Home >> Info >> Kemaskini Permohonan Matrikulasi Sesi 2012 / 2013

Kemaskini Permohonan Matrikulasi Sesi 2012 / 2013

by Kulanzsalleh on January 31, 2012 · 8 comments

Pemberitahuan Kemaskini Borang Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2012/2013

Permohonan Matrikulasi 2012/2013

Pemohon-pemohon yang telah mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Matrikulasi Ambilan 2012/2013 diminta menyemak dan mengemaskini maklumat tambahan borang permohonan melalui Aplikasi Semakan Permohonan secara online. Bahagian Matrikulasi KPM akan membuka permohonan untuk mengemaskini borang permohonan mulai pada 06 Februari 2012 hingga 20 Februari 2012.

Kemaskini boleh dibuat melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my/bmkpm/. Untuk mengemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor angka giliran SPM sahaja.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4083 / 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Bagi yang belum mengemukakan permohonan dan masih berminat untuk mengikuti program berkenaan, sila rujuk Tarikh-tarikh Penting Permohonan IPTA 2012/2013.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 8 comments… read them below or add one }

1 titan February 1, 2012 at 1:39 am

aku dah tak leh apply dahh..

Reply

2 Cikgu Hairul February 1, 2012 at 4:37 pm

Isi molek-molek, jangan sampai silap. Takdapat kang, nangis..

Reply

3 muazfaris February 3, 2012 at 6:59 pm

terima kasih for the info.. sangat berguna untuk budak lepasan SPM cam aku ni kan??

Reply

4 ashira February 7, 2012 at 11:26 pm

kenape page kemaskini borg matrikulasi x jumpe.. dah cube banyak kali pon x boleh…

Reply

5 Abu February 18, 2012 at 8:32 pm

Agak2 die bukak balik tak lepas result Bulan 3 ni ?
dah terlepas

Reply

6 shazz February 22, 2012 at 4:55 pm

boleh lagi tak nak kemaskini borang permohonan matrik 2012/2013??

Reply

7 arif March 23, 2012 at 10:13 pm

aku lupe nk kemas kini borang permohonan pada februari 2012.. boleh kah aq diterima masuk ke matrik? atau bile dh x kemaskini mmg trus x dapat? :( tapi aq dh mohon sebelom tarikh tutup 10 oktober 2011.

Reply

8 atiq April 9, 2012 at 4:11 pm

maaf,jika boleh saya tahu,bilakah keputusan permohonan ke matrikulasi akan dikeluarkan?adakah akan disiarkan di internet dan perlu cek dengan cara online? atau hanya akan dihantar surat tawaran ke rumah?
dan,jika boleh saya tahu juga, adakah seseorang yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke matrikulasi tidak akan sama sekali mendapat tawaran daripada pihak upu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan begitu juga sebaliknya?saya agak keliru dengan perkara ini..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner