Home >> Semasa >> Kes Buli Pelajar UiTM Sabah Telah Disiasat

Kes Buli Pelajar UiTM Sabah Telah Disiasat

by Kulanzsalleh on March 6, 2013

Kes buli atau ‘ragging’ di kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan perbuatan membuli sudah menjadi amalan di institusi pendidikan sejak sekian lama. Hakikat yang sering berlaku, pelajar lama (senior) akan membuli pelajar baru. Antara alasan yang kadang-kala diberikan apabila kes seperti ini diketahui umum;

itu adalah cara untuk memastikan pelajar junior menghormati pelajar senior..

kes itu adalah amalan biasa, kami juga pernah merasainya ketika menjadi junior dahulu.

Terkini, sebuah rakaman yang menunjukkan beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan sedang melakukan ‘ragging’ ke atas pelajar lain telah tersebar secara meluas sejak semalam. Difahamkan kes ini melibatkan pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sabah. Walaupun pada mulanya video yang dimuatnaik itu telah dipadam, namun seseorang sempat memuat-turun video berkenaan dan memuat-naik semula.

Berdasarkan rujukan saya, pihak universiti telahpun mengetahui tentang video berkenaan dan siasatan telahpun dijalankan. Tindakan yang bersesuaian bakal dikenakan ke atas pelajar yang melakukan perbuatan tersebut. Berikut adalah kenyataan daripada pihak terbabit.

Penjelasan daripada Rektor UiTM Sabah

 

Penjelasan daripada YDP MPP UiTM Sabah berkenaan video ragging

Sumber: Facebook Komuniti Pelajar UiTM Sabah

Tahniah diucapkan kepada pihak universiti kerana mengambil tindakan pantas dan sewajarnya. Dan kepada adik-adik pelajar yang sedang atau bakal bergelar senior di institusi pengajian tinggi/sekolah, ambillah pengajaran daripada kes-kes yang telah berlaku sebelum ini.  Jangan sampai diri diambil tindakan baru timbul penyesalan.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner