Kenapa Perlu Daftar Dengan CommentLuv
March 9th, 2010 | 10:51 pm | Plugins, Tips, Tutorial | 62 responses
Saya tidak berniat untuk memperkenalkan apa itu CommentLuv atau ComLuv, bukan juga untuk memberikan tutorial kerana saya yakin sudah ramai yang tahu mengenainya. Cuma kali ni saya ingin kongsikan sedikit pengalaman sendiri menggunakan ComLuv.
Kisahnya begini, sebelum ni saya tertanya-tanya sendiri, kenapa feed atau pos yang tersenarai di ComLuv tidak up to date, atau lebih tepat lagi tidak sama dengan pos terakhir saya di blog. Memang hairan sebab sudah dua hari saya buat pos terkini, tetapi pos yang tersenarai adalah pos yang saya buat 3 atau 4 hari lepas. Disebabkan itu kadangkala saya memilih untuk tidak check di kotak ComLuv walaupun ianya memang tersedia pada blog seseorang.
Apabila saya letakkan cursor pada lambang ComLuv di hujung senarai pos tu, saya ternampak pernyataan macam ni:
“This site is not a member of ComLuv.com”. If this is your site, you can register your URL for free here and this panel will show your gravatar, site description and more.”
Barulah saya tahu yang saya dah ketinggalan (senyum sendiri). Terus gatal tangan klik link yang diberi dan daftar dengan ComLuv.com. Daftar tak lama pun, 2-3 minit dah selesai. Setelah selesai, saya terus membalas (reply) komen rakan dan publish. Akhirnya barulah paparan berikut kelihatan… dan tajuk yang disenaraikan di sana juga adalah tajuk pos saya yang terbaharu… Barulah lega kerana selesai satu persoalan.
Jadi, di sini saya kongsikan sedikit pengalaman tentang kebaikan apabila kita mendaftar dengan ComLuv:
1. Memaparkan pos terakhir yang up to date
- Apabila anda telah mendaftar, last blog anda yang dipaparkan adalah up to date kerana semasa mendaftar, anda akan memasukkan URL blog anda. Jadi ComLuv akan lebih mudah membaca feed blog anda.
2. Meninggalkan lebih banyak backlink secara percuma
- Kelebihan ComLuv ni ia akan meletakkan link ke pos anda yang terkini. Link yang dipaparkan di blog orang lain secara automatik akan menambah backlink ke blog anda, terutamanya jika anda meninggalkan komen di blog yang Dofollow. Dengan ComLuv juga, anda bukan sahaja saja dapat meninggalkan 1 backlink, tetapi lebih daripada itu. Sebabnya apabila mendaftar dengan ComLuv, anda boleh memilih mana-mana 1 daripada 5 senarai pos terkini anda. Maknanya, jika anda meninggalkan komen di blog saya sebanyak 5 kali, anda boleh meletakkan 5 backlink di blog ini.
3. Tahu di mana terdapatnya link yang sama
- Cuba lihat gambar di atas (yang ada avatar saya tu). Anda dapat lihat senarai blog lain di sana kan? Itu adalah senarai blog di mana link saya untuk entri yang sama dipaparkan. Tapi yang ni kalau tak salah hanya dapat dikesan apabila blog seseorang itu DoFollow dan dia menggunakan plugin ComLuv.
Ada beberapa perkara lain yang berkaitan ingin saya kongsikan:
1. Mendaftar dengan ComLuv terbuka kepada semua, sama ada pengguna wordpres atau blogspot.
2. Buat masa ni ComLuv hanya boleh dipasang untuk blog WordPress.
3. Jika anda berhadapan dengan ComLuv error, misalnya entri anda tidak dipaparkan walaupun anda telah check kotak ComLuv, berkemungkinan berpunca daripada:
- Server ComLuv yang sesak
- Ramai pengguna menggunakan IP yang sama di tempat anda (masalah berlaku terutamanya di Cybercafe atau pejabat). Saya pernah mengalami masalah ni.
- Feed untuk blog anda tidak dibaca. Pastikan semasa mendaftar dengan ComLuv, anda meletakkan URL yang betul untuk blog anda. Misalnya pastikan sama ada prefered domain anda menggunakan www atau tiada.
Jadi apa lagi, cubalah buat komen di sini dan pastikan anda check kotak ComLuv di bawah button submit tu.. Tengok sama ada anda telah menjadi ahli ComLuv atau tidak dan dalam masa yang sama, bolehlah anda meninggalkan backlink di sini.. <– promosi nampak.. hehe
Update: 10 Mac – 3.13 a.m:
- Untuk pengguna blogspot pun boleh pakai plugin ni tapi sebelum tu kena pakai intense debate dulu. sebab intense debate integrate ngan comluv (Credit to: bro Zaimi. Kalau ada pertanyaan boleh tanya dia)
- Pastikan selain daripada mendaftar sebagai ahli ComLuv, anda juga telah mendaftarkan URL blog anda. Caranya, setelah login, klik pada tab MEMBER dan pilih menu – Register Your URL.
- Masukkan butiran yang dikehendaki kemudian simpan. Apabila URL anda berjaya didaftarkan, paparan seperti di bawah akan kelihatan.
Selesai….





















said on March 9th, 2010 at 11:07 pm
salam kulanz..owh..dah settle masalah ni ye..dulu ada terbaca di blog yan..tak sangka yang kulanz belum berdaftar jadi member com.luv rupanya..ngeee…
cikmin´s last blog ..Asmaradana
said on March 9th, 2010 at 11:42 pm
salam cikmin,
saya dah lama daftar dgn ComLuv ni, cuma tak daftarkn URL blog.. cikmin pun belum daftarkn URL blog kan, daftar cepat2.. hehe
kulanz´s last blog ..Kenapa Perlu Daftar Dengan CommentLuv
said on March 10th, 2010 at 3:00 am
salam..rasanya cikmin dah daftar ni..tapi tadi point cursor belum jadi pulak..adoii..skg sudah ke website..submit..tapi tgk masih belum member..ngeee..
cikmin´s last blog ..Tembikai Viagra semula jadi
said on March 10th, 2010 at 3:08 am
salam,
cikmin login di ComLuv member tu, pastu register URL blog cikmin.. lepas tu mesti ok dah..
said on March 10th, 2010 at 7:19 am
salam pagi kun..dah daftar..mcm skg mau leave komen sini mmg boleh pilih 1 antara 10 posting cikmin..tapi masih kata tak member…ngeee..
cikmin´s last blog ..Hari yang melemaskan
said on March 9th, 2010 at 11:12 pm
kt blogspot takleh pasang eh comluv ni.. tingin nak pasang..huhu
mello´s last blog ..Satu impian menjadi realiti | Mushmello (dot) com
said on March 9th, 2010 at 11:44 pm
betul bro, buat masa ni ComLuv hanya boleh pasang di wordpress selfhosting.. tapi tu tak jadi masalah bro.. yg penting kita daftar dengan ComLuv dan dapat faedah..
said on March 16th, 2010 at 4:54 am
Kat blogspot boleh la pasang. Tengok blog aku ada tutorial pasang CommentLuv
ariff´s last blog ..Tips Senang Cari Blog CommentLuv
said on March 9th, 2010 at 11:36 pm
sebab tu lah ye.. emm faham bro.. nanti nak register.. thanks info yang berguna ni…
said on March 9th, 2010 at 11:46 pm
paling penting backlink tu bro.. tiap kali kita tinggalkan komen, kita boleh tinggalkan backlink bukan saja utk blog, tapi juga untuk entri
said on March 10th, 2010 at 12:35 am
comment luv nie penting ..boleh tahu last post kita blog,,,tengok bawah tuh.. hehe
zik´s last blog ..3d stereogram. Korang nampak apa disebalik gambar ini??
said on March 10th, 2010 at 1:11 am
betul tu bro, senang utk kawan lagi hit ke blog kita
kulanz´s last blog ..Kenapa Perlu Daftar Dengan CommentLuv
said on March 10th, 2010 at 12:38 am
tq..baru tau camner nak buat.:)
murnihati´s last blog ..PEMENANG GAYA ADIK BULAN INI (FEB 2010)
said on March 10th, 2010 at 1:13 am
sekadar berkongsi..

kulanz´s last blog ..Kenapa Perlu Daftar Dengan CommentLuv
said on March 10th, 2010 at 2:35 am
comluv memang sangat berguna untuk pengunjung sebab dapat tinggalkan backlink free. untuk pengguna blogspot pun boleh gak pakai plugin ni tapi sebelum tu kena pakai intense debate dulu. sebab intense debate integrate ngan comluv.
said on March 10th, 2010 at 3:29 am
betul tu bro, memang sangat berguna untuk yang rajin komen..
thanks bro info pasal integrate ComLuv n Intense Debate tu, saya dah update entri ni..
said on March 10th, 2010 at 3:11 am
kadang-kadang feed dia entri lama (seperti di bawah)..
kecuali kalau url tu aku tambah /feed
baru entri baru disenaraikan..
kenapa tu ging?
said on March 10th, 2010 at 3:28 am
salam,
kena register dulu jadi member ComLuv ging, lepas tu register URL blog dan feed blog kita juga.. baru dia papar entri yang terkini..
said on March 10th, 2010 at 9:35 am
laaaaa.. hahaha patut la kita pun kdg2 pelik ngape la commentLuv ni dok tunjuk post kita yg lame.. hehe rupanye kena register :p hehe tq encik for the info!

arieza´s last blog ..::: Arieza Jangan Mengalah
said on March 10th, 2010 at 10:09 pm
tu la pasal, selain register jadi member comluv ni, kena juga register URL site kita, baru server comluv senang baca feed blog kita
said on March 10th, 2010 at 9:54 am
Yup! Kalau daftar akan lebih mudah untuk promote entry kita kan? Sayang blogger belum aplikasikan menatang ni.
Dak Wan®´s last blog ..RAM – Ok atau Tidak?
said on March 10th, 2010 at 10:10 pm
betul tu tuan.. ni reward utk pembaca dan yg meninggalkan komen di blog kita..
aah.. setakat ni xda plugin/widget utk blogspot lagi
said on March 10th, 2010 at 11:18 am
salam…
ehem..ehem…ada tu link blog tu di commentluv tu..hahaha *perasan sekejap*
aku dh lama reg url blog tu tp dkt feeds aku salah dia tau mau aku letak feeds mcm ko tu wp pnya feeds, last2 kena guna yg feedburner pnya baru mau keluar..hehe
said on March 10th, 2010 at 10:12 pm
tau.., mentang-mentang dah dapat 5 kredit.. hehe
betul tu yan, kalau original feed tak dapat pakai, kena pakai feedburner punya..
said on March 10th, 2010 at 12:40 pm
maaf ye tuan rumah..mau test komen sekejap ya..
cikmin´s last blog ..Tembikai Viagra semula jadi
said on March 10th, 2010 at 10:20 pm
boleh test.. xda masalah.. hehe
dah nampak link cikmin di blog lain juga..
said on March 10th, 2010 at 11:22 pm
saya sudah mendaftar, anda bila lagi..?
haha.. ayat cam iklan komersial tv la plak…
ekeke… =P
Pisyek´s last blog ..FESCO 2010
said on March 16th, 2010 at 9:51 pm
haha, bro belum daftar tu, bila lagi?
said on March 10th, 2010 at 11:27 pm
nak test kat sini setelah melakukan sedikit alteration ..thanks for info bro..sbb baru haku perasan, haku baru reg user tapi lupa nk reg website..patutlah last post haku tak kuar kat setiap komen box yg ada plug in comluv neh..huhu
said on March 11th, 2010 at 12:58 am
aah bro, kena register URL juga bru comluv senang baca feed blog kita.. jadi pos yang dipapar tu up to date
said on March 10th, 2010 at 11:32 pm
xkuar jugak =,= ..pelik..huhu
said on March 11th, 2010 at 1:00 am
sori bro, komen termasuk spam sbb bro letak link untuk entri.. keberkesanan Akismet tu bro.. hehe
said on March 11th, 2010 at 1:04 am
Salam..
Terima kasih di atas maklumat ini..
tp bukan ke kalau kita direct install comluv wp plugin tu dh boleh terus include blog url (register)?
zoul´s last blog ..Followers Blog Aku Naik Angin
said on March 13th, 2010 at 1:58 am
xda plk camtu, kita kena juga register secara manual…
said on March 11th, 2010 at 3:54 pm
Salam,
baru je daftar tadi, ingatkat ada problem dengan blog. hahaha
Anjung Web´s last blog ..ClamAV: Antivirus untuk Linux
said on March 13th, 2010 at 1:59 am
salam,
memang bagus kalau dah register, bnyk kelebihannya (macam iklan la plk, hehe)
said on March 11th, 2010 at 5:19 pm
info yang menarik. terima kasih sebab berkongsi.
salam kenal…
nrul´s last undefined ..If you register your site for free at
said on March 13th, 2010 at 1:59 am
sekadar berkongsi mana-mana yang patut
said on March 13th, 2010 at 7:06 pm
Terima kasih atas info ini. Saya selalu mengalami masalah dengan comment luv walaupun memang berdaftar.
imran´s last blog ..Fatwa Membaca Talqin Ke Atas Mayat
said on March 16th, 2010 at 9:52 pm
nampaknya sekarang ni memang dah tak ada masalah lagi kan?
said on March 14th, 2010 at 1:26 am
comment love bagus tapi tuh la.. untuk blogspot susah sikit kena pakai intense debate dulu.. aiyoo sungguh tak best.. -.-
SiPanda´s last blog ..Aku benci Nuffnang!
said on March 14th, 2010 at 2:34 am
thanks… nanti sy try guna comluv. haritu dah try.. tapi xleh..
zulaikha´s last blog ..Pengalaman pertama… <- Baca elok2. Bukan malam pertama.
said on March 16th, 2010 at 9:53 pm
welcome, maybe masa tu comluv yg ada problem, sbb tu x bole.. tapi sekarang ni nampaknya dah ok
said on March 15th, 2010 at 2:15 pm
Comment luv ni memang memainkan perana penting,best gak bila dah selalu update dan ade pautan berapa kali link blog kita di klik
wazy´s last blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2
said on March 16th, 2010 at 2:11 pm
memang penting bro, sayang masih tak ramai yg guna ni..
said on March 16th, 2010 at 4:50 am
aku memang suka CommentLuv ni. Btw, happy birthday la!
ariff´s last blog ..Tips Senang Cari Blog CommentLuv
said on March 16th, 2010 at 2:09 pm
thanks bro.. =)
said on March 16th, 2010 at 12:58 pm
saya dah start guna balik comment luv.. dulu buang sbb x minat nak guna..
Amir´s last blog ..Mahkota Raja Lawak 4 Milik Kecik
said on March 16th, 2010 at 2:10 pm
samalah bro, dulu sya pun x minat sgt guna ni.. tp lepas tahu manfaatnya, terus guna balik
said on March 29th, 2010 at 11:26 pm
thanks bro, no wonder la kita sama kes…sebab sebelum ni x register
khairil´s last blog ..Perkahwinan Di Usia Muda
said on April 13th, 2010 at 1:09 am
macam mana kita nak tau kita dah boleh guna comluv? testing…testing
said on April 25th, 2010 at 9:10 am
saya pun daftar dicomment luv
Iseng Ngeblog´s last blog ..Hati-hati Membeli Domain Bekas
said on May 4th, 2010 at 2:15 pm
terima kasih
mataharitimoer´s last blog ..Pangkat Terakhir
said on May 10th, 2010 at 2:50 am
penge pasang c0mluv di blogspot tapi lum tau caranye
said on May 10th, 2010 at 6:53 pm
Untuk blogspot, mula-mula pasang intense debate comment, baru dapat guna comluv ni..
said on June 13th, 2010 at 12:41 pm
really nice post, i read it all its good informative knowledge
said on June 25th, 2010 at 9:49 pm
banyak kena belajar lagi…kena cuba ni
suzzsuzie´s last blog ..Kau Pergi
said on July 1st, 2010 at 9:03 am
testing2 lagi kat sini
suzzsuzie´s last blog ..Bukan Aida Radzwill Lagi
said on July 3rd, 2010 at 12:03 am
Terimakasih infonya, jadi tahu manfaat commentluv
Insurance-family´s last blog ..How to Choose Health Insurance
said on July 12th, 2010 at 10:48 pm
Cool and great, there is actually some good points on this post some of my friends might find this relevant, will send them a link, many thanks. Good blog! Really fantatic stuff here. Thanks
said on July 15th, 2010 at 10:34 pm
thank for the info….
bujang3´s last blog ..Apa nak jadi ngan umat Islam masa kini !!!
said on July 15th, 2010 at 10:51 pm
u’r welcome bro..