Home >> Tutorial >> Kemudahan Multiple Sign-in pada Akaun Gmail

Salam pagi Jumaat. Hari ni sekadar ingin berkongsi tips ringkas dan mudah, iaitu cara menetapkan (setting) akaun gmail untuk melaksanakan fungsi multiple sign-in, salah satu kemudahan terkini yang disediakan oleh Gmail kepada pengguna-penggunanya. Dengan kemudahan ini, pengguna boleh mengakses 2 atau lebih akaun Gmail secara serentak tanpa perlu membuka browser yang lain.

Jadi untuk penentapan, pengguna-pengguna hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah di bawah:

  1. Buka laman google.com/accounts.
  2. Sign-in dengan menggunakan username dan password sedia ada.
  3. Apabila laman akaun anda dipaparkan, lihat pada multiple sign-in di bawah Personal Settings. Klik Edit
  4. Pilih radio button untuk – On-Use multiple Google Accounts in the same web browser. Kemudian pilih pada semua kotak kenyataan (checkbox) yang diberi.
  5. Klik butang save. Kemudian kembali semua ke paparan utama (google.com/accounts).multilogin_menu_example
  6. Untuk menggunakan fungsi mengakses 2 atau lebih akaun Gmail secara serentak tersebut, pengguna hanya perlu memilih menu Sign in to another account.. di bahagian atas sebelah kanan paparan.
  7. Login dengan menggunakan username dan password akaun gmail yang lain.
  8. Sekarang anda telah berjaya membuka 2 akaun gmail dalam satu browser. Jadi, tidak perlu lagi sign-out jika hendak login dengan menggunakan akaun berlainan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui dan difahami oleh para pengguna.

1) Tidak semua perkhidmatan Google telah menyokong fungsi multiple sign-in berkenaan. Contohnya seperti Blogger. Kalau kita klik pautan Blogger yang terdapat pada akaun Gmail, kita akan dibawa ke paparan/login blogger yang didaftar dengan menggunakan akaun pertama kita login.

2) Gmail Team masih lagi bekerja keras untuk membolehkan Gmail dan Calendar berfungsi dengan menggunakan multiple sign-in. Jadi harap bersabar..

3) Kemudahan ini hanya boleh diakses dengan menggunakan PC. Maknanya kalau kita gunakan telefon untuk online, kemudahan ini tidak akan dapat diakses.

Kalau nak baca info lanjut pasal ni, bolehlah rujuk di sini.

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 37 comments… read them below or add one }

1 etomyam August 6, 2010 at 11:35 am

menarik ni bro, nak kena try jugak kalau macam ni

Reply

2 kulanz August 6, 2010 at 9:45 pm

kalau guna banyak akaun gmail, sesuai sangat ni utk dicuba :D

Reply

3 cikmin August 6, 2010 at 12:03 pm

wah..menarik jugak..makasih lanz..

p/s cikmin email pass tu DA pada lanz..nanti cek semula ye..betul ke tak tu cikmin tukar..

Reply

4 kulanz August 6, 2010 at 9:47 pm

Sama-sama cikmin, tadi petang dah sempat buat ckit.. kalau ada apa2 lagi bagitau je

Reply

5 cikmin August 8, 2010 at 10:02 am

dah nampak kemas dari sebelumnye..cuma masih tak kelihatan border nya macam lanz punya ye kan..
cikmin recently posted..Tempoyak Udang With BroccoliMy Profile

Reply

6 eyriqazz August 6, 2010 at 2:38 pm

1st time tahu pasal ni..thanks kongsi info ni…

Reply

7 kulanz August 6, 2010 at 9:50 pm

sama-sama bro.. sekadar berkongsi sedikit tips

Reply

8 hafidz August 6, 2010 at 3:37 pm

Google ni memang suka mengeluarkan produk yang memudahkan usernya :D

Reply

9 Kulanz Salleh August 6, 2010 at 9:57 pm

betul, itu kelebihannya.. tapi ada juga beberapa produk dia yg kurang berjaya.. macam google wave tu

Reply

10 zik August 6, 2010 at 7:03 pm

macam google ada …. bagus2x nie bro … nak mencuba nie

Reply

11 Kulanz Salleh August 6, 2010 at 9:58 pm

kalau kebetulan nak guna 2 email, memang sesuai guna ni bro

Reply

12 ishak August 6, 2010 at 8:00 pm

wah best gak kalau macam ni memang sempoi lah nampak gayanya

Reply

13 Kulanz Salleh August 6, 2010 at 9:59 pm

memang sempoi bro, boleh dicuba.. :D

Reply

14 ishak August 6, 2010 at 8:01 pm

p/s: bro punya commentluv tak berpungsilah..ada masaalah skript ni…

Reply

15 Kulanz Salleh August 6, 2010 at 10:00 pm

tak perasan pasal ni.. patutlah semua komen xda commentluv.. thanks bro… kejap lagi adjust commentluv tu..

Reply

16 cikmin August 8, 2010 at 10:04 am

baru perasan tak berfungsi lepas baca komen ni..tapi sebab cikmin komen hari ni..dah nampak la comment luv tu berfungsi.. :P
cikmin recently posted..Tempoyak Udang With BroccoliMy Profile

Reply

17 Wan August 6, 2010 at 8:11 pm

thanks for the info
mmg ada 2 gmail hehe

Reply

18 Kulanz Salleh August 6, 2010 at 10:00 pm

kalau ada 2 email dan nak guna serentak, memang sesuailah :D

Reply

19 RedBoy August 6, 2010 at 9:15 pm

huhu… baru tahu je.. tapi red cuma ada satu je akaun.. so, x perlu nk sign in multiple ni.. hehe.. by the way, nice entri.. thanks sharing ye

Reply

20 Kulanz Salleh August 6, 2010 at 10:02 pm

xpa, mana tau nanti ada 2 akaun, bolehlah try.. :)

Reply

21 Samdaddycool August 7, 2010 at 12:18 am

Mungkin boleh cuba lain kali. setakat ni, guna browser yang berbeza-beza untuk login multiple accounts.
Samdaddycool recently posted..Mee Siput si mee sedapMy Profile

Reply

22 kulanz August 10, 2010 at 12:36 am

samalah, sebelum ni akupun terpaksa buka 2 browser utk guna 2 gmail..

Reply

23 apiih August 7, 2010 at 12:14 pm

saye ade 1 jerk akaun gmail..huhuu..papepon nice share..
apiih recently posted..Fakta-Fakta yang Jarang DidengariMy Profile

Reply

24 kulanz August 10, 2010 at 12:44 am

aku ada beberapa akaun email.. masing-masing digunakan untuk tujuan tertentu.. :D

Reply

25 bujang3 August 7, 2010 at 2:05 pm

tak pernah cuba lak !!! thank for sharing….
bujang3 recently posted..Continuation Of The Art Of Negotiation !!!!My Profile

Reply

26 tehr August 7, 2010 at 7:37 pm

wah bagus ni
macam ni la baru dikatakan ‘semua jadi satu’
hehehe
tehr recently posted..Otak KeringMy Profile

Reply

27 wazy August 7, 2010 at 9:47 pm

Menarik,kena try juga ni
wazy recently posted..Peraduan Copy Dan Paste RayaMy Profile

Reply

28 mrnamie August 7, 2010 at 11:41 pm

terima kasih untuk info nih bro.. salam ukhwah
mrnamie recently posted..Makan malam di luarMy Profile

Reply

29 hafizmd August 8, 2010 at 1:08 am

Menarik sangat ni kalau ade lebih akaun gmail..tapi setakt ni..ade 1 jer..hehe

Terima kasih berkongsi..baru tau ni..:D
hafizmd recently posted..Sindrom kemurungan berbloggingMy Profile

Reply

30 mancai August 9, 2010 at 1:17 am

terima kasih banyak2… memang membantu betul google ni..

Reply

31 acapz August 9, 2010 at 4:36 am

xpi syg aku xde akaun gmail. sigh. xpe nk cuba buat satu. hahaa. tq bro :D
acapz recently posted..Merakam Skrin Anda Dengan ScreenrMy Profile

Reply

32 ray ban August 29, 2010 at 1:56 pm

akaun gmail penting patut perlu ade bro mudah friendly to use
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal LeatherMy Profile

Reply

33 Amir August 9, 2010 at 11:44 am

nice info. sblm ni sy guna browser lain2 kalo nak cek 2 email google dlm masa yg sama. satu guna firefox, lagi satu guna chrome.
Amir recently posted..Drama Lagenda Budak Setan di Astro PrimaMy Profile

Reply

34 Syafrizal August 11, 2010 at 12:57 am

menarik ni kalau ada 2 3 akaun.. senang nak handle…
Syafrizal recently posted..Produk baru HPA 23hb Julai 2010My Profile

Reply

35 ray ban August 29, 2010 at 1:55 pm

menarik lepas ni senang la sket nak buat keje
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal LeatherMy Profile

Reply

36 mohamadSaleh October 13, 2010 at 10:33 pm

thanks bro.. very good info
mohamadSaleh recently posted..3 PERKARA UNTUK FOKUSMy Profile

Reply

37 chenazri October 23, 2011 at 10:50 pm

chenazri

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: