Jika negara Jepun sering dilanda Tsunami, Amerika Syarikat pula tidak terlepas daripada angin kencang dan puting beliung. Itulah ancaman alam semulajadi yang kerap berlaku di negara berkenaan. Puting beliung (tornado) yang Selatan dan Barat Tengah Amerika Syarikat meninggalkan kesan yang sangat dahsyat. Bukan setakat pokok-pokok tumbang, malah bangunan termasuk rumah dan sekolah juga turut musnah mengakibatkan seramai 1,900 penduduk hilang tempat tinggal. Apa yang lebih menyedihkan, setakat laporan ini ditulis seramai 28 orang telah terkorban dalam bencana tersebut.
Tornado merupakan satu keadaan di mana berlakunya angin kencang yang berbahaya dan selalunya disertai dengan kejadian lajur berputar udara yang bersentuhan dengan permukaan bumi dan awan awan kumulonimbus atau sering dipanggil puting beliung atau siklon. Kebanyakan tornado mempunyai kelajuan angin kurang daripada 110 batu per jam (177 km/h), luas permukaan merentasi kira-kira 250 kaki (76 m) dan mampu bergerak beberapa kilometer sebelum hilang. Tornado paling ekstrim boleh mencapai kelajuan angin lebih daripada 300 mph (480 km/h), merentasi lebih daripada dua batu (3.2 km), dan berada di atas tanah dalam jarak berpuluh-puluh batu (lebih daripada 100 km).
Berikut adalah fakta ringkas berkenaan kejadian tornado di Indiana, Amerika Syarikat yang berlaku pada 2 Mac lepas:
- Pihak berkuasa menganggap Bandar Marysville, Indiana ‘hilang sepenuhnya’.
- Menyebabkan 28 terbunuh: 14 di Indiana, 12 kematian di Kentucky, dua di Ohio.
- Kemusnahan teruk rumah-rumah di seluruh Tennessee, Kentucky dan Alabama.
- Berlaku dua hari selepas kejadian ribut yang membunuh 13 orang di Barat Tengah dan Selatan.
- Mississippi, Ohio, Georgia dan Illinois juga mungkin berhadapan dengan cuaca buruk.
Baca laporan penuh di: Dailymail
Lagi gambar kesan kejadian puting beliung di Indiana, Amerika Syarikat.
Berikut pula adalah video yang sempat dirakamkan oleh penduduk sekitar semasa kejadian serangan puting beliung.
Credit: predatorylizard
Credit: STERAFiLMS
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



















{ 16 comments… read them below or add one }
Memang dahsyat kemusnahan yang diakibatkan oleh puting beliung itu..
tu lah.. banyak kerosakan yang berlaku
amerika tak sekuat manapun.. ada yang lebih berkuasa
itu memang pasti..
Selalu negara Amerika dilanda puting beliung.
mesti ada hikmah di sebalik kejadian tu
fuh..tornado ni..memang dahh jadi kebiasaan kat sana..janganlah sampai ke malaysia sudah la..
kalau sampai malaysia pun.. janganlah kuat sangat macam di US tu..
Kita patut bersyukur sebab Malaysia kena puting beliung yang kecil-kecilan je..
memang patut bersyukur..
subhanallah…memang selalu berlaku di negara Amerika sana…
puting beliung kali ni antara yg kuat, bas pun boleh terbang. skarang lebih ramai yg mati, dah cecah 40org.
dasyatnya kuasa Allah. dalap sekelip mata sahaja satu bandar hilang.
Itupun diorang tak sedar-sedar lagi. Masih lagi nak menindas rakyat negara lain.
sangat menyeramkan angin tornado,,,,,
menurutku kita liat kembali pada agama kita,
tuhan itu ada dan tak pernah tidur,,
Memang dasyat betul.