Setiap kali menjelang Ramadhan saya pasti teringat satu peristiwa.. kenangan yang pastinya tiada akan terlupakan.. Peristiwa yg berlaku lebih 10 tahun dahulu.. dalam bulan Ramadhan.
Dalam perjalanan pulang dari KK (Kota Kinabalu) menaiki pengangkutan awam (time tu manalah ada kereta sendiri).
Sampai di pekan Tenghilan driver tu bagitau.. “kita beli air dulu untuk besungkai (berbuka puasa) sampai KB (Kota Belud) baru kita singgah makan”. Aku, dalam keadaan mamai (baru bangun dari tidur) turunlah bersama beberapa orang penumpang lain untuk membeli minuman.
Diringkaskan cerita, aku beli 2 kotak minuman yang berbeza dan beberapa jenis kuih. Selesai bayar minuman tu, aku naik kereta dan hendak besungkai la kunun.
Hairannya aku cari straw pada kotak minuman yang satu ni tiada pula. Sekali diamati, alangkah terperanjatnya aku apabila terbaca label pada kotak tersebut, ‘Santan Kelapa’. Dalam keadaan malu-malu aku masukkan kembali kotak tadi ke dalam plastik dan ambil kotak minuman yang satu lagi (yang ini betul minuman kotak la). Penumpang yang duduk di bangku sebelah tersengih-sengih saja melihat aku. Aku dapati mereka cuba menahan ketawa. Aku kontrol macho la kunun buat-buat tiada apa yang berlaku.
Sejak kejadian itu aku lebih berhati-hati membaca label pada kotak minuman. Tidak mahu lagi tergesa-gesa ketika membeli minuman.
** Cerita ini adalah kisah benar yang dialami sendiri oleh abang saya. Sengaja saya terbitkan semula di sini sebagai kenang-kenangan.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 25 comments… read them below or add one }
Haha.. Lain kali baca label betul-betul!
Sebagai pengajaran untuk kita semua..
hahaha.. baru bangun tu.. tak dapat baca dengan jelas
hahaha
nasib baik tak cucuk jugak minum
tu lah.. nasib tak ada straw
hoho..santan pun sedap apa..
memang sedap juga.. tapi bukan untuk diminum, hahaha
ehh, sedap apa minum. tapi syaratnya..letak ais..letak gula melaka. confirm sedap.
Hahaha.. Mujur pula santan kelapa tu takder straw.. Kalau ada straw, tentu awak dah ada pengalaman berbuka dengan santan kelapa…
tu lah.. nasib baik tak ada straw
Assalammualaikum wbt,
Aha, sampai camtu sekali. Nasib baik tak minum pakai straw. Kalau sedut tu mau terkeluar balik plus tension sebab buka ingatkan air dapat santan. Haha.
Dulu masa kena bina insan bulan puasa pun, ada member siap tertuang air nescafe kat nasi sebab ingatkan kuah. Ye la dalam gelap gulita masuk hutan, mana nak nampak. Tension dia sebab lapar nak sahur, habis rosak nasi. Hehe
p/s : baru betul komen tempatnya kali ni. Haha
Waalaikumsalam,
memang agak perit tu minum santan untuk berbuka.. tak tau macam mana keadaan.. hehehe
kalau dalam gelap macam-macam boleh jadi.. mesti tak lalu nak bersahur tu selepas nescafe dah jadi kuah
kalo diminum juga mmg haru la..hehe
hahaha, memang haru jadinya
Entri yang menarik. Alangkah baiknya jika entri ini dapat menyertai ‘Contest cerita puasa Ramadhan 2012 blog Shakiddo’.
terima kasih bro..
sayangnya bukan pengalaman aku sendiri jadi tak berani pula nak join
Hehehe….pengalaman peribadi tu bro..
memang pengalaman yang tak dilupakan
kalau dapat minum kan best..pengalaman “tawar” sebab minum santan..hihihi! ^^ TIPS PANDUAN HIDUP
rasa tawar dan lemak berkrim, hahaha
Assalam..
Kahkahkah…memang lawak.
wassalam,
hehehe.. tu lah dia pengalaman
santan kelapa blh buat lauk gak hee..jimat2
Senantiasa cermati apa yang kita beli mas, sudah benar itu atau tidak
Sebuah pengalaman yang bisa menjadi pelajaran buat kita semua
nice share
heheh …. santan dalam kenangan. Agaknya bila abang bro tgk santan dalam kotak, pasti kenangan lama datang balik.