≡ Menu

Keguguran dan Pengguguran Kandungan

Baru petang semalam mengetahui yang adik saya keguguran kandungannya. Itupun sebab malam itu dia minta tolong hantarkan ke hospital sebab tak tahan dengan kesakitan dan banyak darah keluar. Rupanya sakit dan pendarahan pertama kali berlaku pada pagi Sabtu kelmarin. Masa tu dia sudah buat pemeriksaan tapi mungkin tidaklah teruk sangat jadi doktor suruh dia berehat di rumah.

Awal malam tadi berlaku lagi pendarahan yang lebih banyak daripada hari sebelumnya. Perutpun rasa sakit katanya, jadi sebab tak larat memandu sendiri dia minta tolong hantarkan. Suami diapun ada juga ikut sekali menemankan. Cuma suami dia tidak boleh memandu sekarang ini sebab baharu sahaja kemalangan jalan raya 2 bulan lepas. Jadi kesihatan dia pun tak baik sangat. Saya tengok rasa sedih memang ketara sangat pada wajah adik dan adik ipar saya. Itu tandanya mereka memang sayang sangat dengan kandungan tu. Tapi semua itu ketentuan ALLAH S.W.T.

Waktu menunggu dekat hospital tu lah saya berfikir panjang. Adik saya tu sudah ada dua orang anak, tapi mereka tetap sayangkan kandungan tu, bagaimana pula dengan perempuan atau pasangan yang melakukan pengguguran kandungan? Tak kisahlah apa sebab sekalipun; kerana telanjur melakukan zina atau pasangan sudah berkahwin tapi alasan tidak bersedia menerima cahaya mata. Agak-agak ada tak perasaan sedih atau rasa takut dalam diri mereka?

Sebahagiannya pula memilih untuk meneruskan kandungan (mungkin sebab tidak tahu cara mengguggurkan kandungan) atau memang dah takut tengok gambar di atas. Tapi setelah anak dilahirkan, buang merata-rata tempat. Alasan utama, takut diri atau keluarga menerima aib. Akhirnya bertambah lagi kes pembuangan bayi.

Berbalik kepada kisah keguguran tadi. Sayapun sebenarnya tidak mempunyai pengetahuan luas tentang keguguran kandungan ini padahal ilmu macam ni perlu juga diketahui oleh pasangan berkahwin. Jadi sampai di rumah tadi saya terus mendapatkan maklumat yang berkaitan. Mungkin ada faedah juga saya kongsikan di sini.

bayi dalam kandungan

Keguguran

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab keguguran

Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Risiko keguguran

Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu: Pemakanan yang tidak sihat, merokok, horman yang tidak seimbang, jangkitan kuman, masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.Terdedah pada radiasi dengan banyak, mengambil ubatan yang memudaratkan bayi, Demam yang tersangat panasRahim yang tidak normal

Gejala dan tanda keguguran

  1. Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  2. Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  3. Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
  4. Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat sama ada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur

  1. Usia wanita terutama 35 tahun ke atas dan usia suami lebih dari 40 tahun
  2. Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas dan sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
  3. Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
  4. Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun dan jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
  5. Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
  6. Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
  7. Pernah hamil dengan anak cacat
  8. Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
  9. Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.

Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran

  1. Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
  2. Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
  3. Patukan  ular
  4. Meminum cafin secara berlebihan
  5. Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling

Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran

  1. Terdedah kepada Komputer monitor
  2. Hubungan seks
  3. Senaman

Bila perlu berjumpa doktor?
Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :

  1. Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
  2. Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
  3. Pendarahan yang berketul-ketul,
  4. Sakit perut berpanjangan
  5. Keluar lendir yang berbau dari faraj
  6. Demam melebihi 38 darjah C

Berdasarkan pemahaman saya sendiri, keguguran dan pengguguran adalah satu kejadian yang sama tetapi dibezakan daripada tindakan. Keguguran boleh dielakkan dengan mengelakkan beberapa risiko yang dinyatakan di atas. Pengguguran pula boleh dielakkan dengan menjauhi perbuatan seks luar nikah!

Rujukan: Portal Kehamilan Malaysia

About the author: Kulanzsalleh

{ 28 comments… add one }

  • Sabahan Bloggers Club March 8, 2011, 9:33 am

    Susah juga nak jaga kandungan ni kan?
    Salah makan boleh menyebabkan keguguran juga ke tuan doktor? :D :D :D

    PS: Semoga adik Kulanz sihat. Sebab ramai wanita yang keguguran mengalami masalah kemurungan selepas itu kan?

    • kulanz March 9, 2011, 12:28 am

      wah.. dah jadi doktor pula.. hehe
      salah makan pun mungkin satu kemungkinan juga

      harap adik akan okey juga lepas ni

  • wandisini March 8, 2011, 10:24 am

    isteri aku sekarang tengah dalam bulan. risau dan takut gak. ni kandungan pertama kami

    • suffer8zine March 8, 2011, 1:04 pm

      semoga semuanya ok bro!

      Terkini : FrenzyFM Kini Dengan Interface Baru

      • kulanz March 9, 2011, 12:29 am

        @wandisini, yang penting kena jaga masa awal2 bulan dan 2 bulan terakhir tu..
        harap semuanya selamat bro, InsyaAllah

  • akubiomed March 8, 2011, 10:45 am

    Saya simpati dan musibah yang berlaku kepada adik perempuan dan adik ipar. Perkara sama pernah berlaku kepada isteri pernah mengalami pendarahan hingga menyebab keguguran 2 tahun lepas

    • kulanz March 9, 2011, 12:30 am

      terima kasih bro..
      mesti lain macam je kan perasaan masa tu?

  • iza March 8, 2011, 3:32 pm

    As salam..
    Drpd pengalaman, 3 bulan pertama memang kena jaga betul2 dan berpandang dari mkn makanan yang tajam seperti nenas, tapai, ikan berbisa dan lain2 lg, kurangkan hubungan, tak buat kerja2 berat dan lasak..
    Kalau terjadi keguguran, pasti ada hikmah disebaliknya. Mungkin baby yg bakal dilahirkan ada masalah kesihatan, mengandung diluar rahim..
    Semuanya adalah ketentuan Allah. Moga adik dan adik ipar tabah hadapinya. Didoakan moga cepat sembuh..

    • kulanz March 9, 2011, 12:32 am

      Salam,
      terima kasih atas perkongsian.. harap dapat dijadikan panduan oleh pembaca lain juga..
      betul juga tu.. ALLAH SWT lebih mengetahui

  • tehr March 8, 2011, 8:35 pm

    saya pernah alaminya, bro
    [isteri saya :D]

    memang takut dan sedih juga walau pun ketika itu kami telah mempunyai seorang anak lelaki

    moga2 adik bro kulanz tabah dan lekas sembuh

    • kulanz March 9, 2011, 12:33 am

      owh.. ada pengalaman juga bro..
      terima kasih juga bro.. harap2 akan baik selepas ni

  • anajoe March 8, 2011, 10:35 pm

    betul tu skunk ni dah byk kes pngguguran…

    klu kguguran tu insyaALLAH dpt dielakkn lagi…melainkan mmg Allah mmg sygkn bayi tu..

    takziah ye..

    • kulanz March 9, 2011, 12:34 am

      keguguran xpa kan.. jangan pengguguran..
      terima kasih juga :)

  • zik March 9, 2011, 2:11 am

    pemakanan juga kena jaga juga ya… apepun saya sebagai lelaki perlu tahu semua ini… penting untuk sekarang dan masa hadapan…

  • suri March 9, 2011, 10:09 am

    rasa gerun bila mendefarnya huu..

  • Hisyam March 9, 2011, 2:25 pm

    setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. semoga adik bro kulanz dapat bersabar dan merima hakikat ok.

  • dinsblog March 9, 2011, 4:23 pm

    belum ade rezeki lagi la tuh…banyak2 bersabar..mudah2an dipermudahkan.

  • etomyam March 9, 2011, 7:13 pm

    first baby kami dulu pun keguguran jugak, lama nak ‘lekat’ semula..
    perkongsian yg cukup menarik ni bro, elok untuk semua orang

  • Mus March 10, 2011, 8:43 pm

    itulah dunia..
    yang mengharap tiada rezeki..
    yang dah ada rezeki tak menghargai..

    • azryanie aryana November 4, 2011, 8:22 pm

      harta kekal adalh anak,,,,
      doa dr anaklah yg kta perlukn nnty,,,
      so,jgn sia2kn,,,,

  • wazy March 13, 2011, 12:00 am

    Ilmu yang menarik untuk dikongsi bersama
    tq bro

  • alin haslinda March 15, 2011, 5:58 pm

    masukkan kajian kes mengenai pneumonia

  • mimi November 15, 2011, 11:36 am

    itu kguguran..cmne plak klau husband sndiri yg srh gugurkan…ats alasan financial problem…sedih kan..smoga ALLAH saje yg memblsnya..aammmiinnn..

    • kulanz March 12, 2012, 11:48 am

      memang menyedihkan.. masalah kewangan tidak boleh dijadikan alasan untuk menggugurkan kandungan.. hukumnya haram.

  • siti March 12, 2012, 9:22 am

    saya nak tanya…sy ade seorang kwn…die ade 2 orang anak…anak yang kecik umur 6bulan…sekarang kemungkinan die mengandung lagi…die dah makan macam2 ubat untuk gugurkan kandungan sebelum kandungan 4bulan..tp semua x jadi…die makan ubat ponstan + air gas,nanas,air tebu..semua xjadi…bukan die tak nak anak tp die darah rendah dan anak2 masih kecil..adakah boleh die gugurkan kandungan tersebut?dan andainya boleh, macam mana die nak gugurkan kandungan tersebut?

    • kulanz March 12, 2012, 11:46 am

      Pengguguran kandungan hanya dibenarkan dalam syarak jika terdapat keadaan, di mana kehamilan itu boleh mendatangkan mudarat pada janin atau kepada si ibu. Itupun sebaik-baiknya dilakukan sebelum kandungan belum mencapai usia 40 hari. Walau bagaimanapun ia mestilah telah disahkan dan hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar.

      Jika tidak silap saya, percubaan menggugurkan kandungan sendiri dengan cara disebutkan boleh mendatangkan kesan kepada kandungan seperti kecacatan sekiranya pengguguran tidak berjaya. Jadi saya cadangkan agar kawan yang terlibat datang berjumpa doktor dan meminta pandangan daripada mereka.

  • sal August 27, 2012, 12:02 pm

    blh sy tau sy bru kguguran..kndungan bru 6 minggu ini kandungan pertama…adakh sy ada risiko xblh mgndung ;(

  • hasnorizam hasim September 20, 2012, 9:44 pm

    Sy pula bru jer lps kematian baby dlm perut..sebelum sy mngandung yg ni sy prnh keguguran dlm 3 bln..doc ckp kes sy sbb kematian baby dlm perut tu sbb saluran uri tersumbat..ada darah beku..skrg sy tgh nk menunggu result utk uri pulak…