Home >> Nasional >> Keputusan Pilihanraya Kecil Batu Sapi dan Galas

Keputusan Pilihanraya Kecil Batu Sapi dan Galas

by Kulanzsalleh on November 2, 2010

Keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi dan juga DUN Galas yang akan diadakan pada hari Khamis ini pastinya suatu keputusan yang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak, sama ada ahli/parti Keputusan Pilihanraya Batu Sapi dan Galaspolitik bertanding, pengundi-pengundi, penganalisis politik dan orang perseorangan sama ada terlibat secara langsung atau tidak dalam pilihanraya berkenaan.

Saya sendiri walaupun tidak terlibat secara langsung dalam Pilihanraya Batu Sapi, Sandakan, tetap juga tak sabar menunggu keputusan pilihanraya yang dijangka bakal diumumkan selewat-lewatnya pukul 8 malam hari pengundian. Untuk pilihanraya DUN Galas pula, saya tidak pasti sama ada sudah ada jangkaan keputusan dikeluarkan. Bagaimanapun berkemungkinan masa pengumuman agak lewat sedikit berbanding Batu Sapi sesuai dengan perbezaan masa antara kedua tempat.

Paling penting, keputusan pilihan raya di kedua-dua tempat mungkin memberikan sedikit maklumat kepada penganalisis dan pemerhati politik tanahair. Daripada keputusan ini kita sekurang-kurangnya dapat mengagak trend pengundian pada masa ini dan mungkin berguna untuk analisis atau membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Kemaskini – 4 November 2010

  • Sehingga 4 petang ini, 7,651 pengundi atau 66.23 peratus keluar mengundi di pilihan raya kecil DUN Galas manakala Parlimen Batu Sapi seramai 14,725 pengundi atau 57.56 peratus.

7.50pm: Keputusan Tidak Rasmi (P.185 – Batu Sapi)
Linda Tsen (BN-PBS) – 8,538
Yong Teck Lee (SAPP) – 2,007
Ansari Abdullah (PKR) – 3,281
Majority – 5,257

Keputusan Tidak Rasmi (N.45 – Galas)
Dr Zulkefli Mohamad (PAS) – 3,744
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) – 5,177
Majority – 1,069

Keputusan Rasmi P.185 Batu Sapi
Linda Tsen (BN-PBS) – 9,773 undi
Yong Teck Lee (SAPP) – 2,013
Ansari Abdullah (PKR) – 3,414
Majority – 6,359

Keputusan Rasmi N.45 – Galas
Dr Zulkefli Mohamad (PAS) – 3,744
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) – 5,177 undi
Majority – 1,069


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner