Home >> Nasional >> Kesultanan Melayu Melaka Diasaskan Pada Tahun 1262

Nampaknya catatan sejarah negara berkemungkinan akan berubah apabila dapatan hasil kajian sekumpulan penyelidik tempatan mendapati bahawa Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya diasaskan pada tahun 1262 dan bukannya 1400. Dapatan ini tentunya akan memeranjatkan banyak individu atau pihak bagaimanapun menurut Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim, pengerusi jawatankuasa berkenaan, keputusan itu adalah muktamad.

MELAKA – Penemuan terbaru sekumpulan sembilan penyelidik tempatan bahawa Kesultanan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1262 dan bukannya 1400 adalah muktamad serta akan dimaklumkan kepada kerajaan Pusat dalam masa terdekat.

Pengerusi jawatankuasa penyelidikan berkenaan, Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim berkata, hasil kajian yang diketuai oleh Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali itu juga akan didokumentasikan di Arkib Negara. Selain itu kata beliau, hasil keputusan tersebut akan dimasukkan ke dalam jurnal tempatan dan antarabangsa seberapa segera.

“Keputusan tersebut adalah muktamad dan akan dimaklumkan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam masa terdekat ini,” (Sumber: Kosmo online).

Saya terus mencari maklumat lanjut berkaitan Kesultanan Melayu Melaka melalui enjin carian sekadar untuk membuat perbandingan. Berikut adalah dapatan saya:

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka. (Sumber: Portal 51 Tahun Merdeka)

MELAKA: Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan Melaka mendapati kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278 dan bukannya pada 1400 sebagaimana diketahui umum selama ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata 1278 itu dipilih berdasarkan kepada Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang kerabat diraja Johor ketika itu yang ditugaskan menyalin naskhah itu, yang menjadi asas rujukan dan sumber oleh kumpulan penyelidik berkenaan.

“Jawatankuasa Penyelidik bersetuju Melaka bermula sebagai satu entiti politik yang dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka di alam Melayu pada 1278,” katanya. (Sumber: Arikib Berita Harian Online 17/4/2010)

Petikan yang kedua itu menyebabkan saya agak keliru sedikit sebab sebelum ini saya tidak mengikuti perkembangan/berita tentang penyelidikan tersebut. Harap jika ada sesiapa yang mengetahui maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut, boleh bincangkan di ruangan komen.

Apapun jika keputusan muktamad telah diambil (1262, berdasarkan berita terbaharu). Maknanya tarikh ini akan melibatkan perubahan penting dalam catatan sejarah negara kita.

Kata kunci artikel:

kesultanan melayu melaka, sejarah kesultanan melayu melaka, melaka 1262, kerajaan melayu melaka, jurnal sejarah melaka, prof yusoff hashim, kesultanan melayu melaka 1262, malacca 1262, kesultanan melayu melaka satu kajian, kesultanan melayu, satu kajian mengenai kesultanan melayu melaka, sejarah kesultanan melayu, sejarah melayu melaka, sejarah parameswara membina kesultanan melayu melaka, senarai kesultanan melayu melaka, senarai nama kesultanan melayu melaka, sumber kesultanan melayu melaka, perbandingan sejarah kesultanan melayu melaka berdasarkan pelbagai sumber, pemerintahan kesultanan melayu melaka, alam melayu melaka

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 20 comments… read them below or add one }

1 ain June 2, 2010 at 12:47 pm

ada jugak baca kat paper tadi….
.-= ain´s last blog ..Saksikan Lagenda Budak Setan Di Pawagam Esok!!! =-.

Reply

2 kulanz June 2, 2010 at 11:14 pm

aah, sebagai perkongsian juga

Reply

3 Mr.Bintang June 2, 2010 at 1:15 pm

uish.. mana satu betul nih? huuu~

Reply

4 kulanz June 2, 2010 at 11:15 pm

tak pasti lagi… kena tunggu pengisytiharan..

Reply

5 etomyam June 2, 2010 at 4:28 pm

wah..gitu pulak ceritanya…thanks bro info ni :D
.-= etomyam´s last blog ..Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong =-.

Reply

6 kulanz June 2, 2010 at 11:16 pm

sama-sama bro.. sebagai ingatan utk sendiri juga ni..

Reply

7 Syafrizal June 2, 2010 at 10:24 pm

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai undang-undang hudud..
kita plak tak nak amalkan hudud
.-= Syafrizal´s last blog ..Blogger Malaysia menantikan Wordpress 3.0 =-.

Reply

8 kulanz June 3, 2010 at 12:25 am

kalau hukum hudud ni dilaksanakan.. mungkin boleh kurangkan jenayah

Reply

9 jawatan kosong June 2, 2010 at 10:31 pm

masih belum jelas mana yang betul ni.. :(
.-= jawatan kosong´s last blog ..AMD Jobs Vacancies June 2010 Bayan Lepas Penang =-.

Reply

10 kulanz June 3, 2010 at 12:27 am

begitulah nampaknya.. kita tunggu pengumuman rasmi

Reply

11 Amir June 3, 2010 at 10:39 am

kalau betul tahun 1262, buku sejarah pun kena ubah. hehe. :D
.-= Amir´s last blog ..Jom Boikot Barangan Israel dan Yahudi =-.

Reply

12 kulanz June 3, 2010 at 10:50 pm

betul tu, banyak perubahan perlu dilakukan…

Reply

13 radzi June 3, 2010 at 10:57 am

Need more sound and grounded evidences to proof the date. Any brought over broken plates or some annals will not be concrete enough.

More hard evidences please….else this is another JOKE!

Reply

14 kulanz June 3, 2010 at 10:51 pm

memang jawatankuasa tu perlukan banyak bukti untuk sokong dapatan mereka.. apapun kita tunggu dan lihat.. sejarah boleh berubah..

Reply

15 suri June 3, 2010 at 3:54 pm

melaka bandar yang penuh degan sejarahnya yang tersendiri..

Reply

16 kulanz June 3, 2010 at 10:52 pm

menyimpan seribu sejarah yg terpendam..

Reply

17 nanajoe June 3, 2010 at 11:19 pm

hurm~~ nice info to share~ :)
.-= nanajoe´s last blog ..Hit Counter 10000 Blog Mijie =-.

Reply

18 mirahannan July 5, 2010 at 10:37 am

terkejut…
history actually is not absolute?
stil confused..
tapi saya sebagai pelajar universiti amat kagum dengan hasil kajian ini..
tahniah..

Reply

19 Hannah Sofea July 30, 2011 at 10:17 pm

wow !
bagus !
semua dah kemas kini

Reply

20 Tigris JACKSONi February 3, 2012 at 9:51 pm

RAJA ISKANDAR SHAH @ PARAMESWARA (Hindu) adalah sejarah ciptaan penjajah/yahudi/nasrani.

yang sebenarnya: SULTAN ISKANDAR SHAH (ISLAM) dari tanah ARAB.
keturunan yang terpilih. Doa yang dimakbulkan oleh ALLAH azzawajalla..

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: