Home >> Info >> Kadar Zakat Fitrah Tahun 2012 Seluruh Malaysia

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2012 Seluruh Malaysia

by Kulanzsalleh on July 24, 2012 · 11 comments

Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah 2012 bagi Seluruh Negeri Di Malaysia, termasuk; Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Kadar Zakat Fitrah

Kadar zakat fitrah bagi penduduk beragama Islam yang bermastautin dan bekerja di Sabah pada tahun ini ialah sebanyak RM7 iaitu menyamai kadar sama tahun lalu.

Zakat dari Segi Bahasa
Zakat dari segi bahasa membawa maksud bersih,suci,subur,berkat,dan berkembang. Pengertian “bersih” dan “suci” dalam istilah zakat membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dendam dan dengki terhadap orang kaya.

Zakat dari Segi Syarak
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Hikmah Pensyariatan Zakat
Tujuan dan pensyariatan ibadah zakat adalah bertujuan untuk :

  1. Mengagihkan sebahagian kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berkemampuan.
  2. Membersihkan diri pembayar zakat
  3. Menyuburkan dan memberkati harta pembayar zakat.
  4. Mewujudkan rasa bersyukur terhadap nikmat kekayaan yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hamba NYA.
  5. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan sebahagian harta mereka
  6. Menyatukan umat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  7. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
  8. Melahirkan jiwa yang tenang dan tenteram kepada pembayar zakat.

Dalil Pensyariatan Zakat

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah ,supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari ahklak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka ,kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka,dan ( ingatlah ) ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
( Surah At-Taubah : Ayat 103 )

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”.
(Surah An-Nur : Ayat 56 )

“Dan (ingatlah wahai Muhammad),ketika Kami mengikat perjanjian taat setia dengan Bani Israil (dengan berfirman) : Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH,dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa ,dan kaum kerabat,dan anak-anak yatim serta orang miskin,dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya”.
(Surah Al Baqarah: Ayat 83)

Sumber: www.zakat.sabah.gov.my


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 11 comments… read them below or add one }

1 eddie July 24, 2012 at 11:35 pm

next week dah boleh slow2 pergi bayar ni…

Reply

2 Kulanzsalleh July 25, 2012 at 12:31 am

ya.. bayar awal lagi bagus..

Reply

3 Mus July 24, 2012 at 11:44 pm

saya kena bayar zakat ni sebelum balik kuching nanti..

Reply

4 Kulanzsalleh July 25, 2012 at 12:35 am

bagus juga tu bro.. sampai kuching nanti tak perlu fikir pasal nak bayar lagi

Reply

5 iAwani July 24, 2012 at 11:59 pm

alhamdulillah, kadar zakat dah ada. Thanks bro! tahun ni saya bayar zakat sendirian. Tahun depan bayar zakat berdua dengan pasangan hidup.

Reply

6 Kulanzsalleh July 25, 2012 at 12:42 am

akan bertambah lagi rezeki tahun hadapan…

Reply

7 tehr July 25, 2012 at 12:50 am

aku ni selalunya malam raya baru bayar
mungkin tahun ni boleh ambil langkah bayar lebih awal

Reply

8 Kulanzsalleh July 25, 2012 at 10:41 pm

ya.. bayar awal pun bagus juga tu bro

Reply

9 akubiomed July 26, 2012 at 1:32 am

Sudah boleh bayar awal. Jangan sampai lupa untuk melaksanakan tanggungjawab.

Reply

10 eiela July 28, 2012 at 1:21 pm

thanks share,, n9 rm6.50

Reply

11 Oh! budu July 31, 2012 at 10:08 am

RM7 ringgit.. hehe

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner