Salam semua, kali ni baru ada kesempatan menulis semula di blog ni. Rupanya sudah lebih seminggu blog terbiar. Jarang juga meninggalkan blog lama-lama. Ni lah first time terpaksa melupakan blog dalam jangkamasa yang lama disebabkan kesibukan yang berlarutan (alasan paling skema, hehe).
Kali ni saja nak kongsikan penyebab dan kisah selama seminggu tak dapat menumpukan pada blog. Harap perkongsian ni dapat menjawab misteri kehilangan tuan blog dan blog yang ditinggalkan bersawang.
21 April 2010
Masa tu saya berada di ibu kota atas urusan kerja. Awal pagi tu saya sempat menulis entri berkenaan Infoblast dan singgah di beberapa blog yang memang saya selalu jenguk.
22 April 2010
Menyiapkan beberapa kerja pejabat yang perlu diselesaikan segera. Memang betul-betul padat jadual kerja. Tak sempat menghadap blog.
23 April 2010
Menyiapkan website pejabat berasaskan Joomla. Saya peruntukkan masa selama 1 minggu untuk menyiapkan semua sekali, termasuk isi kandungan. Puas juga bergelut dengan Joomla ni. Maklumlah sayapun bukannya pakar benda tu.
25 April 2010
Mengambil kesempatan menghadap blog sekejap. Tapi baru sempat pos 1 respon, blog dah bermasalah. Banyak kali saya cuba tulis komen/respon, tapi tiada komen yang muncul melainkan nama saya telah bertukar jadi anonymous. Hilang mood membalas komen dan sambung lagi menghadap website yang tak siap lagi.
27 April 2010
Baru 4 hari saya bangunkan website tu, sudah ada orang rosakkan (defaced). Saya tak pasti apa puncanya. Nak kata website tu popular memang sangat mustahil sebab domain yang saya gunakan tu baru berusia 4 hari masa tu dan belum pun tersenarai dalam search engine. Tapi saya fikir mungkin ada orang yang suruh sebab dia marah iklan Viagra yang diposnya di ruangan forum telah saya padamkan.
Nasib baik hacker tu sekadar kacau fail index.php. Jadi tiada masalah untuk saya pulihkan fail tu dan fix-kan semula website. Tapi malangnya saya tak sempat baiki sekuriti, lagipun memang tak pakar sangat. Jadi pada malamnya sekali lagi orang yang sama rosakkan semula website tu. Memang geram sangat-sangat.
Tapi nak buat macam mana lagi. Dah tabiat diorang macam tu. Cuma tu lah, kalau nak buat iklanpun, buatlah di website yang popular, ni buat iklan di website yang baru 4 hari buat apa? Yang si hacker tu pun, kalau rasa diri tu pakar, buat apa nak deface website yang yang tak siap lagi? Try-lah deface website google atau NASA, barulah boleh bangga! Tapi yang best tu, awal-awal lagi website kami tu dah ada backlink daripada website komuniti hacker tu, sebab semua website yang Berjaya di-defaced oleh komuniti diorang tu akan disenaraikan untuk show-off.
28 April 2010
Sekali lagi saya harus menghadiri mesyuarat di ibu kota. Memang penat dan tak cukup tidur. Tapi disebabkan tugas rasmi kena juga dibuat, maka terpaksalah juga tinggalkan sekejap website yang tengah dibangunkan tu dan blog ni juga.
29 April 2010
Pagi baru saya sempat menghadap website saya tu. Syukurlah hari ni tiada lagi gangguan berlaku. Saya akui memang tak tahu sangat pasal Joomla ni. Kalau ada rakan-rakan yang ada info atau tahu sedikit-sebanyak cara baiki sekuriti website Joomla, mohon dapat dikongsikan. Memang nak belajar banyak pasal Joomla tu.
Sekarang ni website tu dah lebih kurang 70% siap. Tinggal kemaskini kandungan saja lagi. Yang tu kawan-kawan lain boleh tolong update. Jadi lepas ni bolehlah menghadap semula blog dan membersihkan sawang yang dah semakin serabut..
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.




{ 29 comments… read them below or add one }
wahh bz sakan tu bro,tapi tak pe la,kerja kene utamakan dulu ye tak
.-= wazy´s last blog ..Event GEGARAN!! =-.
memang busy sangat bro, susah nak bahagi badan ni..
hehehe..bz..bz…huhu..kije lbh penting..nak sara keluarga macam ni ah..mkn bini ank kne tanggung..huhu
.-= apiih´s last blog ..Contest Review Blog Zon Bebas =-.
Biasalah tu bro, kalau banyak tanggungjawab memang susah sikut nak bahagikan masa.. apapun, yang penting perhatian terhadap keluarga tu tak berkurang…
semoga semua urusan berjalan lancar bro!!
Harap-harap kerja selesai cepat.. bolehlah menghadap blog..
salam lanz..semoga sume nya dapat diselesaikan dgn baik..cikmin takde pengalaman dgn joomla..
salam cikmin, moga dipermudahkan semua..
Boleh juga tu nanti berkenalan dengan Joomla lepas ni..
patut lah lama tak berupdate..tertunggu-tunggu kawan2 ni…menarik tu gunakan joomla, dulu ada jugak cuba dan download manual yang tebal tu, konon nak baca tapi stop setengah jalan je hehehe. Semoga usaha bro berjaya selepas ni
.-= etomyam´s last blog ..Sekitar Majlis Makan Sempena Habis Exam =-.
memang agak sibuk juga melayan Joomla tu bro..
tapi seronok juga Joomla ni, tak banyak beza dengan wordpress..
byk tul kes2 manusia dengki ek.. xpe xpe sabar…
welcome back!!! hehehe,, aritu kita ada gak tlg sapu sawang, tp labah2 ni mmg degil!~ hehehe
.-= arieza´s last blog ..::: Perempuan Gila =-.
betul tu, tak tahu kenapa ada saja manusia macam tu..
thanks juga sebab selalu jenguk blog ni masa tuannya xda..
agak smart la blog bersawang tu.. kalau ada plugin yg boleh wat blog kite bersawang ok gak kan? hehehe..
aku pun dah lama x update.. 2 minggu lebih dah.. bw pun da jarang.. huuu~
hehe, betul tu bagus juga kalau ada plugin yang boleh buat blog bersawang.. automatik pelawat tahu yang tuan rumah tak menghadap blognya
Akhirnya muncul kembali
.-= imran´s last blog ..Cara memasukkan ayat Quran ke dalam Microsoft Power Point =-.
kehilangan yang tak dicari-cari.. hehe
blogging ni hobi kan jadi bila ada keperluan lain yg lebih perlu maka yg perlu perlu diutamakan tapi kalau kita pandai main keywords pasti ada je yg melawat blog kita dari google atau yahoo walaupun kita busy.
.-= denaihati´s last blog ..Aminulrasyid Amzah pergi dalam misteri – Al-Fatihah =-.
Betul tu,
kalau ada kerja lain yang lagi penting, blog terpaksa juga ditinggalkan
erm patutla nampak sawang.. tuh..hehe..
Gambar menceritakan banyak perkara bro, hehe
salam… senang lah boleh lanjut blogging..
.-= jawatan kosong´s last blog ..THE BANK OF NOVA SCOTIA RELATIONSHIP MANAGER VACANCY =-.
Salam, ada kelapangan memang boleh blogging juga
patutla lama x update…. hehe.
.-= Amir´s last blog ..2 Pengulas Tegar Bakal Menerima Hadiah Istimewa Dari Australia =-.
aah, tu pasallah bro..
harap-harap kalau dah selesai nanti kerja utama tu, blog ni taklah tertinggal terus
bro, bleh x nk mtk tlg wt template aku? kira repair cam cikmin. ak nye template xmesra seo. nt bro kasi ym la. aie email..
.-= darkbatman´s last blog ..Jom balik Kampung..!! =-.
boleh tu bro, xda masalah..
ada masa free nanti boleh juga tu adjust blog bro tu..
ok lah tu..dah dapat berblog dah skrg ni kan..
selamat menulis bro and selamat membaca utk aku..
.-= Azizuan´s last blog ..Ukur Populariti Blog Dengan Popuri =-.
sabar ye bro..mungkin ada hikmah disebalik kejadian..semoga blog kita semua tidak menjadi mangsa untuk kali kedua:)
farah recently posted..Lulus Juga Aku