Saya memang sukakan contest SEO Hidup Seorang Blogger. Bukan semata-mata kerana contest ini menawarkan hadiah lumayan, tetapi ia punya kisah tersendiri. Satu sebab yang penting ialah contest seperti ini sebenarnya memberikan impak yang besar kepada blog kita. Bagaimana impak yang dimaksudkan? Kalau nak tahu, kenalah baca sampai habis.
Bagi yang pertama kali datang ke blog ini dan membaca entri bertajuk KISAH HIDUP SEORANG BLOGGER ni, harap faham yang entri ini ditulis berdasarkan SEO Contest anjuran denaihati.com. Untuk memenangi contest tu, entri ni perlu berada pada kedudukan TOP 10 enjin carian google.com. Jika sudi, rakan-rakan boleh berkongsi link/URL entri ini di media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan laman ping yang lain.
Pada saya SEO Contest Hidup Seorang Blogger memang banyak cabaran. Persainganpun sengit. Tidak kurang juga pahit manisnya. Pahit tu terasa setiap kali saya buat trial untuk tujuan optimasi atau apa-apa perubahan pada skrip tertentu, mesti ada saja error akan muncul. Perubahan tu pun kadang-kala boleh menjahamkan blog sendiri. Tapi yang manisnya, semasa menyertai contest saya dapat melakukan sesuatu perkara yang sebelum ini menjadi senarai ketakutan saya sendiri. Takut melakukan kesalahan, takut melakukan perubahan, takut mencuba, takut kalah dan takut meminta bantuan. Itulah sebenarnya pengalaman yang berharga kepada seorang blogger. Belajar daripada kesalahan diri sendiri lebih besar maknanya dalam hidup berbanding hanya belajar daripada kesalahan orang lain. Tak gitu?
Tambahan pula, sudah agak lama menyepi daripada melakukan optimasi terhadap SEO blog sejak berakhirnya contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Masa itu banyak juga dilakukan terhadap optimasi blog. Walaupun gagal memenangi sebarang hadiah pada contest berkenaan tapi ianya telah memberikan impak cukup besar terhadap blog ni. Antaranya, termasuklah Percent of Search Traffic, Search Queries, Impressions dan paling penting perubahan pada Google Page Rank blog disebabkan backlink. Inilah impak yang saya maksudkan awal-awal tadi. Saya mengharapkan contest SEO Hidup Seorang Blogger juga dapat memberikan impak yang sama untuk kulanzsalleh.com terutamanya dari segi backlink. Kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana backlink sangat penting kepada page rank, boleh rujuk entri Bagaimana Back link Dikira untuk Google Page Rank dan SEO.
Jadi, itulah juga sebenarnya sebahagian daripada harapan saya dalam contest kali ni. Harapan ini jugalah yang menjadikan saya sangat sukakan Hidup sebagai Seorang Blogger.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 77 comments… read them below or add one }
Gud luck bro…semoga bertambah rezeki
thanks bro..
ada harapan blog bro..hihi
Ha.. blog kau pun ada harapan tu geng.. mainan keyword tu power.. hehe
Nice lah bro.. good luck bro.. dah slow2 naik tu.. bagus2..
hehe, pelan-pelan kayuh, entri aku ada di page 6 google tu.. jauh
Nnti esok2 duk page depan lah tu..
6?huu..aku punya jauh ketinggalan bro..hehe
tak pe bro.. ada 4 minggu lagi.. sempat tu..
6 tu kedudukan semalam, sekarang ni makin mencorot, hehe
semoga berjaya lanz..
p/s tak sihat pulak malam ni..kepala asik pening mahu pitam..
terima kasih cikmin..
kesiannya, harap2 cepat sembuh..
makanlah ubat supaya cepat sembuh wahai cikmin
setuju..
Kak min terlampau mencari resepi tu sampai fening kepala ni.. hehe
good luck bro untuk contest ni
gudluck untuk bro wazy juga..
Good Luck untuk Bro..
thanks bro..
bah..ngam lah tu support dia ging… nanti dia belanja makan
Siapa belanja makan? kalau kau dekat la Donny, sana penang.. saya ni punya jauh ni.. mau naik kapal lagi.. hehe
tunggu balik marudu lah baru kena belanja makan, hehe
Mau makan tu jagung bakar ditepi jalan tu.. hehe
persaingan memang sengit nie… semoga berjaya bro…
sengit yang tersengit zik..hihi
Semua peserta ada dekat sini jer ni.. saya jadi pemerhati digarisan penamat la.. hehe
kedudukan blog bro untuk keyword tu boleh tahan.. bro dah sampai garis penamat, kami ni ntah bila sampai
Cheh.. saya check tak pun dekat kedudukan yang bagus keyword tu.. macam page kebelakang jer tu.. atau salah masukkan keyword ni.. haha
firasat saya mengatakan blog ni ada harapan untuk muncul di posisi yang baik dalam carian google utk contest ni..insya Allah
ni dah boleh jadi pawang. siap ade firasat ni muahahahahaha
pawang?haha pawang pak tomyam pulak daa…hahaha
Tak nak minta bantuan dari Sotong Paul tu ker? hehe
thank bro etomyam.. kena yakin tu.. )
Ah! Sebut pasal optimisasi, blog aku belum betul2 optimize lagi.
Harap-harap sempat optimize nanti
Selamat berjaya!
sempat lagi buat tu bro..
selamat berjaya untuk bro juga
berblog dpt jalinkan hubungan..tu yg best..hehe
kalah menang belakang kira kan bro..
betul tu bro..
@Azizan444, betul tu bro.. itulah antara kelebihan yang kita dapat dalam blogging ni
aku harap bila semua ni selesai dan dah ada pemenang, akan ada pula nanti penjelasan dari kawan2 blogger, kenapa blog yang menang tu boleh berada dalam senarai terbaik enjin carian google
…nanti akan menjadi satu panduan untuk semua
setuju sangat.. dan harap-harap macam tu lah..
sebab kita bukan sekadar nak menang hadiah, kena juga berkongsi pengalaman dalam blogging..
mengeratkan siraturrahim…
insyaAllah, moga silaturrahim terjalin erat
aku harap sangat kulanzsalleh.com akan jadi pemenang contest ni…
hehe, harap-harap bro, kena yakin walaupun sekarang ni blog aku dah jauh ke belakang
yes bro. pahit manis tulis contest ni pun termasuk kisah hidup seorang blogger. bukan senang nak main seo. hah. goodluck bro!
betul, susah juga seo ni..
gudluck untuk bro juga
Salam….
Bagus entry ni.
Gud luck….
Walaupun harapan tipis utk blogspot, digagahi jgk. Moga2 ada perubahan pada PR. Ada tak PR blogspot lebih dari PR3?
Blogspot lagilah peluang baik.. kan tu google punya…
memang ada juga blogspot yang PR tinggi, lebih daripada 3
wah, contest lagi… good luck yer bro….
lazaac masih segan silu nak ikut mana2 contest..
thanks bro,
ada kesempatan join je contest bro.. bagus juga ni
persaingannya boleh tahan gak,blog hebat2 sume,kalau ada rezeki insyaaalah boleh menang bro..semoga berjaya..:)
gudluck bro Kulanz, kali nih mungkin rezeki bro kulanz rasanya , sebab masa SEO contest HBUG, pun bro mantap juga, time tu bro baru jer beli hosting, skrg dah PR4, insyaAllah rezeki bro nih..
gud luck bro..semakin sengit kontest nih..huhuhu
Salam.
kalau menang belanja saya kepc aaah….
Hehehehe…. Good luck.
Good luck bro.
Mungkin lepas ini patut diadakan contest gaya hidup seorang blogger yang memang contest =P
ops *menang =P
pulak da…
good luck bro….ada can menang ni..menang nanti blela blanje ketupat sotong(terliur tgk gambar di cikmin)
thanks bro..
ketupat sotong cikmin memang sedap..
hidup blog bro!
haha.. macam mau mengundi pulak tu
semoga usaha yang dikumpul dan pengalaman yang ada sebelum ni akan dapat melayakan sahabt utk mjadi top 10. Amin
moga-moga.. kena rajin berusaha lagi ni
semoga berjaya bro..
mana tau nak jadi rezeki kali ni kan..
mudah-mudahan..
thanks bro
fuhh hebat betul bro..jika ditaip dekat google keyword KISAH HIDUP SEORANG BLOGGER entri ni menduduki tempat ke 3 pada page depan .fullamak ni mesti ada peluang menang ni
hehe.. kalau guna keyword KISAH HIDUP SEORANG BLOGGER memang entri naik.. tapi kalau guna keywords HIDUP SEORANG BLOGGER, entri ni tak dapat dikesan
wah.. dah terbongkar satu taktik..
Good luck utk bro.. sama2 bersaing secara sihat..
hehe..
good luck untuk bro juga..
chaiyok2 bro.. goodluck ye.. kalau menang, jgn lupa org di sini. haha.. gurau je.. red g check td.. blog ni berada pd page ke-3.. gogo lanz
thanks bro,
yang duduk page 3 tu blog je bro, entri duduk page 9 tak silap.. apapun masih ada masa untuk berubah tu
salam bro..aku setuju dgn pendapat ko..mmg bnyak cabaran dan banyak benda yang boleh belajar bila menjoinkan diri dalam contest² yg macam ni..aku harap dengan pertandingan mcm ni makin ramai blogger yg mahir dalam seo..aku pun tengah belajar lg..tapi sekarang tengah malas plak..sibuk dengan dunia game online..haha
GUDLUCK BRO..
tengah sibuk layan game rupanya.. patutlah bro lama tak aktif blog..
betul bro, aku suka contest ni sebab masa ni kita dapat belajar banyak perkara baru.. good luck untuk bro juga
bro, dtg curi gmbr bleh??
bole bro, utk kebaikn xda masalah..
People generally have this notion that loosing weight through just diet pill will be easy, but that’s not so. Diet pill works well if a person consumes low-fat diet and has a habit of working out regularly. Simply popping diet pill and waiting for miracle to happen within weeks or months will only give you pain. Loosing weight is slow process that requires time and commitment, but then you really feel proud about yourself when you see yourself in the mirror and say, “Is this me.”