Bukan sekali dua, malah sudah berkali-kali Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kenyataan dan kempen mengingatkan pengundi, terutama yang baru berdaftar tahun ini supaya menyemak semula butiran pendaftaran masing-masing.
Bulan hadapan SPR sekali lagi akan mengadakan kempen semakan daftar pemilih secara besar-besaran selama sebulan bermula 1 hingga 31 Jun ini di seluruh Negara. Jadi bolehlah ambil peluang untuk buat semakan. Tidak susah manapun. Kalau yang ada kemudahan internet, boleh layari portal SPR (http://daftarj.spr.gov.my).
Jika didapati ada butiran yang salah, pemilih boleh memohon untuk pindaan dengan mengisi Borang A yang disediakan oleh SPR. Kalau hendak buat perubahan atau pindaan maklumat menerusi atas talian (online), SMS atau panggilan telefon kepada SPR memang tidak dibenarkan, malah mengikut undang-undang SPR tidak ada hak untuk meminda alamat atau apa-apa butiran melainkan pemilih sahaja yang berhak membuat pertukaran dan pindaan tersebut.
Setakat ini hak mengundi di Malaysia masih lagi diserahkan kepada individu masing-masing. Tiada undang-undang dikuatkuasakan untuk mewajibkan atau memaksa warganegara ini mendaftar dan seterusnya mengundi. Tapi kalau tidak mengundi, itu merupakan satu kerugian besar kerana melepaskan peluang untuk memilih YANG BERHORMAT di kawasan masing-masing.
Jadi apa tunggu lagi, semak jangan tak semak. Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti kita turun mengundi ramai-ramai (macam iklanlah pula..)
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 13 comments… read them below or add one }
Umur baru 20 tahun, tu pun masih belum cukup bulan! hoho
Bagi yang dah cukup tu harap daftar la mengundi, ini tanggungjawab untuk negara. Pilih yang mana rasa dapat bawa negara maju dunia akhirat
tiba masa guna kuasa kita pilih mana yang layak!!
ya.. itulah kuasa yang patut kita guna
PRU14 nanti dah boleh mengundi tu bro..
Sudah semak 2 kali dan hendak semak kali ke 3 pula. Mana tahu tiba-tiba bertukar pula.
akupun dah berkali-kali semak.. rasanya tak ada yang salah sebab mengundi pun dah 2 kali
marilah mari.. mari mengundi..
tunaikan kewajipan pada negara
lagu kegemaran ni..
tak lama lagi akan jadi lagu popular tu
aku dah semak bulan lepas
tak sabar tuggu harinya je ni
hehe
hoho..sila semak. sila semak..
yela..jom2 semak..
Masuk ni dah 4 kali saya mengundi…tapi nak kena check juga tu..takut ada hantu yg undi lak kat tempat lain he3..dengar kata ramai cikgu terlibat dengan mengundi ni yer.
jom mengundi.. tunaikan kewajipan.. jangan malas hehe