Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2013 | 1434 H

Selain daripada menunaikan puasa wajib dan menunaikan solat sunat Tarawih di bulan Ramadan, umat Islam juga dituntut untuk melaksanakan satu lagi rukun Islam, iaitu membayar zakat fitrah.

Zakat dari segi bahasa membawa maksud bersih, suci, subur berkat dan berkembang. Pengertian “bersih” dan “suci” dalam istilah zakat membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dendam dan dengki terhadap orang kaya.

Jadi sebagai perkongsian, berikut adalah Kadar Zakat Fitrah tahun 2013 (1434 Hijrah) bagi Seluruh Negeri Di Malaysia, termasuk; Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Kadar zakat pada tahun ini adalah dikekalkan daripada kadar tahun sebelumnya (2012).

Zakat Fitrah 2013

*Perbezaan kadar zakat di negeri Terengganu dan Johor adalah berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan.

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

Kadar Fitrah

Kadar fitrah pula ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. Waktu Wajib – Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu Paling Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh – Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  5. Waktu Haram – Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Please like & share:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>