Home >> Personal >> Kita Bukan Siapa-siapa

Kita Bukan Siapa-siapa

by kulanz on 17/07/2009 · 1 comment

Sama ada sedar atau tidak, adakalanya kita terlalu asyik bercerita tentang diri sendiri sehingga kita terlupa bahawa yang orang lain juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama. Kita asyik meluahkan perasaan suka dan gembira, kecewa dan ketakutan, harapan dan impian. Kita tuntut orang lain mendengar bicara dan luahan hati kita, tetapi tidak memberi peluang kepada orang lain untuk berbuat demikian.

Tidak cukup dengan itu, kita tambah pula dengan sikap suka mengarah. Perkara yang kecilpun kita suruh orang lain lakukannya. Tetapi pantang pula bagi kita apabila ada orang lain yang mengarah. Kita jarang sekali memberi pertolongan, tetapi suka menggunakan kudrat orang lain. Sikap sebegini dalam satu jangka masa pendek memang memberikan banyak kelebihan kepada kita. Untung kalau ada “kelebihan” seperti itu. Tidak perlulah kita banyak bergerak. Tidak perlu melakukan kerja-kerja berat. Semuanya boleh kita suruh orang lain melakukannya.

Namun keadaan itu tidak akan berkekalan lama. Orang akan sedar sikap kita. Mulalah mereka melarikan diri. Jangankan nampak batang hidung kita, baru dengar namapun orang lain sudah cabut lari. Bersembunyi daripada bayang-bayang kita. Maka jadilah kita seperti tukul yang hanya digunakan untuk menukul pahat atau paku. Tanpa kegunaan ini, maka kita bukan siapa-siapa. Kata orang, tiada maknanya.

Sama-samalah kita muhasabah diri…

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 1 comment… read it below or add one }

1 ray ban August 8, 2010 at 8:07 pm

selalu muhasabahkan diri
ray ban recently posted..Size guideMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: