Home >> Semasa >> Kisah Pengantin, Gula dan Batu Nesan

Di rumah, kadang isteri saya bising (membebel sayang) kalau saya minta buat kopi tengah malam. Katanya jangan terlalu minum yang manis, nanti tak sihat. Lagipun susah nak dapatkan gula sekarang ni. Paling banyak boleh beli 2 kilo.

Di pejabat saya, gula kadang-kala turut jadi topik perbincangan. Semasa minum misalnya, ada rakan yang minta minuman lebih manis, ada yang kurang manis. Yang nak gula lebih tu bagi alasan agar lebih manis dalam senyuman. Yang nak kurang manis pula bagi alasan untuk jaga kesihatan.

Di negara kita, isu gula belum habis dibincangkan. Saban hari boleh baca atau dengar berita pasal gula. Pemborong sorok gula, negeri itu kurang gula, peniaga kena ambil lesen untuk jual gula dan tycoon gula orang paling kaya di Malaysia. Banyak betul kisah gula.

Mungkin sebab itu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) berusaha mengambil langkah untuk mengatasi kekurangan gula kepada mereka yang memerlukan. Unik sungguh cara ini dan mungkin patut dipuji kerana ia adalah satu usaha.

KUALA TERENGGANU – Khabar gembira buat semua pasangan di negeri ini yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi sukar mendapatkan bekalan gula dalam jumlah yang banyak.

Ini kerana, mereka hanya perlu menunjukkan kad jemputan perkahwinan sebelum boleh membeli keperluan tersebut di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri.

Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun berkata, kad jemputan itu penting bagi memudahkan pihaknya mengagih-agihkan bekalan gula mengikut keperluan majlis.

“Kita tahu, ramai pasangan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini dan sebab itu kita sedia bertolak-ansur untuk mengagihkan bekalan gula kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. (Sumber: Kosmo Online)

Tengok tu, kan bagus kalau ada kad jemputan kahwin. Senang nak dapatkan gula.

Terus saya terfikir. Bagaimana pula dengan kami di kampung ni yang juga sukar untuk dapatkan gula dalam kuantiti yang banyak. Minta lebih, peniaga takkan bagi. Alasannya, itulah had yang dibenarkan. Yang merisaukan, 16 Jun nanti keluarga saya nak buat majlis tahlil untuk arwah ibu. Kalau ada majlis perlu juga guna banyak gula untuk sediakan hidangan kepada tetamu. Persoalannya, perlukah saya bawa batu nesan untuk dapatkan gula?

Kata kunci artikel:

dimana ada gula disitu ada semut, isu sorok gula

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 23 comments… read them below or add one }

1 salju June 4, 2010 at 2:23 am

sungguh perihati kerajaan negeri terengganu terhadap penggunaan gula rakyat nya..
.-= salju´s last blog ..Kelebihan-Kelebihan Hari Jumaat =-.

Reply

2 kulanz June 4, 2010 at 8:48 pm

Memang perihatin, sekurang-kurangnya rakyat di negeri tu ada alternatif lain untuk dapatkan gula

Reply

3 jawatan kosong June 4, 2010 at 9:51 pm

ya gula memang sudah jadi kebutuhan semua manusia.
.-= jawatan kosong´s last blog ..AMD Jobs Vacancies June 2010 Bayan Lepas Penang =-.

Reply

4 Fara June 4, 2010 at 9:20 am

a’a kan…xkan kene bawak batu nesan plak. buat surat la kat kerajaan negeri sabah mntk gula mcm terengganu buat. jgn lupe bg skali salinan keratan psal citer gula tu. kat sini senang plak nk beli gula. 4kg pun dpt.
.-= Fara´s last blog ..A Rotten Apple. =-.

Reply

5 kulanz June 4, 2010 at 8:55 pm

x tau la pula kalau boleh dapatkan surat dr kerajaan negeri.. sebab xda bukti nak buat majlis..
sbb tu cadang nak bawa batu nesan utk bukti… :D

Reply

6 marki June 4, 2010 at 10:52 am

ramailah buat kad kawen palsu nnt..haha
.-= marki´s last blog ..Apabila Isu serangan Israel di Politikkan =-.

Reply

7 kulanz June 4, 2010 at 8:56 pm

betul tu.. kad kahwin bukannya susah nak buat pun..

Reply

8 Iza June 4, 2010 at 11:57 am

Salam….
saya x guna byk gula. Bulan lepas umah saya memang kehabisan gula. Perlu sgt2 utk masakan. 6 buah kedai saya cari tapi dikatakan gula habis. bila balik perlis (ladang tebu), saya beli byk2. tp skrg ni, gula 1kg pun belum habis digunakan….sbb minum air milo, x pyh letak gula…..
.-= Iza´s last blog ..Awas!!! Ancaman Virus. =-.

Reply

9 kulanz June 4, 2010 at 8:57 pm

kami pun tak banyak sangat guna gula.. tapi kalau nak buat majlis perlu juga dalam kuantiti yg banyak..

Reply

10 tehr June 4, 2010 at 2:25 pm

salam

saya masih panas dengan gula walau pun sedang minum teh 0 ais. selalu sahaja penyelesaian jangka pendek kurang cerdik diambil oleh pemimpin yang kita sayang ini.

…mungkin kulanz boleh tukar batu nesan tu dengan gula – untung juga sebab batu nesan tu berat!
.-= tehr´s last blog ..Kenderaan, Israel Dan Amerika =-.

Reply

11 kulanz June 4, 2010 at 9:02 pm

kadang penyelesaian jangka pendek ni sesuai utk keadaan tertentu je… yang lain tak praktikal..
pasal tu terfikir plk nak tunjukkn batu nesan, sebagai bukti kami nak buat majlis kenduri..

Reply

12 cikmin June 4, 2010 at 3:14 pm

alahai..kesiannya..kalau dekat dengan cikmin..tak perlu la lanz bawak batu nesan..boleh jak poskan gula..
.-= cikmin´s last blog ..Batik Sarong Online Giveaway =-.

Reply

13 kulanz June 4, 2010 at 9:02 pm

haha.. nanti cikmin poskan gula.. kena tangkap plk pengirim dan penerima.. sbb diorang anggap seludup..

Reply

14 cikmin June 5, 2010 at 12:14 am

ekekek..terlupa pulak ada akta untuk itu :P jadi bagaimana solution nya lanz?
.-= cikmin´s last blog ..Batik Sarong Online Giveaway =-.

Reply

15 kulanz June 5, 2010 at 2:44 am

tak taulah… tpaksa jugalah ni ikhtiar mencari sekeliling.. kalau 10 orang beli.. seorang dpt 2 kilo, kira dah memadai tu..

Reply

16 suri June 4, 2010 at 3:46 pm

kami ada simpan stok gula mmg sllu bli brg dpru lbh skt sb takut kadaan tdesak..

tapi mak mertua nak sb nak buat dodol..pastu jual kt org kg. adeh..ingatkan nak buat minum..pakai seharian tapi nak buat dodol..huhu..

Reply

17 kulanz June 4, 2010 at 9:06 pm

best tu ada stok gula..
kami sini kadang tu stok juga.. tapi cukup2 utk keperluan sendiri.. kalau nak buat kenduri mmg tak cukup..

tu buat dodol tu banyak gula tu pakai.. boleh habis stok, hehe

Reply

18 jawatan kosong June 4, 2010 at 9:44 pm

Saat ni memang lebih baik guna gula sedikit saja.. selain jaga kesehatan juga boleh hemat :)
.-= jawatan kosong´s last blog ..AMD Jobs Vacancies June 2010 Bayan Lepas Penang =-.

Reply

19 kulanz June 5, 2010 at 2:41 am

untuk kegunaan harian memang sedikit.. tapi kalau nak sediakan makanan dalam kuantiti banyak, perlu juga gula yang banyak kan.. :)

Reply

20 sinagarimba June 4, 2010 at 10:46 pm

dekat tempat saya, gombak, kl dah dekat 2 minggu susah nak dapat gula.heran juga. 2 tiga hari lepas dapat juga sekilo. Kedai mamak.
katanya untuk costumer tetap jer. tapi time nak bagi tu, alahai
melilau mata macam jual air daun ketum. takut orang lain nampak. hampeh

Reply

21 kulanz June 5, 2010 at 2:42 am

kl pun susah juga cari gula rupanya…
tapi seolah-olah terbayang plk keadaan mamak tu melilau tengok sekeliling.. hehe

Reply

22 zik June 5, 2010 at 11:36 am

masalah gula nie macam kritikal je nie…melihat komen2 dari atas sampai bawah… kerajaan tak boleh ambil enteng…
.-= zik´s last blog ..Piala Dunia tanpa Drogba, Ferdinand =-.

Reply

23 Amir June 5, 2010 at 9:00 pm

kurangkan guna gula. saya pun x suka minum air manis2 ni… lagipun xnak tua2 nanti ada kencing manis. :D
.-= Amir´s last blog ..Kenapa Kita Peduli Tentang Palestin? =-.

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: