Perjalanan program Kem Serumpun pada hari ketiga tidak seperti yang dijangkakan. Kerisauan yang dipendam dua tiga hari lepas kini benar-benar terjadi. Begitulah ketentuan Yang Maha Kuasa. Pukul 6.30 saya datang ke tapak perkhemahan. Lebih awal daripada yang sepatutnya. Keadaan tapak perkhemahan yang saya lihat dalam kesamaran pada malam sebelumnya kini lebih jelas kelihatan. Sudah banyak khemah peserta yang ranap oleh tiupan angin kencang dan hujan lebat. Pada masa itu saya sempat mendengar beberapa rakan bercerita tentang taufan Parma yang melanda negara jiran. Mungkin inilah tempiasnya.
Apabila pengarah Program tiba di tapak perkhemahan, keputusan sebulat suara terpaksa diambil demi keselamatan para peserta. Apa lagi proses pemindahan peserta dilakukan serta merta. Lokasi yang dipilih ada Sekolah Kebangsaan Pekan Pitas II. Disebabkan pada masa itu masih terlalu awal dan ramai lagi AJK dan fasilitator program yang belum tiba. Kami menghadapi masalah kenderaan pengangkutan. Mujurlah rumah saya dekat sahaja dengan tapak perkhemahan berkenaan. Apa lagi, saya tanpa berfikir panjang, saya terus telefon isteri minta datang dan tolong angkat peserta ke pusat pemindahan. Syukurlah, walaupun isteri pada masa ini sedang sarat mengandung tetapi tanpa hati yang berbelah bahagi, dia sanggup membantu.
Hati menjadi sedikit lega apabila kerja-kerja memindahkan peserta selesai dilakukan. Kini ada satu lagi tugas yang menanti AJK Program, iaitu mengemas semula khemah-khemah dan peralatan di tapak perkhemahan. Pada masa itu hanya tinggal beberapa orang sahaja di bekas tapak perkhemahan itu (Mungkin dalam 10 orang, maaf saya tidak sempat kira). Kudrat sebanyak itu sudah tentu akan menghadapi kesukaran mengemas khemah yang berpuluh-puluh banyaknya. Namun disebabkan rasa tanggungjawab yang mendalam, tugas tersebut harus dilakukan. Fuhh, banyak hendak diceritakan ni… tidak apalah.. biarlah gambar sahaja yang bercerita. Inilah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa kerja-kerja mengemas tapak perkhemahan dilakukan.
Gambar bawah: Pengarah Program, saudara Rosmin Oyoh, sama-sama berhujan dan kesejukan mengemas tapak perkhemahan.



{ 5 comments… read them below or add one }
Berkemah memanng sangat mengasyikkan. Di angkatan 2006, teman-teman saya sering mengdakannya di Bromo. Indah…
So, jadi kepengin ikutan lagi deh. Salam akrab, sobat….
memang asyik berkhemah saudara Bahauddin.. tapi kalau kena taufan.. susah juga tu..
rasa tanggungjawab membawa kita ke sana
memang asyik berkhemah saudara Bahauddin.. tapi kalau kena taufan.. susah juga tu..
rasa tanggungjawab membawa kita ke sana