Kandungan Blog Hilang?

March 2nd, 2010 | 11:55 pm | Webhosting | 21 responses

Saya hairan apabila online malam ni dan baca mesej daripada rakan di shoutbox yang bertanya tentang keadaan blog saya… dan biasanya kalau saya nak tahu lebih lanjut tentang keadaan blog, saya akan rujuk email selain daripada Awstart di cpanel.

Buka sahaja inbox, dah namak email daripada website yang memang saya familiar sangat – Free Web Site Monitoring Service, macam dalam gambar bawah ni. Memang dah sah blog tak dapat akses masa tu. Kalau ikut rekod, time on error selama 39 minit 16 saat. Tapi kalau merujuk kepada masa rakan-rakan hantar mesej tu. Seri shout pada jam 2.39 pm, Farra-eng, pukul 3.00 petang, fizz-fairuz pukul 3.06 pm dan pak dogol pukul 4.24 pm. Jadi maknanya jarak masa  awal dan terakhir tu menunjukkan blog mengalami masalah sekitar 2 jam dan langsung tidak dapat diakses dekat 40 minit. Macam soalan matematik pula… hehe

Tapi tak kisahlah sangat pasal hal tu. Mungkin juga kerja-kerja penyelenggaraan hosting sedang dibuat masa tu. Tak kan setiap kali blog tak dapat diakses, kita nak marah-marah kan? Nanti kalau kita sumpah seranah satu hosting, pekerja hosting lain nampak, mereka pun tak akan layan kita kalau nak sewa tempat mereka nanti.. sebab takut kalau ada masalah, giliran mereka pula kena sumpahan maut.

Setidak-tidaknya, mereka bagi peluang kita sewa hosting, dah cukup bagus. Orang kata, kalau kita hormati tuan rumah, mereka pun akan hormati tetamu juga. Kira win win situation lah macam tu. Apapun, terima kasih  juga kepada rakan-rakan yang alert dengan benda-benda macam ni. Ni kalau dalam dunia realiti, nampak rumah jiran terbakar, tak lah diam-diam saja kan..

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
kulanz

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

21 Responses to “Kandungan Blog Hilang?”

  1. 1

    Ini lah sebahagian daripada ujian dalam berblogging ni,..kena sabar untuk jadi lebih baik lagi
    denaihati´s last blog ..Zikir Pagi melidungi aku dan harta benda daripada bencana? My ComLuv Profile

    • 2

      Betul tu, masalah server/hosting cuma sebahagian kecil saja.. lebih banyak cabaran lain yg lebih besar akan kita temui nanti.. InsyaAllah akan lebih bersedia
      kulanz´s last blog ..Nokia X6 Come With Music My ComLuv Profile

  2. 3

    salam lanz…hehee apa yg penting kena selalu backup blog, risau jugak buatnya tetipa post semua hilang dan x save kt server..blh nanes wooo

    • 4

      Tu lah.. kadang ada hikmah juga perkara-perkara macam ni.. sekurang-kurangnya kita beringat utk backup blog sebagai persediaan utk sebarang kemungkinan
      kulanz´s last blog ..Nokia X6 Come With Music My ComLuv Profile

  3. 5

    hm…tulah sayapun pelik masuk blog ni ada error igt tgh buat renovation ke apa…
    Bean Moreno´s last blog ..KENANGAN BERLEGAR SEMASA MIGRAIN – HINDUSTANI!!! My ComLuv Profile

    • 6

      aah, lepas scroll shoutbox baru perasan yg bro pun sedar kekosongan di blog ni.. thanks bro

  4. 7

    adeh sandi eh ramai yg alami situasi yang sama..nasib baik ak x pernah lagi mcm tu..minta d’jauhkan…

    • 8

      betul tu, memang sandi.. kalau kita x sedar masa blog bermasalah tak kisah sangat.. tapi kalau blog bermasalah time kita online.. mesti kelam-kabut jadinya..

      harap-harap tak berlakulah macam ni oada org lain

  5. 9

    so far haku xpernah jadi benda2 mcm tue..harap2 xjadi ler..

    p/s: nak kena back up blog neh..huhu

    • 10

      memang best kalau hosting tak banyak masalah..
      guna hosting apa bro?

      aah, backup blog tu memang penting sangat bro..

      • 11

        guna serverfreak.. so far dia xde masalah…:P

  6. 12

    Backup blog tu memang penting gak bro,macam saya sebelum dan selepas posting entri dah stanby backup semua.
    wazy´s last blog ..Adobe Photoshop CS3 & CS4 Portable My ComLuv Profile

    • 13

      lepas ni akan rajin backup lagi bro.. sebab sebelum ni saya guna schedule backup saja..

  7. 14

    salam dari pak dogol..

    benar lanz..

    kesukaran hanya berlaku pada waktu malam..

    siang hari semuanya normal..

    muehehe!
    pak dogol´s last blog ..mari memahat batu nesan My ComLuv Profile

    • 15

      kira ok tu pak dogol kalau masalah waktu malam saja.. tapi hari siang-siang buta dia bermasalah… hehe

  8. 16

    hosting down mgkn akan jejas skit blog.
    kita pun kena faham situasi pembekal.
    tapi jgn sampai down seminggu dah la.seram tu
    Wan Perlis´s last blog ..Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? My ComLuv Profile

    • 17

      Betul tu, kalau sampai seminggu server down, baik diorang tutup terus.. lagi senang.. hehe

  9. 18

    hal seperti ini memang menakutkan dan merugikan trafik!

  10. 20

    Iktibar untuk semua blogger. Saya pernah mengalami blog dihack. Memang pengajaran berharga.

    • 21

      kenapalah sampai hati orang nak hack blog kita.. kalau ya pun dah mahir, gunalah kemahiran tu dgn cara yg bagus.. memang kena lebih berhati-hati lagi lepas ni

Leave a Reply