Home >> Calender Events, Pelancongan >> Kalender Acara Negeri Sabah Julai 2010

Sabah Calender of Events, July 2010

Pameran Makanan
Food Exhibition
Date : Julai 2010
Sabah mempunyai pelbagai varieti makanan yang unik dan hanya boleh dijumpai di daerah-daerah tertentu sahaja. Pameran ini memberikan anda peluang untuk melihat dan mencuba makanan-makanan tradisi serta mempelajari dengan lebih mendalam mengenai bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan makanan-makanan tersebut. Antara makanan yang harus anda cuba adalah seperti hinava (ikan mentah dijeruk), bambangan, nonsom, dan lain-lain lagi.

Sabah has a wide variety of eccentric dishes that can only be found in different districts. This exhibition allows you to see and sample some of these dishes as well as an opportunity to learn more about the unique ingredients used to prepare these delicacies. Must-try dishes include the traditional Kadazan hinava (pickled fish), bambangan, nonsom and many others.

Pesta Bagandang, Beaufort
Pesta Bagandang, Beaufort
Date : Julai 2010

Datanglah ke daerah Beaufort untuk menyaksikan Pesta Bagandang yang meraikan pelbagai alat muzik tradisional Sabah seperti kulintangan, iaitu satu set gong tembaga yang dimainkan semasa majlis perkahwinan. Acara ini adalah diadakan bagi mendidik generasi muda mengenai tradisi turun-temurun dan memupuk semangat keharmonian dan perpaduan di kalangan kaum. Acara ini akan memaparkan budaya masyarakat Bisaya, Lundayeh, Murut dan Brunei yang berwarna-warni.

Come away to the district of Beaufort and witness the Bagandang Fest which celebrates traditional musical instruments in Sabah such as the kulintangan, mini brass gongs played during weddings. This event is organised to educate the younger generation about age old tradition and bring about the message of harmony and unity amongst the public. It will showcase the colourful culture of the Bisaya, Lundayeh, Murut and Brunei people.

Pesta Kebudayaan Nunuk Ragang, Ranau
Nunuk Ragang Cultural Festival, Ranau
Date : 02 – 03 Julai 2010

Acara ini diadakan bagi menandakan pelantikan Huguan Siou (Pemimpin Tertinggi masyarakat Kadazandusun) dan bagi memperingati pendudukan asal komuniti Kadazandusun sebelum mereka tersebar ke seluruh bahagian Sabah. Datanglah berkunjung ke acara ini yang berlangsung selama dua hari di Kampung Nunuk Ragang, Ranau dan nikmatilah pelbagai acara menarik yang telah disediakan seperti Cabaran Kembara Nunuk Ragang, persembahan kebudayaan, dan tamu (pasar terbuka).

This event is held to mark the installation of the Huguan Siou (Paramount Leader of the Kadandusun people) and to commemorate the original settlement of the Kadazandusun community before spreading to other parts of Sabah. Visit this two-day event in Kampung Nunuk Ragang, Ranau and enjoy a series of interesting events lined up such as the Nunuk Ragang Adventure Challenge, cultural performances and the tamu (open market).

Persidangan Pemandu Penyelam Bawah Air
Underwater Dive Guide Conference
Date : 03 Julai 2010

Industri ini mengakui kepentingan tenaga kerja profesional dalam bidang kerja ini. Persidangan ini mengetengahkan dan membicarakan isu-isu penting mengenai cara-cara mendapatkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dalam bidang ini serta untuk menentukan pensijilan yang teratur bagi penyelam profesional.

The industry recognises the importance of employing local talents in this line of work. This conference also highlights and discusses the many issues in ensuring better job opportunities for Malaysians and to establish proper guiding certifications to dive professionals.

Festival Muzik 2010 di Penghujung Borneo (Tanjung Simpang Mengayau)
Music Fest 2010 at The Tip of Borneo
Date : 03 Julai 2010

Bersama-samalah menghayati irama muzik di Penghujung Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, yang berada di utara daerah Kudat. Nikmatilah alunan irama klasik dan kontemporari sambil melihat pemandangan matahari terbenam. Satu pengalaman muzikal di salah satu daripada lokasi paling menawan di Sabah. Jangan lepaskan peluang ini!

Music aficionados can revel in the eclectic mix of world music and folk songs as 80 local musicians take centre stage at the breathtaking Tanjung Simpang Mengayau, the Tip of Borneo.

The main highlight includes a musical presentation by the renowned Jesselton Philharmonic Orchestra (JPO). The full orchestra will be headed by two very established local music instructors, Yap Ling and Chou Yang Ching. Ever since its inception, JPO has matured into an all-volunteer ensemble that consists of 60 instrumentalists including strings, winds, brass, percussion and keyboard players.

JPO will be performing the classical Nutcracker Suite by Peter Ilyich Tchaikovsky and Eine Kleine Nachtmusik by Wolfgang Amadeus Mozart, plus their rendition of local folksongs Jambatan Tamparuli and Sayang Kinabalu. With the dramatic setting in the outdoors, this much anticipated comeback since 2006 promises to be a mesmerising experience that is out of this world! Head over to Kudat on July 3 to enjoy this musical extravaganza that begins from 5:00pm onwards. Entrance is free-of-charge; however, audiences are encouraged to bring personal mats as seats are limited.

Hari Agnes Keith
Agnes Keith Day
Date : 06 Julai 2010

Hari Agnes Keith diadakan bagi memperingati penulis terkenal yang telah menulis novel ‘Land Below the Wind’ yang telah mempopularkan negeri Sabah. bersamaan dengan hari ini, pelbagai program dan aktiviti menarik akan diadakan terutama sekali bagi kanak-kanak sekolah dan masyarakat umum.

Agnes Keith Day is held to commemorate the writer of the famous non-fictional novel “Land Below the Wind” that made Sabah a world renowned place of interest. Keith’s romantic experience with Sabah’s local people, their environment and culture created a strong emphatic and deep sense of belonging that left her to journal her rare experiences in this book. In conjunction with this day, various programmes and activities are set especially for school children and the general public to get involve.

Larian Amal 7K Sutera Harbour 2010
Sutera Harbour 7K Sunset Charity Run 2010
Date : 10 Julai 2010

Diadakan bagi mengutip derma untuk mereka yang kurang bernasib baik, Larian Amal 7K Sutera Harbour ini adalah satu acara yang menarik dan menyeronokkan dan boleh disertai oleh seisi keluarga. Tiada hadiah disediakan untuk para pemenang, namun mereka yang berjaya menghabiskan larian 7K dalam masa tertentu akan layak untuk cabutan tiket bertuah. Bersempena dengan larian ini, pelbagai warung makanan dan permainan akan dibuka berserta dengan pelbagai hiburan.

A fund-raising event for the needy, the Sutera Harbour 7K Sunset Charity Run is a fun event where the whole family can participate. There will be no prizes awarded to the winners of the run, but runners who complete the 7K routes within the stipulated time will qualify for the main Lucky Draw. In conjunction with the Run, there will also be food and game stalls, lucky draws and live entertainment during the finale.

Hari Terbuka Taman Hidupan Liar Lok Kawi
Lok Kawi Wildlife Park Open Day
Date : 10 Julai 2010

Terletak kira-kira 25 kilometer dari Kota Kinabalu, Taman Hidupan Liar Lok Kawi adalah salah satu daripada taman hidupan liar yang terbesar di Malaysia. Datang dan lihatlah hidupan liar seperti Badak Sumbu Sumatra, Gajah Pygmy Borneo, Monyet Proboscis, dan lain-lain lagi. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik menanti anda! Yuran kemasukan adalah dikenakan.

Approximately 25km from Kota Kinabalu, the Lok Kawi Wildlife Park is one of the largest wildlife parks in Malaysia. Bringing nature closer to your doorstep, come and see the elusive Sumatran rhinoceros, Borneo Pygmy elephants, Orang Utans, Proboscis Monkeys and many more. A series of interesting activities will be lined up for visitors. Entrance fees apply.

Pesta Rumbia, Kuala Penyu
Rumbia Fest, Kuala Penyu
Date : 10 – 11 Julai 2010

Pesta ini meraikan pelbagai kegunaan pokok sagu serta kepentingannya kepada komuniti tempatan di Kuala Penyu. Ketahuilah bagaimana tumbuhan ini diproses untuk menjadi atap rumah, alatan kraftangan, serta makanan yang enak sambil menyaksikan pertandingan Ratu Pesta Rumbia dan menyertai aktiviti-aktiviti dan permainan yang unik.

Come to Kuala Penyu this July and get acquainted with the Jack-of-all-trade sago palm! An array of wonderful activities await you and don’t miss the chance to sample traditional delicacies. For places of interest in and around Kuala Penyu, swing by the famed Pulau Tiga ‘Survivor’ Island or laze by the waters of Tempurung Beach, Sawangan Beach and Sungai Labuan Waterfront.

Hari Marin Mabul ke-13 dan Minggu Marin Mabul ke-3
13th Mabul Marine Day and 3rd Mabul Marine Week
Date : 18 – 24 Julai 2010

Program konservasi yang diadakan pada setiap tahun ini melibatkan projek membersihkan laut dan batu karang, penanaman semula terumbu karang, pameran, serta pelbagai aktiviti pemuliharaan untuk menggalakkan kesedaran marin di kalangan masyarakat kampung, pemegang saham, penyelam skuba dan komuniti amnya. Datanglah beramai-ramai untuk menjadi duta laut dalam memelihara hidupan laut.

An annual conservation program which includes the clean up of the sea and its reefs, coral transplanting, exhibitions and various conservation activities to promote marine awareness among villagers, stakeholders, divers and the public. Come join us and become an ocean ambassador to protect our marine life.

Pesta Folklor Antarabangsa Sabah ke-5 2010
5th Sabah International Folklore Festival 2010
Date : 19 – 26 Julai 2010

Kumpulan penari dari serata dunia berkumpul di Negeri di Bawah Bayu sempena Pesta Folklor Antarabangsa Sabah ke-5 tahun ini. Pesta ini menjanjikan hiburan serta pendedahan kepada budaya berbeza-beza dari negara-negara yang menyertai. Terdapat pelbagai program menarik yang telah disusun, termasuklah kemuncak acara tersebut iaitu Pertandingan Folklor Besar-besaran.

Dance troupes from around the world gather in the Land Below the Wind for the 5th Sabah International Folklore Festival. This Festival promises entertainment as well as education of different cultures of the participating countries. Various programs are lined-up, including the highlight of the Festival would be the Grand Folklore Competition.

Ekspo Minyak & Gas Asean (AGEX) 2010, Sabah
Asean Oil & Gas Expo(AGEX)2010, Sabah
Date : 22 – 24 Julai 2010

AGEX 2010 memberikan anda platform ideal untuk meninjau peluang perniagaan minyak dan gas yang baru, mengembangkan perniagaan anda, serta untuk menembusi perniagaan yang baru berkembang di Sabah.

AGEX 2010 offers you the ideal platform to explore new oil and gas business opportunities, expand your market presence and penetrate emerging markets in Sabah.

Pesta Gambus 2010
Gambus Fest 2010
Date : 24 – 25 Julai 2010

Gambus ialah salah satu daripada alat muzik bertali yang tertua dan direka oleh komuniti Brunei di Pantai Barat Sabah. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bagi meraikan kepentingan alat muzik ini terhadap komuniti tempatan.

The Gambus (lute) is one of the oldest stringed musical instruments made by the Brunei community in the West Coast of Sabah. A myriad of activities will be held for three days to celebrate the significance of the gambus to the local community.

Palmex Malaysia 2010, Sabah
Palmex Malaysia 2010, Sabah
Date : 29 – 31 Julai 2010

Acara ini adalah merupakan acara istimewa mengenai Minyak Kelapa Sawit yang membawa congregasi antarabangsa industri minyak sawit ke Sabah. Acara ini akan mengetengahkan penemuan dan teknologi terbaru dalam industri minyak sawit.

This is a specialized Palm Oil event in Asia that brings together an international congregation of both upstream and downstream palm oil companies and also its supporting industries gathered in Sabah to showcase the latest developments in the palm oil industry.

Hari Pahlawan
Hari Pahlawan
Date : 31 Julai 2010

Hari ini adalah hari untuk memperingati prajurit Malaya, Australia, British dan New Zealand dari zaman lampau hingga ke hari ini kerana jasa mereka dalam mempertahankan kesejahteraan negara. Ini adalah juga merupakan hari untuk memperingati mereka yang telah gugur di medan peperangan melalui upacara meletakkan lingkaran bunga di tapak memorial Kota Kinabalu dan Sandakan.

This day commemorates Malaysian, Australian, British and New Zealand soldiers, past and present, for their bravery and noble work in protecting the nation during trying times. It is a day to remember those who died at battle, with wreath-laying ceremonies at memorials in Kota Kinabalu and Sandakan.

Sila lawati sabahtourism untuk maklumat lanjut.
For more information, please visit sabahtourism.

Kata kunci artikel:

gambus brunei, event di sabah, event event di sabah malaysia, mount kinabalu sabah

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 18 comments… read them below or add one }

1 etomyam July 6, 2010 at 1:34 am

wah bulan Julai ni meriah suasana kat negeri di bawah bayu ni..banyak aktiviti menarik :D
etomyam recently posted..Putrajaya Flower -amp Garden Festival 2010My Profile

Reply

2 kulanz July 6, 2010 at 2:48 am

Memang banyak juga acara seluruh sabah bulan ni..

Reply

3 tehr July 6, 2010 at 2:49 am

nampak penuh acara dalam sebulan
tapi memang takkan dapat ke sabah tahun ni
…tumpang meriah dari jauh je
tehr recently posted..Benci Bilang CintaMy Profile

Reply

4 kulanz July 6, 2010 at 12:59 pm

memang banyak acara.. serata tempat ada..
bro pernah datang sabah juga sebelum ni?

Reply

5 sinagarimba July 6, 2010 at 2:58 am

banyak jugak acara di sabah ni bro. teringin nak ke sana tapi
still tak der rezeki.
sinagarimba recently posted..Akibat Buruk Langgar Pantang Larang BerblogMy Profile

Reply

6 kulanz July 6, 2010 at 1:00 pm

ada rezeki nanti bro boleh datang..
inform je.. nanti boleh saya sambut..

Reply

7 sinagarimba July 6, 2010 at 3:02 am

antara negeri yang aku tak pernah sampai lagi.Bagus jugak kenal tempat orang. Luas perjalanan luas pengalaman
sinagarimba recently posted..Akibat Buruk Langgar Pantang Larang BerblogMy Profile

Reply

8 kulanz July 6, 2010 at 1:01 pm

akupun banyak juga negeri di malaysia ni yg tak sampai… belum ada rezeki nak datang melawat..

Reply

9 zik July 6, 2010 at 2:30 pm

banyak juga acara bulan nie… :-)
zik recently posted..Prestasi zikrihusainicom bulan june 2010My Profile

Reply

10 kulanz July 9, 2010 at 1:21 am

memang banyak bro.. tak larat nak muatkan semua

Reply

11 azizan4444 July 6, 2010 at 4:26 pm

aku jarang amik taw psl kalendar kelantan.sebab x bnyk aktiviti besh,,hehe

Reply

12 kulanz July 9, 2010 at 1:22 am

akupun bukannya kisah sangat pasal aktiviti sabah ni bro, ni saja muatkan sini utk orang lain :D

Reply

13 Thoha July 6, 2010 at 4:39 pm

banyak juga ya acara yang ada di negeri sabah untuk bulan julai ni..
Thoha recently posted..Melahirkan Keikhlasan Dalam DiriMy Profile

Reply

14 kulanz July 9, 2010 at 1:22 am

agak padat juga tu bro..

Reply

15 lazaac July 6, 2010 at 4:59 pm

tanjung simpang mengayau.. best giler… hari tu camping di sana… mmg menarik, tmptnya pun nyaman… terpelihara dari ‘makhluk’ perosak alam..
lazaac recently posted..Logo Baru Lazaac’s Blog ApakahMy Profile

Reply

16 kulanz July 9, 2010 at 1:23 am

mmg tempat tu masih tak terdedah sangat dgn ‘serangga’ perosak.. tapi sekali-sekala tu ada juga ‘serangga2′ kecik muncul :D

Reply

17 suri July 6, 2010 at 11:15 pm

itulah uniknya sabar dari negeri2 lain..suri suka tempat2 bersejarah nie..rasanya klu ada cuti panjang nak gak bawak anak sana sini kt bandar melaka )

Reply

18 ishak July 8, 2010 at 1:27 am

terasa ingin nak pergi sabah huhu
ishak recently posted..Cara untuk jadi blogger popular yang mana pilihan anda My Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: