Home >> Pilihan Raya >> Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut

Keputusan pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut (N01), Terengganu bakal diketahui sedikit masa lagi. Berdasarkan makluman yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),  keputusan bakal diketahui sekitar jam 10 malam ini memandangkan sekarang adalah bulan Ramadan.

DUN Kuala BesutSeperti yang ditetapkan sebelum ini, Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut adalah pada hari ini, 24 Julai 2013 manakala penamaan calon pada 12 Julai 2013. Masa berkempen ditetapkan selama 12 hari.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku ABd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

Keputusan pilihanraya kecil kali ini pula akan ditentukan oleh seramai  17,683 jumlah keseluruhan pengundi berdaftar.

Sama-samalah kita nantikan keputusan selepas ini dan apapun keputusannya, harap dapat diterima dengan hati terbuka.

Keputusan Penuh:
Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu dengan majoriti 2,592 undi.

-  Calon BN: Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman – 8,288 undi
-  Calon PAS, Endut @ Azlan Yusof mendapat – 5,696 undi.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 5 comments… read them below or add one }

1 Anuar July 25, 2013 at 1:17 am

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya… Semoga boleh mentadbir kawasan tersebut dengan baik selepas mendapat mandat daripada Rakyat…

Reply

2 TehR July 26, 2013 at 12:54 am

PRK pertama selepas PRU 13 nampaknya memihak kepada BN
tahniah dan selamat berkhidmat kepada YB baru

Reply

3 encik bakul July 28, 2013 at 9:00 am

tahniah kepada yang menang. Yang kalah, cuba lagi.

Reply

4 yusri August 24, 2013 at 11:11 pm

Tadbir baik2 ye yang berhormat.

Reply

5 hanari March 20, 2014 at 1:50 pm

Selamat kepada yang menang,,,semoga bisa menunaikan amanah..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner