Dalam Majlis Pecah Tanah pada 30 Ogos lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dah pun umumkan yang nama rasmi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru ialah KLIA2 (Kuala Lumpur International Airport 2). Bagimanapun, ada juga ahli/parti politik lain yang tidak bersetuju dengan penggunaan nama KLIA2 tu. Ahli/parti politik yang dimaksudkan mahu kerajaan persekutuan menamakan LCCT yang baru sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Tunku Abdul Rahman (TARIA).
Alasan mereka, penggunaan nama TARIA adalah untuk memastikan nama Tunku kekal sebagai lagenda bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat antarabangsa.
Pada pandangan saya, cadangan penggunaan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Tunku Abdul Rahman (TARIA) tu pun kira bersesuaian juga jika nama tu belum digunakan di mana-mana lapangan terbang atau bangunan yang serupa. Tambahan pula, nama TARIA boleh dikatakan unik juga jika dibandingkan dengan KLIA2. Apapun, terpulanglah kepada kebijaksanaan kerajaan, kan?
Jadi sebagai rakyat Malaysia, apa pandangan anda tentang pemilihan nama ni. Adakah KLIA2 harus dikekalkan atau TARIA lebih bersesuaian? Atau ada cadangan nama lain?



{ 16 comments… read them below or add one }
TARIA tun dah kira ok, tapi kalau diakronimkan ia menjadi sia2 sahaja. KLIA2 dah macam PS2 plak.
betul juga tu.. kalau dah biasa sebut TARIA, tak teringat juga nama tun..
Unik nama TARIA tu
Saya sokong TARIA… nampak unik.. *macam tari tirana pula * hehe
mrnamie recently posted..Sedikit nasihat bagi kepada yang balik kampung
TARIA lebih sedap didengar..
orang tak keliru..
KLIA 1 ke KLIA 2….
syahrilhafiz recently posted..Backtrack Di Genggamanku
kalau dah banyak bangunan, jalan, monumen etc guna nama TAR, mungkin boleh je guna KLIA2

etomyam recently posted..Rombakan Kursus Pegawai Tadbir Diplomatik PTD
aku suka TARIA
macam sedap je nak sebut
tehr recently posted..Joget Salah Langkah
aku setuju pahatkan nama yang pertama (ceh hokage pertama lak)…pakai akronym cam tak cun lak…
TARIA..ok je dengar. Setuju kalau guna pakai nama ni
dedoku recently posted..Fungsi Baru Priority Inbox Dalam Gmail
betul tu, nama TARIA lebih sedap didengar daripada KLIA2..
jawatan kosong recently posted..The Royale Bintang Kuala Lumpur Jobs as Hotel Trainees
kira ok tari tu bro nama yang cantik dan bermakna
ishak recently posted..Happy birthday ishak hasimi
taria lagi simple..huhu…klia2 cm pnjg je nak sebut…
fitri recently posted..FreeOurMind Is Back!
best juga nama taria ni… tapi jangan ada yang komplen akan jadi nama lain pulak nanti tai*la… ish jangan ya…
entahla… mana2 ia memberi nama yang imbolik kepada negara… untuk memperingati jasa pemimpin yang terdahulu…
zik recently posted..HIDUP SEORANG BLOGGER edisi penutup
sokong penggunaan TARIA…at least ade nama yang unik sket
sunglasses recently posted..Used ray ban
TARIA???
mcm tarian pun ader..
cukuplah namer KLIA 2 or carilah namer lain…
buat jer sepang airport ker…
cukuplah kat muker duit muker tunku…
semua namer tunku..putrajaya pun namer dia…
bukan x suker, mmg kiter thank for his contribution…
tp aku org swak, xda tunku pun kitorg blh hidup…
lar duit utk aport br ni pun dr swak gak…
nak lepak namer depa lah pulak…