Home >> Pendidikan >> Kalender Aktiviti Permohonan KPLSPM

Kalender Aktiviti Permohonan KPLSPM

by Kulanzsalleh on April 21, 2012 · 18 comments

Tempoh untuk membuat Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 telahpun ditutup. Tetapi untuk memenuhi permintaan dan juga menjawab pertanyaan-pertanyaan tentang tarikh tarikh semakan temuduga program KPLSPM ini, berikut saya kongsikan Kalender Aktiviti bagi permohonan tersebut.

KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN

  • Calon hendaklah menyemak permohonan dari semasa ke semasa untuk mengetahui status permohonan masing-masing. Bersama ini disediakan satu kalendar aktiviti permohonan bagi memudahkan calon menyemak status permohonan. Kalendar yang disediakan ini adalah sebagai panduan dan tarikh boleh berubah mengikut keadaan.
  • Kalendar aktiviti bagi permohonan Kursus Persediaan adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa pada laman web bagi mendapatkan maklumat mutakhir permohonan.
Bil Aktiviti Tarikh
1. Iklan akhbar permohonan Program PISMP Ambilan Jun 2012. 18 Mac 2012
2. Permohonan secara online dibuka & Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara. 22 Mac 2012
3. Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup). 5 April 2012
4. Semakan nama calon berjaya ditemu duga secara atas talian (pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui internet). 30 April 2012
5. Temu duga PISMP Ambilan Jun 2012. (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat yang dicetak melalui internet yang telah dilengkapkan). 7 Mei hingga18 Mei 2012
6. Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG). (Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG). 5 Jun 2012
7. Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar). 18 Jun 2012

 

Catatan:

  • Sila cetak kalendar aktiviti ini untuk simpanan dan rujukan anda.
  • Tarikh tersebut adalah sebagai panduan calon dan tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.
  • Maklumat lain boleh dirujuk di laman permohonan di:
  • Laman web untuk Semakan Panggilan Temuduga akan dikemaskini kemudian. (Kemaskini 30 April 2012: Rujuk entri Semak Keputusan Temuduga KPLSPM 2012)

- Maaf kerana tidak dapat menjawab semua pertanyaan berkenaan Permohonan KPLSPM 2012. Harap maklumat ini dapat memberikan sedikit info kepada anda.

Kemaskini 5 Jun 2012: Sila rujuk > Semakan Tawaran Kemasukan KPLSPM Jun 2012


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 18 comments… read them below or add one }

1 anif April 21, 2012 at 5:29 pm

Bagus untuk buat rujukan bagi yang memohon program ini. :D
anif recently posted..Senarai Harga The New iPadMy Profile

Reply

2 kulanz April 24, 2012 at 1:09 am

ya bro.. sekadar bantu adik kita buat rujukan

Reply

3 titan April 21, 2012 at 5:48 pm

hoho..banyaklah trafik masuk ni nanti.
titan recently posted..Edisi Siasat – Buat Duit dengan HzToursMy Profile

Reply

4 kulanz April 24, 2012 at 1:15 am

dah ramai sangat yang tanya.. kenalah juga share :D

Reply

5 mie April 22, 2012 at 4:01 am

wow!!
mesti ramai tahun ini..
maklum la, kerjaya guru semakin diminati..
eehehee
mie recently posted..Upin Dan Ipin The Musical Memang TerbaikMy Profile

Reply

6 kulanz April 25, 2012 at 2:36 pm

ramai yang mohon.. tapi tempat agak terhad..

Reply

7 tehr April 22, 2012 at 12:28 pm

Memang nak kena ada kalendar macam ni
Tak lah nanti terlepas tarikh penting
Elok sangat tu kalau dapat dicetak dan ditampal kat mana2
tehr recently posted..Lelaki, Bola Dan Kad MerahMy Profile

Reply

8 kulanz April 25, 2012 at 2:36 pm

betul bro.. harap berguna kepada mereka yang terlibat memohon

Reply

9 Malaysia Coin April 23, 2012 at 11:29 am

Ini info penting untuk mereka-mereka yang nak jadi cikgu ni.
Gaji guru makin menarik, mesti ramai yang nak.
Malaysia Coin recently posted..5 sen siri keduaMy Profile

Reply

10 kulanz April 25, 2012 at 2:37 pm

guru dah jadi antara professional pilihan utama sekarang ni

Reply

11 nora April 25, 2012 at 2:01 pm

blh bg laman web kplspm yg baru… sbb yg sedia ada tak blh bkak

Reply

12 kulanz April 25, 2012 at 2:38 pm

mungkin pihak berkenaan sedang buat kemaskini..
kalau dah ada link yang baru nanti saya akan letakkan di entri ni..

Reply

13 nad April 30, 2012 at 12:19 am

saya nk laman web untuk semakan kplspm dis year???:)

Reply

14 fairuz April 30, 2012 at 9:35 am

knape saye tak jumper link utk semak name ke kplspm 2012…??tlg infrom ley tak law da dpt link too…

Reply

15 ina April 30, 2012 at 12:28 pm

yang ni ke korang cari… semakan panggilan temuduga KPLSPM ambilan Jun 2012 ..

Reply

16 kris May 10, 2012 at 6:21 pm

mmm sa rasa gementar nak pg temudugalah..sa tkt tak dpt jwb..agaknya susa tak soalannya tu arr

Reply

17 can June 5, 2012 at 6:42 am

bagus info..terima kasih!

Reply

18 suhaira July 31, 2012 at 8:15 pm

humm2…tolng boleh tak???
sy alwayz t’lepas nak apply kplspm…
sememang nyer kplspm hnya sekali shj ke pngambilan dlam sthun???

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner