Juara Bola Sepak Piala Dunia 2010 Afrika Selatan (FIFA World Cup 2010) akhirnya menjadi milik Sepanyol (Spain) dengan gol 1-0, hasil jaringan Andrés Iniesta pada minit ke 116. Keputusan ini pastinya menjadi sejarah kepada Pasukan Sepanyol kerana buat pertama kali mereka menjulang piala berprestij itu sejak Bola Sepak Piala Dunia diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1930.
Bagi peminat bola sepak pula, mengetahui siapa juara piala dunia tahun 2010 ini mungkin boleh menyebabkan mereka gembira, tidak kurang juga yang kecewa. Tapi kalau kecewa sebab pasukan pilihan tak menjadi juara, tak kisahlah sangat. Jangan kecewa sebab kalah judi bola juta-juta.. tu memang parah.. Bagi saya sendiri, saya tidak kisah siapapun juara. Sebab kemenangan itu adalah hasil usaha mereka sendiri. Lagipun kedua-dua ni bukan pasukan pilihan.
Saya tak pandai sangat menganalis perlawan bola sepak ni. Tapi berdasarkan apa yang saya lihat kedua-dua pasukan seolah-olah agak tertekan untuk memenangi perlawanan ini sehingga menyebabkan kedua-dua pasukan bermain agak kurang “bersih”. Jelas sangat banyak kekasaran dilakukan oleh para pemain kedua pasukan. Akibatnya banyak kad kuning dilayangkan oleh pengadil malam tu. Sehingga tamat masa permainan, sebanyak 14 kad kuning dan 1 kad merah telah diberikan kepada (8) pemain Belanda, iaitu Mark van Bommel, Nigel de Jong, Robin van Persie, Gregory van der Wiel, Joris Mathijsen, Giovanni van Bronckhorst, Arjen Robben, Johnny Heitinga (2 kad kuning, 1 kad merah) dan (5) kepada pemain Sepanyol, Sergio Ramos, Carles Puyol, Joan Capdevila, Xavi, Andrés Iniesta.
Apapun, kejuaraan bola sepak piala dunia dah pun berakhir. Lepas ni mungkin cerita piala dunia akan jadi down secara perlahan-lahan. Kena tunggu 4 tahun lagi (2014) untuk bercerita pasal piala dunia, di mana Brazil telah dipilih menjadi tuan rumah. Dalam 4 tahun dari sekarang, saya tidak tahu sama ada blog ni masih wujud atau saya masih mampu bercerita pasal piala dunia. Harap-harap panjang umurlah kedua-duanya kan?
Akhir sekali, jangan lupa singgah di blog Denaihati untuk mengetahui siapakah yang telah memenangi token sebanyak RM250 seorang untuk tekaan tepat siapa juara piala dunia tahun 2010 ni.


{ 21 comments… read them below or add one }
viva espana!
jack recently posted..4 Rahsia Limau Didedahkan
sokong spain ke bro?
tahniah la buat spain.. WC ni beri gambaran yg lain sbb final pasukan bukan pilihan.. ape pun, sukan mmg mengeratkan sesama manusia, wpun kdg2 leh memutuskan talian.. huhu
fiezaradzi recently posted..Belanda Rebah dan Akur
macam2 juga kesan WC ni.. boleh buat bankrup orang pun ada.. hehe
gracias wat spain. mmg kuat dari 2008 UERO.tapi perlawanan nih mmg main kasar banyak..belanda terlepas dua peluang goal..casillas mantap..
memang banyak kasar.. kad kuning pun banyak melayang
congratulation spain…memang mereka berhak dgn kemenangan tu..
4 tahun lagi malaysia pula yang akan jadi juara..
heheheh insyallah mudah-mudahan =)
ray ban recently posted..Size guide
tak keluar lagi sapa yang dapat menang rm250 dari denai hati tu..em..katanya mlm ni nk bagtau keputusan
serol recently posted..What you give- you get back edisi worldcup 2010
sekarang ni dah ada keputusan..
bosan jugak sebab semua team yg saya pilih rebah…huhu, lepas ni boleh layan euro 2012 pulak, sebelum tu layan piala malaysia hehehe

etomyam recently posted..Hibah Misteri
Spain 12 orang lawan Belanda 11 orang – 1 orang .. ciss…
marki recently posted..Wartawan hiburan cuba jatuhkan Noh Hujan
Berbaloi lah spain menang, sebab pasukannya sentiasa menyerang..
Azuan recently posted..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010
tahniah buat sepanyol
[saya pulak kecewa kerana belanda kalah]
sekali sekali lihat pasukan bukan pilihan bertarung di final bagus juga
tehr recently posted..Blog- Nuffnang And Earnings
tahniah buat spain..xsangka betol plak ramalan sotong paul tuh…
apiih recently posted..Roti Sedap Tapi Ngeri-
glory-glory spain..sayapun penyokong spain..yiezaaa….go spaiin…lepasni mungkin durian dan ayam bolehla ditukar kepada ayam dan durian spain..no more belanda..hik3..
eyriqazz recently posted..Nestle Milo Hidup Bola
permainan Spain sangat menarik memang terbaik
ray ban recently posted..Size guide
leganya hati bila dah habis bola..dapur pun jarang le jeguk..nd jerang air hehehee
tetiba spain menang..sedih betul….si sotong tu bawak malang betul
kemenangan WC sebenarnya untuk Barcelona
ray ban recently posted..Size guide