Kaedah penetapan tarikh hari raya puasa

Esok, 8 September adalah tarikh penetapan 1 Syawal atau penentuan bila sambutan Hari Raya Puasa (Aidil Fitri) di Malaysia. Pengumuman tu dibuat setelah proses pencerapan (rukyah) atau melihat anak bulan Syawal dilakukan.  Jika cerapan kurang berjaya disebabkan cuaca tidak mengizinkan, maka kaedah hisab dijadikan alternatif. Bagaimanapun, baru-baru ni sempat juga terbaca di beberapa berita desas-desus atau khabar angin yang menyatakan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2010 ni telah ditetapkan pada hari Khamis.

Terfikir juga, sejak bila Malaysia menetapkan Hari Raya sebelum rukyah dilakukan. Dari dulu sampai sekarang, sebelum sambut hari raya, mesti dengar dulu pengumuman rasmi sama ada melalui radio atau televisyen. Pengumuman rasmi yang dimaksudkan tu pula mestilah disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia.

Tidak dinafikan mungkin terdapat perbezaan tarikh Hari Raya Puasa Malaysia dengan negara-negara lain. Perbezaan tarikh/hari raya berkenaan dipengaruhi oleh matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan). Selain tu, sesetengah negara pula ada yang menentukan tarikh Hari Raya Puasa berdasarkan kaedah rukyah sahaja atau hisab sahaja dan ada juga berdasarkan kedua-duanya, macam negara kita. Malaysia menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehcerapan) untuk menentukan awal Syawal.

mencerap anak bulan

Berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, laporan penetapan tarikh awal anak bulan syawal hasil mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalender Islam pada 13 April lalu telah dikemukakan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi rujukan untuk menentukan awal syawal.

“Kriteria imkanur rukyah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah,” katanya.

Wan Mohamad berkata, satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).

Di Malaysia, katanya, data kajian bagi tiga bulan utama iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah berpandukan koordinat dua titik rujukan iaitu melihat kepada koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) dan koordinat Tanjung Chincin, Pulau Langkawi (stesen paling barat). Bagi menentukan awal Syawal 1431, proses cerapan akan dilakukan pada petang hari merukyah hilal (cerapan anak bulan) Syawal pada 29 Ramadan bersamaan 8 September (esok).

Cerapan itu akan dilakukan di 30 tempat cerapan rasmi yang dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan proses cerapan di peringkat negeri lazimnya diketuai oleh mufti negeri.

“Hasil cerapan akan dipanjangkan segera ke pengetahuan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja serta diumumkan segera setelah mendapat perkenan raja-raja”.

Semoga perkongsian ini dapat menjelaskan dan mengingatkan kita tentang cara penentuan tarikh Hari Raya Puasa di negara ini dan tidak berlaku sebarang kekeliruan berhubung perkara ini.

Please like & share:

Comments

  1. says

    nampaknya ada orang yang tak sabar nak beraya
    [atau ada yang tak mahu berpuasa 30 hari]

    kita sama2 tunggu nanti

    [masa saya kecil dahulu, ada penduduk di sempadan yang ke thailand untuk menyambut raya lebih awal dari malaysia – tak tahu pula sekarang ni masih ada atau tidak]

  2. says

    Di Perlis hari ini 7 orang termasuk seorang bergelar ustaz ditahan JAIP kerana menyambut hari raya aidil-fitri hari ini.Mereka ditahan selepas selesai menunaikan solat sunat aidil-fitri.
    Nampaknya puak ini ikut kaedah sendiri dalam menentukan tarikh 1 syawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>