Home >> Nasional >> Kekuatan sebenar terletak pada hati

1MalaysiaSalam kemerdekaan yang ke-53. Pastinya semua dah tahu bahawa hari ni kita menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53. Tema hari kemerdekaan tahun 2010, IMalaysia Menjana Transformasi (1Malaysia, Generates Transformation) memang bersesuaian dengan misi Malaysia untuk melakukan tranformasi atau perubahan mengikut acuan yang dikehendaki.

Sebenarnya sayapun bukan nak berucap panjang. Tadi Perdana Menteri dah buat perutusan. Takkan saya pun nak buat perutusan juga. Saja ni nak ucap selamat memperingati Hari Kemerdekaan negara. Sama-samalah kita membina jati diri. dan menanam semangat cintakan negara.

Menyentuh pasal perutusan merdeka tu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tadi telahpun mengingatkan kita supaya masyarakat tidak membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan serta sikap melampau yang terbentuk melalui isu perkauman serta agama.

“Segala apa yang kita capai, segala apa yang kita bina dan segala apa yang kita hargai, boleh hancur berkecai dan musnah dalam sekelip mata. Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada.”

Jadi sama-samalah kita menjaga keamanan negara ni. Tak susah pun nak bersatu padu antara pelbagai kaum dan agama, janji setiap daripada kita membersihkan hati masing-masing daripada unsur-unsur dan kepercayaan serta tindakan yang boleh membawa perpecahan.  Dan setiap warganegara juga perlu membina jati diri dengan hati yang ikhlas dan kuat. Macam dalam Merdeka Greeting – Kereta Buruk yang dihasilkan Petronas ni. Ayat terakhir dalam klip tu, “Kekuatan Sebenar Terletak Pada Hati (True Strength Lies Within Our Hearts) memang betul-betul meninggalkan kesan. Terharu..

Pinjam sekejap klip ni sementara belum dipadam…

Credit to: petronasgreetings

Kata kunci artikel:

kekuatan sebenar terletak pada hati, kekuatan sebenar dalam islam, keuatan sebenar

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 29 comments… read them below or add one }

1 denaihati August 31, 2010 at 2:08 am

POLITIK yg keterlaluan akan memusnahkan Malaysia sebagaimana banyak berlaku diluar negara kerana itu Islam sangat mementingkan kesederhanaan.
denaihati recently posted..Batalkah puasa untuk Blogger yang terkentutMy Profile

Reply

2 kulanz August 31, 2010 at 4:16 pm

betul, nampak jelas yang faktor politik banyak menjadi punca masalah negara

Reply

3 zoul August 31, 2010 at 2:17 am

Kadangkala aku terfikir… siapa yang merosakkan siapa? Ahli politik yang merosakkan rakyat atau rakyat yang merosakkan ahli politik..? hrmmmmm
zoul recently posted..Sambutan Hari Kemerdekaan Lebih Seronok KalauMy Profile

Reply

4 kulanz August 31, 2010 at 4:18 pm

yang jelas, ramai ahli politik sekarang menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan diri sendiri yang akhirnya merosakkan rakyat

Reply

5 Nine September 1, 2010 at 12:44 am

setuju ngan pendapat nih bro..
Nine recently posted..Response cached until Tue 31 @ 18:25 GMT (Refreshes in 43 Minutes)My Profile

Reply

6 ashraf September 1, 2010 at 3:03 am

tapi tak semua bro, sebab ayah aku juga org politik salah sorang exco kerajaan negeri..tapi dia seorang yg mementingkan rakyat, benda betul dia ikut benda salah dia pebetulkan….
ashraf recently posted..Response cached until Tue 31 @ 21:00 GMT (Refreshes in 60 Minutes)My Profile

Reply

7 suri September 1, 2010 at 9:57 pm

ya, benar tu bro suri pun kekaang terfikir jua smpi kesitu..tu yang kekadang mals den nak buang undi heee..

Reply

8 zezebel August 31, 2010 at 2:32 am

Hmmm….
Rasanya apa yang dicakap PM tu betul tapi adakah kita akan mendengarnya? PM yang ada sekarang belum ada cukup kredibiliti untuk menjadi PM yang disayangi semua.
zezebel recently posted..Happy 53rd Merdeka MalaysiaMy Profile

Reply

9 kulanz August 31, 2010 at 4:20 pm

biasa tu, tanggapan manusia ni selalu berbeza.. akupun sejujurnya kadang dengar juga ahli politik ni cakap, tapi masuk keluar macam tu je :)

Reply

10 etomyam August 31, 2010 at 3:02 am

selamat menyambut hari kemerdekaan bro, harapnya keamanan negara akan terus dipertingkatkan

Reply

11 kulanz August 31, 2010 at 4:20 pm

keamanan tetap diharapkan bro.. selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan

Reply

12 zik August 31, 2010 at 4:29 am

keamanan dan juga keharmonian harus dikekalkan…itu yang kita semua idam2 kan..
zik recently posted..Survey- Bila Anda Balik Kampung Raya 2010My Profile

Reply

13 acapz August 31, 2010 at 6:10 am

salam merdeka bro. smoga kental berhadapan dengan dunia sekarang ni :D
acapz recently posted..Wallpaper Hari Merdeka Yang Ke-53My Profile

Reply

14 ain August 31, 2010 at 6:45 am

salam merdeka bro kulanz….

moga keamanan negara kita berkekalan hendaknya….
ain recently posted..Duit Raya TadakMy Profile

Reply

15 yanmie August 31, 2010 at 8:54 am

salam merdeka lan..MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! wah aku sangat patriotik ok! ehehe :)
yanmie recently posted..Drama Asmara di Slot Lestary TV3My Profile

Reply

16 syahrilhafiz August 31, 2010 at 9:48 am

salam merdeka…
msg tu untuk rakyat msia supaya jaga keamanan negara kita, kalau tak sapa lagi =)
syahrilhafiz recently posted..Sindrom Seorang BloggerMy Profile

Reply

17 marki August 31, 2010 at 10:00 am

salam kemerdekaan =)
marki recently posted..Selamat Hari Kemerdekaan ke – 53My Profile

Reply

18 wazy August 31, 2010 at 11:25 am

Selamat menyambut kemerdekaan bro
wazy recently posted..Sudirman-31 OgosMy Profile

Reply

19 wazy August 31, 2010 at 11:27 am

selamat menyambut kemerdekaan bro =)
wazy recently posted..Sudirman-31 OgosMy Profile

Reply

20 serol August 31, 2010 at 4:41 pm

siapa lagi nak jaga negara kita ni if bukan kita sendiri.. :D
serol recently posted..Daripada DIA kita datang dan kepada Nya kita kembaliMy Profile

Reply

21 pawaka19 August 31, 2010 at 4:52 pm

hujan emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri..sayangilah negara kita

New Entry “Saya Bodoh Kerana….? “

Reply

22 IxoRa August 31, 2010 at 7:53 pm

salam merdeka satu malaysia…

:D

Reply

23 tehr August 31, 2010 at 11:13 pm

salam merdeka
memanglah tak susah untuk bersatu padu
asal sahaja hati bersih dari sifat dengki khianat
tehr recently posted..Lagu KebangsaanMy Profile

Reply

24 Nine September 1, 2010 at 12:47 am

hati yang kuat, hati yang sabar, hati yg boleh menngawal nafsu mmg buatkan seseorang tu betul2 kuat…best ayat last tu…setuju sgt2..
Nine recently posted..Response cached until Tue 31 @ 18:43 GMT (Refreshes in 59 Minutes)My Profile

Reply

25 ashraf September 1, 2010 at 3:06 am

betul tu, semuanya terletak pada hati…tepuk dada tanya hati… :)

Reply

26 suri September 1, 2010 at 9:58 pm

terus ingat lagu warisan tu..huhu..

Reply

27 jawatan kosong September 1, 2010 at 11:25 pm

betul setuju… dari hati kita boleh melihat..

Reply

28 ray ban September 2, 2010 at 12:19 am

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53 bro Kulanz Salleh

Reply

29 mancai September 2, 2010 at 3:04 am

iklan petronas memang mendewasakan dan biasanya mengambil langkah banyak pada yang tersirat dari tersurat… dengan pendekatan seperti ini juga blogger2 macam bro ni dapat menterjemahkan dengan begitu baik sekali. secara tidak lansung memperluaskan ilmu kesedaran erti sebenar apa yang tersirat tu. terima kasih banyak2 bro…

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: