Home >> Personal >> Kenangan Semasa Kem Serumpun

Kenangan Semasa Kem Serumpun

by kulanz on 09/10/2009 · 4 comments

Kem Serumpun Peringkat Daerah Pitas telahpun selesai dilaksanakan. Seperti yang saya sebutkan dalam pos sebelum ini, setiap satu peristiwa pasti akan meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis. Begitulah seperti yang saya alami.

Hari ketiga kem ini adalah hari yang benar-benar menduga kesabaran, ketahanan mental dan kekuatan hati. Terlalu banyak hikmah di sebalik kejadian yang berlaku pada hari itu. Sungguh tidak diduga, perjalanan program yang sebelum ini dijangka berjalan dengan baik, bertukar jadi kelam kabut seketika apabila pada hari Rabu (7 Oktober), angin kencang bertiup beserta hujan lebat.

Petang selepas kejadian (hari yang sama), saya baring dalam keadaan yang kurang sihat sambil merenung semula kejadian itu seperti melihat sebuah filem. Selain mengamati kejadian, saya turut mengamati setiap watak-watak dan perwatakan manusia yang terkandung di dalam cereka tersebut.

Ada individu yang selama ini cukup teliti dengan penampilan, terlupa yang dia sedang berkaki ayam mengangkat barang-barang dari kawasan perkhemahan yang sudah ranap. Ada individu yang keretanya baru dibeli (kerusinya masih berbalut plastik), menggunakan keretanya untuk mengangkat kerusi dan meja ke pusat perkhemahan baru. Ada juga individu yang memegang jawatan penting di sekolah dan jawatan politik, mandi dengan air hujan di awal pagi kerana membantu pelajar mengemaskan beg pakaian mereka. Tidak kurang juga ada individu yang namanya begitu gah di bibir dan hati masyarakat menghilangkan diri sebaik sahaja mendengar guruh di langit!.

Pada masa kejadian, Encik Halim Bidin tidak teringat pun yang beliau adalah seorang Pegawai Pelajaran Daerah. Beliau sanggup datang ke tapak perkhemahan yang sedang “diserang” hingga berbasah baju dan berkusut rambut. Saudara Rosmin Oyoh pun tidak teringat yang dia adalah pengarah program, yang juga Penyelia Pelajaran Daerah. Malah pada masa kejadian juga, Puan Noraini Atoh, Guru Besar SK Kasagaan Pitas dan Encik Harun Durabi, Guru Besar SK Dandun, Pitas (Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Pitas) tidak sedar yang baju mereka sudah bayah kuyup disebabkan membantu kerja-kerja pemindahan. Begitu juga dengan beberapa orang lagi guru besar dan guru-guru akademik serta staf sokongan yang turut sama menggunakan kudrat masing-masing membantu sedaya-upaya.

Bagi saya sendiri, tentulah tidak duduk sahaja memegang kamera dan merakamkan detik-detik orang lain sedang bertungkus-lumus bekerja. Pada masa kejadian itu, saya tidak teringatpun yang saya sekarang ni pantang kena hujan sedikit, terus demam. Saya tidak teringatpun yang isteri saya sedang mengandung, terus sahaja menelefonnya untuk membantu kami membawa peserta ke tempat yang lebih selamat. Pada masa itu saya langsung tidak ingat kamera, yang saya ingat, semua peserta perlu berada di tempat selamat. Semua peralatan/barang-barang mesti dikemas sebelum diangkat oleh “orang lain”.

Inilah gambar saya.. dengan muka dan pakaian yang comot selepas berhujan dan berlumpur mengemas khemah bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Kata kunci artikel:

hikmah disebalik penciptaan guruh

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 4 comments… read them below or add one }

1 Bahauddin October 10, 2009 at 12:02 am

kenangan yang tak terlupakan!
Ah, betapa indahnya hidup jika kita tahu bagaimana cara menjalaninyaa..

Salam akrab, Sobat…

Reply

2 Kulanz Salleh October 10, 2009 at 2:42 am

Benar saudara Bahauddin.. kenangan itu memang bnyk manfaatnya..
Salam akrab juga dari saya

Reply

3 kulanz October 26, 2009 at 1:10 am

Benar saudara Bahauddin.. kenangan itu memang bnyk manfaatnya..
Salam akrab juga dari saya

Reply

4 Lintagu October 31, 2009 at 11:56 pm

Baru terbaca kenangan Kem serumpun ni tn…Ni betul2 pengalaman..penuh warna serumpun…

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: