Final Piala EURO 2012 antara Spain v Italy pada awal pagi nanti (2 Julai 2012, jam 0245 waktu Malaysia) akan lebih seronok jika ditonton beramai-ramai. Masa tu, nak bersorak pun semangat sikit sebab ada orang lain yang turut sama bersorak.
Bagi yang tinggal di kawasan Shah Alam, lagi meriah kalau turun ke I-City awal pagi nanti. Ada info menyebut nanti akan diadakan acara yang dinamakan ‘Gegaran Euro 2012 Bersama Rakyat 1Malaysia’. Dalam pesta itu nanti, satu skrin gergasi LED berukuran 40 kaki (12.2 meter) kali 16 kaki (4.88 meter), dikatakan sebagai terbesar di Malaysia, didirikan khusus untuk pesta itu di I-City. Selain menonton siaran secara langsung, turut diadakan juga konsert mini dan aktiviti lain. Mesti suasanya pada masa itu cukup meriah.
Credit Pic: http://didi-hime.deviantart.com/art/Euro-2012-Spain-vs-Italy-306921324
Menonton Final EURO 2012 di Rumah
Bagi saya sendiri, disebabkan masa perlawanan akhir nanti adalah hari bekerja, maka peluang untuk saya menyaksikan siaran langsung bersama rakan memang tidak ada. Jadi, seperti juga perlawanan-perlawanan bola sepak sebelum ini, saya cuma akan menonton di rumah sambil ditemani oleh isteri saya yang sebenarnya lebih minat menonton bola sepak berbanding saya sendiri.
Ramalan Pasukan Juara EURO 2012
Setiap kali ada perlawanan seperti ini, pasti ada ramalan yang akan dibuat. Tak kiralah sama ada sekadar suka-suka untuk menambah kemeriahan semasa menonton atau untuk pertaruhan sesama sendiri. Bagi saya sendiri, tiada mana-mana pasukan yang diletakkan sebagai juara. Saya cuma memilih untuk melihat antara tiga pasukan ini beraksi di final, iaitu Spain, Portugal dan England tapi nampaknya Portugal dan England sudah tebabas jadi tinggal Spain lagi.
Disebabkan tiada pasukan ramalan ditetapkan maka saya terlepas peluang untuk mendapatkan hadiah T-Shirt dan 10,000 trafik blog daripada Denaihati. Tidak apalah, mungkin selepas ini masih ada peluang mendapatkan hadiah melalui Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati yang sampai sekarang masih belum sempat siap entri penyertaan.
Keputusan Perlawanan Akhir EURO 2012
Pasukan mana yang bakal bergelar juara EURO 2012 hanya dapat ditentukan selepas tamat perlawanan akhir nanti. Buat masa sekarang keputusan perlawanan masih lagi seri, Span 0 – 0 Italy. Keputusan selebihnya akan ditentukan oleh 22 pemain dan pengadil yang mempunyai peranan masing-masing dalam perlawanan nanti.
Keputusan Penuh
Spain 4 – 0 Italy
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 21 comments… read them below or add one }
ehh..pagi ni kan? camana leh terlupa ni.
aku harap italy yang mengalahkan jerman boleh menang..
sekarang dah tak lupa lagi..
akupun harap italy berpeluang untuk menang
sama aa bro..italy ade potensi ni..
sudah kalah. semua pemain italy lupa makan cendol..grr..
Berdasarkan statistik kejohanan.. Italy ada peluang jadi juara
betul tu bro.. sekarang ni terpulan pada pemain sama ada nak menang atau tak
harap harap tak terlelap malam ni
boleh tidur awal lepas tu bangun masa perlawanan
aku tidur awal
sedar je bola hampir nak mula
hehe
tak lama lagi berakhir Euro..
boleh tidur awal lepas ni
huh adakah sejarah akan berulang…hihihih..:) apa2 pun semua bergantung pada atas padang awal pagi nanti hihihi
faktor semasa perlawanan akan menentukan keputusan nanti..
Kalau ikut rekod lama, mmg Italy ada peluang lebih besar, tapi tu semua rekod.
Pemainnya dah berubah dan taktikal permainan Italy juga nampak makin menarik.
Pe2pun, tunggu sajelah awal pagi ni…hehe
betul bro.. rekod selalunya kurang mempengaruhi..
keputusan hanya akan ditentukan semasa perlawanan sebenar
aku sokong spain
hehe
akupun sokong spain dari awal.. tapi aku nak italy juara, hehehe
sebenarnya aku nak england jadi juara
kesian england dah lama tak dapat nama
huhu
Itali ada peluang untuk menang kerana tekanan mereka berkurangan berbanding juara bertahan Sepanyol.
tgok sekejap tu salah jer aaaaaaaa
dua2 kira hebat..tgok perlawanan tu mmg naik teruja…geram ada bila sikit lagi nak goolll