Malam ini bukan sahaja Fabio Capello dan anak-anak buahnya yang berasa lega, mungkin jutaan penyokong di seluruh dunia juga dapat tidur nyenyak selepas mengetahui yang skuad The Three Lions menang semasa menentang Slovenia di Stadium Nelson Mandela Bay sebentar tadi. Kemenangan itu bukan sekadar melayakkan England ke pusingan seterusnya malah dapat mengelakkan mereka daripada mencipta rekod buruk gagal beraksi ke pusingan kedua.

Jadi sebagai menenangkan debaran hati yang masih dup dap menanti keputusan perlawanan tadi, apa kata kita tinjau beberapa fakta dan sejarah menarik yang berkaitan dengan pasukan England.
Kali terakhir mereka gagal melakukannya ialah pada Piala Dunia 1958 di Sweden. Untuk memburukkan lagi keadaan England ketika ini ialah senario yang sedang dihadapi jurulatih, Fabio Capello dalam menangani kerenah membabitkan barisan pemain bintang yang dibimbingnya itu.
Capello dilaporkan bertelagah dengan pemain-pemainnya ketika tekanan semakin memuncak untuk mencari kemenangan yang sangat diperlukan.Hakikatnya, England pernah gagal layak ke Piala Dunia pada 1974, 1978 dan 1994 tetapi sejarah telah membuktikan apabila mereka berjaya ke pusingan akhir, cabaran yang diberikan jarang mengecewakan.
England mara ke separuh akhir pada Piala Dunia 1990, layak ke suku akhir (1962, 1986, 2002 dan 2006) selain berjaya ke pusingan kedua (1982 dan 1998).Bagaimanapun, kali ini situasinya benar-benar berbeza.
Mereka diejek penyokong sendiri, bertelagah sesama sendiri, persembahan yang langsung tidak meyakinkan serta kegagalan menghasilkan banyak gol.Semua itu sudah tidak boleh ditutup lagi walaupun pemain tengah, Frank Lampard cuba meredakan keadaan dengan menafikan wujud perbalahan antara tonggak pertahanan, John Terry dan Capello.

Sayapun lega sebenarnya kerana perjuangan saya untuk contest mini DEMAM BOLA di blog DENAIHATI belum berakhir. Walaupun jika lihat prestasi permainan England sebelum ni macam tak boleh menyaingi pasukan-pasukan lain seperti Brazil, Argentina atau Portugal, setidak-tidaknya, England masih ada peluang bermain dan tak balik kampung lebih awal
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


{ 13 comments… read them below or add one }
tadi baru bercita2 nak join contest denai hati..tapi apakan daya, masa dah time..xsempat..
xpa bro,
nanti ada peluang juga tu join contest lain
nasib baik menang
tu lah, maknanya masih ada peluang utk pusingan seterusnya
pasni england vs germany…hmmm sapa plak yer menang..
peluang 50-50, kita tengok nanti
awat england menang. taksuka
haha, relex bro..
tactic makin menjadi..ego capello utk pakai heskey 1st 11 xde lg..peluang kontes denaihati bro nk mng pun tggi..huhu
betul bro, masih ada peluang utk satu pusingan
england meet german..
adess..bleh ke england g?
huhuhu~~
merisaukan~
hurm..apa nak komen ni sb suri tak tahu ttg bola..yg suir tahu bola tu bulat..nd tendang…heheehee
maafi sb kurg arif tentang ‘dia’bola
Harap-harap England boleh sampai ke final,hehehe