Home >> Personal >> Ketsana

Ketsana

by kulanz on 28/09/2009 · 7 comments

Niat untuk menghadiri taklimat di Kota Kinabalu awal pagi ini terpaksa dilupakan apabila jalan keluar dari rumah yang setiap hari dilalui untuk ke jalan raya utama tidak dapat dilalui disebabkan pokok kelapa tumbang dan melintang di atas jalan berkenaan. Manakala jalan yang satu lagi memang sudah beberapa hari tidak dapat dilalui disebabkan kerja-kerja pembaikan jambatan sedang dilakukan. Syukurlah Ketua Jabatan saya yang turut sama menghadiri taklimat itu cukup memahami keadaan.

kelapa
sungai

Semua ini berlaku disebabkan angin bertiup kencang sekitar jam 11.00 malam semalam – 27 Sept 2009 (difahamkan kesan daripada taufan Ketsana yang melanda Negara Filipina). Cukup gerun dengan tiupan angin kencang sebegitu sebab secara kebetulan rumah kami terletak berhampiran pantai yang memang terdedah dengan tiupan angin. Syukur alhamdulillah, tiada kejadian buruk berlaku pada kami sekeluarga dan keluarga berdekatan. Namun ada juga beberapa kediaman dan bangunan awam di kampung berhampiran yang telah rosak kesan daripada tiupan angin berkenaan.

Disebabkan hari ini bermula sudah hari persekolahan/kerja, terpaksalah juga mencari jalan keluar untuk sampai di sekolah/tempat kerja. Tiada pilihan lain selain jalan kaki. Terpaksalah bawa anak-anak berjalan beberapa ratus meter sebelum dapat menaiki kenderaan lain di seberang jalan.

jalan2
jalan

Pengalaman berjalan kaki seperti ini memang biasa saya lalui sewaktu kecil dahulu. Berjalan beberapa kilometer sebelum sampai ke sekolah adalah perkara biasa bagi saya. Namun ini mungkin pengalaman baru bagi anak-anak. Mungkin sebab itulah anak-anak saya cukup merungut kerana terpaksa berjalan kaki. Selama ini mereka disuap dengan kesenangan dan keselesaan. Semasa ada orang menjaga mereka di rumah, mereka bangun lewat. Bangun-bangun sahaja terus menghadap televisyen. Sekarang ini saya hantar mereka di rumah kakak untuk dijaga. Anak yang belajar di pra sekolah dihantar hingga ke pagar sekolah menaiki kereta. Anak yang belum bersekolah pula, dari atas katil terus didukung ke dalam kereta. Sambung tidur di atas kerusi empuk Prado, MyVi dan kadang kala Iswara atau paling tidakpun, membonceng di atas Karisma. Begitulah rutin yang menjadi kebiasaan mereka. Tapi adakah mereka akan dapat merasai kesemua itu buat selama-lamanya?

Bagi saya, suatu pengalaman atau peristiwa yang saya lalui, jika tidak diambil ikhtibar, maka ia akan menjadi satu kerugian. Maka sesungguhnya tempias Ketsana telah memberikan kesedaran kepada saya. Mungkin ada baiknya anak-anak tidak disogok dengan kesenangan yang melampau supaya mereka tidak terbiasa Mudah-mudahan hari esok akan menjadi lebih baik daripada hari ini.

Mungkin ada baiknya saya simpan sedikit kesenangan itu untuk masa hadapan mereka.

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 7 comments… read them below or add one }

1 Kulanz Salleh September 28, 2009 at 11:45 am

perasaan pun nda tenang ari ni.. kurang sihat mungkin sbb kena hujan semalam

Reply

2 Nurain September 28, 2009 at 3:29 pm

Boleh-boleh jugalah jalan kaki.. bnyk betul dibawa :)

Reply

3 lintagu September 29, 2009 at 5:45 pm

hehehe..Ain, nampak macam sesi lawatan n ziarah pula..siap dengan kertas2 untuk buat catatan lg tu.. tapi kesian si kecik…heee..Tak palah, ada pengalamn juga anak2…tapi paling menarik view laut tu bah…

Reply

4 Kulanz Salleh September 30, 2009 at 5:56 am

hehehe… itulah.. macam lawatan tapak projek pula.. tapi betul juga… pengalaman mcm ni sekurang-kurangnya bagi pengalaman utk anak-anak

Reply

5 kulanz October 26, 2009 at 1:19 am

perasaan pun nda tenang ari ni.. kurang sihat mungkin sbb kena hujan semalam

Reply

6 kulanz October 26, 2009 at 1:19 am

hehehe… itulah.. macam lawatan tapak projek pula.. tapi betul juga… pengalaman mcm ni sekurang-kurangnya bagi pengalaman utk anak-anak

Reply

7 Nurain October 26, 2009 at 1:21 am

Boleh-boleh jugalah jalan kaki.. bnyk betul dibawa :)

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: