit dah tak nak terima skrg ni…
Teringat jgk zaman dulu2,walaupun perempuan,ikut jgk saudara lelaki cari buluh utk dibuat pelita buluh….
Kalau nk bunga api merdeka yg 50 atau 100 letupan tu boleh order dengan abg2 kastam. Murah pun murah…hehe. Jgn tangkap saya sudah.hikhikhik…..secret ni.
iza recently posted..Rumah Sendiri vs KuartersMy Profile

Reply

18 Mus July 26, 2010 at 7:44 am

Menempah maut yang paling tak bagus!
Mus recently posted..Jom Sedut RSS Dengan WP-o-Matic – Free RSS AggregatorMy Profile

Reply

19 zik July 26, 2010 at 8:53 am

tempah…baju raya.. yang last tuh dielakkan..

Reply

20 Thoha July 26, 2010 at 11:12 am

yang last sekali tu yang paling teruk dan minta dijauhkan supaya bulan puasa dan hari raya menjadi hari yang paling bahagia dan gembira untuk kita semua..
Thoha recently posted..Majlis Konvokesyen Ke-8 UMT 2010My Profile

Reply

21 acapz July 26, 2010 at 11:14 am

haha. menempah maut. ek. mmng de. slalu time2 nk raya ni bnyk la pncuri kn. huhu. so be careful la. baju raya xtmph2 lagi. pkai thun lpas punya kowt. haha
acapz recently posted..Laman Anime Terbesar OneMangga Kini DitutupMy Profile

Reply

22 Lina Marliana July 26, 2010 at 11:39 am

hehehe… menempah maut.. lucu juga ulasannya, tapi emang bener banget.. :)

Reply

23 AKU July 26, 2010 at 1:15 pm

adeeii tn..tempahan yg ke10 2 baa..wakakaka..ya..teingat juga dulu masa bdk2..mencari bambu bikin meriam..siap di+ patrol sama garam lg itu minyak tanah..kunun2 bikin tambah kuat..
AKU recently posted..Seguni budi mu tak terbalas oleh AKUMy Profile

Reply

24 ST July 26, 2010 at 1:49 pm

Tempahan nombor 10 tu selalu tanpa disedari… hehe
ST recently posted..Kemaskinian “Cube 2″ 2010 dilepaskanMy Profile

Reply

25 samdaddycool July 26, 2010 at 2:20 pm

Tempahan terakhir memang tak bole blah.. :D
samdaddycool recently posted..Puasa dah dekat- sendiri mau ingatMy Profile

Reply

26 azizan4444 July 26, 2010 at 3:20 pm

biskut dgn baju raya tu paling pemes…sebulan sblom raya dah kena hantar kedai kain nak bt baju melayu..kalau x tukang jahit xnak terima..hehe
azizan4444 recently posted..Tips – 7 Cara Mudah Atasi Kekecewaan Putus CintaMy Profile

Reply

27 etomyam July 26, 2010 at 4:58 pm

terima kasih tlg promote bro, hahaha, tempahan no 10 paling best dan paling ramai yg buat hehehe :D
etomyam recently posted..Yang Lama Di Buang JanganMy Profile

Reply

28 mizzura July 26, 2010 at 6:10 pm

uish…yg no 10 tu nak kena booking2 ker..? takutnyer..hahahaha..
mizzura recently posted..Eh- Nuffnang Buffered Earnings lahMy Profile

Reply

29 suri July 26, 2010 at 10:00 pm

baik menepa nama dalam lindungan Tuhan semoga kita sentiasa berada di dlm rahmatnya..

pasti suasana ramdan akan menggamit lebih indah dgn ada org yang tsyang disamping kita kans hehee..

Reply

30 bujang3 July 26, 2010 at 10:57 pm

dah beberapa kali aku baca entri ni…keluar, masuk, keluar masuk balik… confirm…. jawapan aku muktamad … aku memang tak nak tempah item yang ke sepuluh tu… yakin benar … aku tak nak tempah mautttt!!!

Reply

31 Wan Perlis July 26, 2010 at 11:25 pm

ahha no4 tu best
tak sah klo x dengar bunyi mercun
mmg best terkenang zaman kanak2 bila bulan posa
Wan Perlis recently posted..Ruang Iklan Untuk DisewaMy Profile

Reply

32 ishak July 27, 2010 at 12:55 pm

no 10 tu aku baca sambil terguling-guling ketawa..tapi no 4 tu kalau + dengan no 10 jadi sama bro
ishak recently posted..Profile pelakon my fair lady korean dramaMy Profile

Reply

33 Amir July 27, 2010 at 8:13 pm

very nice tips! baju melayu saya dah beli siap2 sebelum balik aussie bulan 2 hari tu. hehe. nak pos dari malaysia mahal plak. nampak gayanya ni tahun kedua saya beraya tanpa kuih raya. :-) tp juadah2 lain tetap ada la. lontong, nasi himpit, sate, lemang. semua student je buat. bila kt overseas ni memang betul2 berdikari la.

tahun lepas raya meriah tp tahun ni xtau meriah ke x. hari jumaat tu ada kelas. tp ponteng la jawabnya. hehe.
Amir recently posted..Makan-makan di Sydney Fish MarketMy Profile

Reply

34 hafizmd July 28, 2010 at 1:14 pm

pergh..yg last tuh jer..ramai sgt yg hari2 tempah..kadang2 ade return order lagik..isk3..

ps.semua 9 tempahan lain..dah start dah..hehe

Reply

35 Nine July 29, 2010 at 8:08 am

haha, tak tahan bro yang tempah maut tu hehe :)
Nine recently posted..Response cached until Thu 29 @ 2:06 GMT (Refreshes in 58 Minutes)My Profile

Reply

36 marki July 30, 2010 at 1:33 am

sy paling berminat menempah kuih raya..baju? agak kurang kerana biasanya sy beli je. hehhee
marki recently posted..Syarikat MLM Miskin Lagi Miskin ku diserbu polisMy Profile

Reply

37 suri July 31, 2010 at 5:52 pm

tahun ni buat langsir baru..tahun sblum ni langsir org bagi huhu..

Reply

38 RedBoy August 1, 2010 at 4:12 pm

wahhh… skrg RB pon dh ada mood puasa.. seronokkan bila tiba bulan ramadhan ni..terasa tenang sangat dan cuaca pon x panas sgt.. moga2 puasa tahun ini, RB akn mendapat hidayah dr Allah dan mendapat kelebihan yg Allah janjikan.. Amin.
RedBoy recently posted..Abdullah Bin Jaafar Yang DermawanMy Profile

Reply

39 Aidil Pelita August 22, 2010 at 11:34 pm

hehe…. memang power la tempahan last skali tue….
kalu nak lagi power, tempah la Pelita Buluh dari saya…
hehe… harga berpatutan, kualiti terjamin!

http://pelitabuluh.webs.com/

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: