Home >> Semasa >> Kakitangan Awam Mendapat Kenaikan Gred Gaji

Kakitangan Awam Mendapat Kenaikan Gred Gaji

by Kulanzsalleh on March 11, 2013 · 15 comments

Sebelum ini, CUEPACS telah memaklumkan bahawa pihak mereka sangat berharap terhadap pengumuman yang dinanti-nantikan oleh kakitangan awam yang melibatkan tuntutan yang dikemukakan oleh kesatuan itu sepanjang tahun lalu. Antaranya membabitkan kadar kenaikan elaun tetap dan elaun perumahan, semakan kenaikan gaji maksimum, kenaikan gred dan penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan SBPA.

Berita baik yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan kakitangan awam di negara ini telahpun diumumkan dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas sebentar tadi.

Pengumuman Untuk Penjawat Awam

Berikut adalah antara intipati kandungan ucapan/pengumuman yang telah disampaikan kepada kakitangan awam di negara ini:

  1. Kelayakan masuk minimum ke perkhidmatan awam ditambah baik, iaitu kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
  2. 22 Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10 dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Antara jawatan yang terlibat termasuklah Pembantu Am Pejabat, Pemandu Kenderaan dan Tukang K3. Penambahbaikan ini dijangka selesai sebelum akhir tahun ini. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat dari segi laluan kerjaya dan kenaikan gaji.
  3. Kerajaan bersetuju menambah baik urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat kumpulan pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun. Penambahbaikan ini adalah berasaskan kecemerlangan yang akan memberi manfaat kepada lebih 17,000 penjawat awam.
  4. Kerajaan juga setuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat, iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.
  5. Berkuatkuasa 1 Januari 2013, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan (3 KG). Kenaikan itu membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT. Ini membolehkan pegawai yang berada pada gaji maksimum mendapat kenaikan gaji.
  6. Memahami permasalahan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), kadar KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan bersetuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan prioriti (keutamaan) perkhidmatan serta “pay for performance”. Mengambilkira kepada usaha penambahbaikan tersebut hanya dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini. Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Ini membolehkan setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.
  7. Kakitangan awam yang berada pada gaji maksimum, tidak mendapat pelarasan gaji atau tiada semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak 3 peratus.
  8. Kira-kira 50,000 kakitangan awam kontrak turut mendapat perkhabaran gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan yang kakitangan awam yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.
  9. Sistem Saraan Baru telah diumumkan yang dinamakan Sistem Saraan Transformatif  (SST).

Selain daripada itu, terdapat beberapa lagi pengumuman yang turut dibuat oleh Perdana Menteri khusus untuk kakitangan awam dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebagai menghargai jasa di atas perjuangan kakitangan ATM dan PDRM;

  1. Gaji, jawatan koperal ATM dan PDRM setara dengan perkhidmatan awam lain. Melalui penyelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam.
  2. Gaji sarjan ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 JPA. Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam.Pelarasan Baru Gaji ATM dan PDRM
  3. Gred 41 mejar dalam ATM, superintendan PDRM dinaikkan ke Gred 46. Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.
  4. Kapten ATM dan Superintendan PDRM disetarakan dengan Gred 44. Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam.
  5. Kolonel, ACP disetara dengan Gred 52 perkhidmatan awam. Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam.

Itu adalah antara perkara yang telah diumumkan sebentar tadi. Bagaimana pula pandangan anda, adakah apa yang diharapkan telah dipenuhi atau sebaliknya?

p/s: Untuk makluman tangga gaji bagi setiap gred gaji yang dinyatakan di atas belum dikeluarkan dan sebarang perkembangan lain akan dikemaskini kemudian.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 15 comments… read them below or add one }

1 Shah Budin March 11, 2013 at 3:24 pm

Alhamdulilah…… :) cuma rasanya tentang kakitangan yang memiliki Diploma ke atas patut ada elaun khas selepas mendapat kerja berdasarkan kelayakan SPM, janganlah diabaikan.

Reply

2 TehR March 12, 2013 at 12:46 am

aku setuju je apa yang baik untuk kakitangan awam
apa pun perlu dilihat terlebih dahulu apa yang akan berlaku pada tangga gaji baru nanti

Reply

3 Puan Bardboo March 12, 2013 at 5:14 am

Beruntunglah orang yg dpt naik gaji ni

Reply

4 untitled March 12, 2013 at 8:29 am

Ingin tahu, adakah gred penjawat awm bgian sokngan n ptbran n17 tukr gred ke n22

Reply

5 akubiomed March 12, 2013 at 9:53 am

Berita baik untuk penjawat awam. Terbaca kaji selidik responden JobStreet.com pekerja swasta kecewa dengan bonus. Lebih daripada 49% pekerja Malaysia yang menerima bonus menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan bayaran bonus masing-masing.

Reply

6 fiezaradzi March 12, 2013 at 9:59 am

beruntunglah org kerja kerajaan ni.. apa pun, moga kenaikan gaji tu dapat beri kesenangan pada mereka, tak byk, sikit pun ok..

Reply

7 suri March 12, 2013 at 10:45 am

untung spa dpt keje kontrak tu bukan nk senang nk dpat.silap2 terus d[t diserapkan mmg rezeki sungguh

Reply

8 Norizwan March 12, 2013 at 7:11 pm

saya sangat setuju apa yang diucapkan oleh PM…ditambah baik dan dikaji semula jawatan yang disandang khidmat kerajaan sebelum akhir tahun ini…terima kasih PM…janji harus ditepati….

Reply

9 shariman razali March 12, 2013 at 9:16 pm

Kesian sektor swata dan org2 kerja sendiri…yg ada kerja ada gaji. Berikan lah kemenangan pd PR yg berjanji akan turunkan harga barang yg boleh dinikmati oleh semua semua rakyat.BN fokaskan pd polis an tentra je. Jom kita sokong PAKATAN RAKYAT

Reply

10 siti March 31, 2013 at 12:59 am

shariman x pernah memandang keliling dgn mata ke bagaimana PR hnya suka menabur janji palsu. biar sesal dahulu dari sesal kemudian. negara bila dah tergadai jgn haraplah nak dapat diambil balik. fikirkanlah…… mungkin suatu hari nanti anak2 awak menjawat jawatn dlm pdrm tau atm. kan cerah masa depan. hidup biarlah ada wawasan……

Reply

11 ramlee March 14, 2013 at 12:01 pm

Bagaimana gred N22(KUP) dangan N22 hakiki. Tidak ada perbezaan gred ke dalam sst ini. Wujudkan gred N24 untuk gred N22 hakiki kami ni.

Reply

12 imah May 11, 2013 at 9:28 pm

Kenapa gred gaji N22(kup) tiada perbezaan,N22 melalui proses tamuduga,kalau boleh wujudkan perbezaan N22 mejadi N24

Reply

13 Along May 15, 2013 at 8:34 am

Sejak diujudkan kenaikan pangkat secara KUP organisasi menjadi agak berserabut kerana tiada perbezaan antara KUP dan Hakiki. Tanyalah mana-mana jabatan sekalipun masalah ini manjadi api dalam sekam..bila KUP naiki tocang..kat Kesihatan lagi kacau ..bila unifom KUP dan Hakiki sama..pelek tapi benar.

Reply

14 zaza September 4, 2013 at 11:25 am

Memang patut ada beza N22 KUP ngan hakiki, cntoh yg nek pangkat jd CC ada tggungjawab lg besar brbanding ngan KUP. Gaji sama tp N22 hakiki beban kerja bertmbah!!!!

Reply

15 DIN82 September 29, 2013 at 5:51 pm

apa berita tentang penyelarasan ni ?? hanya KGT je yang naik…

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner