Nampaknya ura-ura tentang penutupan Facebook pada bulan Mac nanti tidak melemahkan semangat pengguna daripada terus melayari laman sosial tersebut. Bukan sahaja setiap hari bilangan pengguna semakin bertambah, malah populariti Facebook baru-baru ini turut meningkat apabila ia dijadikan medium untuk mencetuskan revolusi di Mesir. Apapun, kita lupakan sejenak tentang populariti dan revolusi tersebut sebab bukan itu yang menjadi fokus utama.
Saya sekadar ingin berkongsi satu aplikasi berkaitan Facebook yang ringkas tetapi mungkin sangat berguna. Aplikasi online yang dinamakan ‘Who deleted me’ ini boleh digunakan untuk mengetahui siapa yang membuang atau memadamkan anda daripada senarai rakan di Facebook.
‘Who deleted me’ berupaya menyimpan jejak persahabatan anda di Facebook dan sekiranya ada sesuatu perubahan berlaku, aplikasi ini akan menghantar email kepada anda bagi memaklumkan perubahan tersebut. Perubahan yang dimaksudkan bukan sahaja jika rakan lain memadamkan anda dari senarai rakan mereka, tetapi juga jika anda telah memadam seseorang dari senarai rakan anda, ada penambahan rakan baru, atau jika rakan anda mengaktifkan semula akaun Facebook mereka. Semua rekod ini pula akan disimpan sejak kali pertama anda menggunakan aplikasi berkenaan.
Bagaimanapun kemudahan itu hanya akan diperoleh selepas anda login ke aplikasi tersebut menggunakan kebenaran Facebook. Jadi jika anda berminat untuk mencuba aplikasi ini, boleh lihat: Who deleted me
- Menambah kenalan atau rakan adalah perkara biasa yang dilakukan pengguna Facebook. Kadang-kala, sesetengah pengguna sangat mementingkan bilangan rakan Facebooknya untuk tujuan tertentu. Sebab itu ada yang cuba menambah seberapa banyak bilangan rakan. Dan bagi pengguna seperti itu, memang agak menyakitkan untuk mengetahui ada rakan telah memadamkan anda daripada senarai rakan mereka. Tetapi perlu diingat, mereka pasti punya alasan tersendiri berbuat demikian. Jadi jangan pula sampai bertengkar dengan kawan hanya semata-mata perkara tersebut.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 50 comments… read them below or add one }
menarik…
nk try la..
hehe
=P
boleh try
smart gak nama subdomain ni..hehe..who view me ade bro?leh tau stalker profile nanti :p
hehe.. kalau yang tu nak kena cari dulu..
owh.. berfungsi ke aplikasi nih? ingatkan spam jer..
mmg berfungsi pun.. aku dah cuba
hehhe dah try dah
tapi kalau frend sikit mmg perasan
Terkini : 700 Ribu Kondom Hilang
klau friends 20 orang je memang akan perasan
sistem dia sebenarnya boleh hantar email setiap kali perubahan berlaku.. jadi kira efektif juga aplikasi tu walaupun rakan facebook kita ramai..
ala.. dah deactivate facebook la pulak.. boleh jadi gaduh ni kalau tau member sendiri yg delete dari friend..
org dah delete.. sabar jerlah
aku tak kisah pun kalau kawan sendiri delete.. mungkin ada sesuatu yang mmg dia tak suka tu..
baru lepas mencuba.. kawan-kawanku masih setia
syukur tu bro.. kawan yang baik nampaknya tu
thanks nak try juga tengok siapa kawan-kawan yang remove aku hahahaa
haha.. boleh try tu bro
nak cuba.. rasanya ada kot yang remove nih.. biasalah tuh..
mmg selalunya begitulah.. mesti ada yg delete tu
Tentu ada yang sedih apabila mengetahui diri telah dibuat dari senarai FB. Sabar jer lah
mmg kena sabar je kalau dah macam tu
Salam..
Wah, siap blh check lg ek?
dulu pernah jgk buang beberapa org tak dikenali sbb ada org yg gatal nk chat.
Tp tak pernah buang rakan blogger dan kwn2 lama..
Salam,
mmg boleh check.. cuma aplikasi tu hanya akan rekod selepas 1st time kita guna.. maknanya kalau orang delete sebelum tu.. tak dapat kesan juga
Err.. memang menarik, cuma nak buat apa lepas tu agaknya?
Dia tak mahu nak kawan dgn kita, apakan daya
dia x nak kawan.. kita cari kawan lain
aplikasi yang memang bagus
cuma harap2 jangan ada yang bermasam muka pula
apa yang berlaku itu ada banyak sebabnya
harap2 macam tu lah..
setakat delete di facebook tu mmg perkara kecik saja
sangatlah menarik…tq…
mmg menarik
Salam webmast.. betul ke malaysia tak bagi kita surf fb lagi. biar betul bai? bengang gak aku. apa kes sebenarnya. bagi aku ok je. takde unsur2 jenayah atau ragut pun. memang jenis pendengki la.. hoho. kalau nak kata ramai orang bunuh diri pasal fb. dah tersurat lah dia mati pasal fb. apo la dorang ni.. kuno betul la.
Yang pasal delete orang dalam fb ni, mmg aku ada satu member. dia gila main poker zinga. kalau main tak de chip ratus juta, dia takkan main. pastu bila ada chip juta2, ada la orang nak ngecek. ape lagi, delete je la orang jenis ngecek ni. huhu.. sampai hilang member sbb disebabkan poker.. Tapi kalau app yg bro tunjuk ni.. cam twitter auto unfollow follower that not follow me ke? hehe.. best gak kalau guna ni..
Mehh.. belajar pakai sarung
Salam,
hari tu mmg ada cadangan nak halang penggunaan facebook di malaysia.. tapi ranya cadangan tu tak diterima.. sbb kalau kita guna dengan baik facebook ni.. mmg banyak juga manfaatnya tu..
menarik..
kalau dia delete add la balik..
kalau tak nak gak, menyepam la inbox tuh..hehe
kalau dia delete aku.. aku add semula.. kalau dia accepted, aku pula yang delete dia balik.. hahaha.. xda lah
Apakah rumor tersebut benar-benar benar atau hanya khabar angin … facebook telah mengagumkan bagi saya dan teman-temanku, kami merancang reuni akan, hanya kerana facebook … aku ingin percaya hanya rumor
suka hati la aku nak buang sesiapa pun.
betul tu, hahaha
Salam bro kulanz,
Sebenarnya betulke tidak facebook akan ditutup pada bulan tiga ni?
Salam,
rasanya tak tutup pun facebook tu..
Perghhh~ macam best jer.. nak try juga, sape yang da delete aku nie. haha
haha.. bolehlah try sekali..
terima kasih berkongsi bro… nak try la… aku pun nak delete yang tak pernah aktif..
elok juga tu bro try
masalah juga ni..aku ni tak selalu guna facebook.
siapa bakal buang aku ni..tolong jangan buat begitu.
kalau x selalu guna facebook.. tak kisah juga tu
elok jugak dia delete kita…at least list member yg kita ada tu adalah yg betul-betul ikhlas nak berkawan dan hormat antara satu sama lain.
betul juga tu..
aku pun tak kisah kalau orang delete dari facebook..
Zida suka gak delete orang. Tapi Zida akan delete pada siapa2 yang memang tak kenal langsung, yang hanya tahu menyebok dan setakat add tapi tak tegur baek takpayah. HUhuhhu~
mungkin belum tiba masa diorang nak bertegur tu.. nanti sampai masanya menegur juga tu..
sangat menarik
betul ke tuuhh… sye ade kwn yg di block cme sye check takde punn nme dia
kwn delete tuu bermaksud org block kite ke
?