Program Hari Kedua berjalan seperti perancangan dengan beberapa lagi aktiviti dilaksanakan. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan mengikuti rombongan lawatan ke luar daerah, iaitu lawatan ke Tanjung Sempang Mengayau yang terletak di daerah Kudat. Sementara kumpulan yang kedua melaksanakan aktiviti di tapak perkhemahan. Pembahagian kepada dua kumpulan ini dilakukan disebabkan kesukaran pihak penganjur mendapatkan kenderaan pengangkutan kesemua peserta dan guru pengirin yang terdiri lebih 300 orang.
Pada hari tersebut juga terdapat beberapa khemah perserta yang ranap disebabkan tiupan angin kencang di tapak perkhemahan. Difahamkan kumpulan yang menyertai lawatan ke Tanjung Sempang Mengayau hanya sempat menikmati keindahan tempat tersebut selama lebih kurang 18 minit disebabkan hujan lebat dan angin kencang.






