Klip Video Malaikat Turun Kaabah Karut!

malaikat-turun-kaabahSebelum ni saya memang dah membaca perihal video yang kononnya itu adalah rakaman “Malaikat Turun Ke Atas Kaabah” di beberapa blog. Dan jika ditanya kepercayaan saya, ianya tidak jauh berbeza sepeti kes UFO di Kota Kinabalu hari tu, kepercayaan saya masih agak terbatas kerana tidak berpeluang melihat sendiri keajaiban tersebut. Bagaimanapun dalam masa yang sama hati ini masih juga berusaha untuk mempercayai perkara-perkara ghaib seperti itu.

Hari ini, saya terbaca satu artikel/berita yang mengatakan video “Malaikat Turun Ke Atas Kaabah” yang disebar melalui Youtube tu sebenarnya hanyalah rekaan manusia semata-mata.

Umat Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan karut dalam klip video “Malaikat Turun Ke Atas Kaabah” melalui laman Youtube di Internet yang dikesan kembali rancak disebarkan sepanjang Ramadan ini.

Terdapat dua video masing-masing bertajuk ‘Subhanallah!! Cahaya (Malaikat) Turun Di Atas Kaabah dan Kuasa Allah/Bukti Malaikat Di Kaabah’ dipercayai dirakam sekitar 2008, namun kini muncul semula selepas dimuat turun ke laman sosial Facebook.

Video pertama sepanjang 3.35 minit menunjukkan seolah-oleh cahaya turun sehingga ke atas Kaabah, manakala video kedua sepanjang 3.03 minit pula hanya menunjukkan gambar cahaya itu sudah berada di atas Kaabah. Bagi meyakinkan penonton, bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan sepanjang rakaman itu berjalan. Bagaimanapun, kesahihan dua video itu boleh dipertikaikan, malah mendapat reaksi negatif daripada penonton yang melihat ia hanya pantulan cahaya yang disalah tafsir kononnya malaikat.

Rakaman video kedua turut dipertikaikan kerana dilihat seperti diubah suai menggunakan perisian komputer dan dianggap mengarut.

Berikut pula adalah petikan daripada beberapa tokoh ilmuan berkenaan video berkenaan.

Menurut Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pen syarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid menyifatkan ia dilakukan orang sedang berkhayal.

“Ia dilakukan orang yang lemah jiwa tapi disebabkan bermimpi sesuatu yang istimewa datang bergolek, dia membuat perkara sedemikian.

“Jadi kita tidak perlu mempedulikan perkara sedemikian yang sememangnya dilakukan orang yang kerdil jiwanya,” katanya yang dihubungi semalam.

Sementara itu, Pensyarah Pengajian Islam Bahagian Hadis Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perbuatan individu terbabit tidak lebih daripada mahu menarik perhatian dengan menimbulkan perkara khurafat.

“Sebelum ini pun kita pernah dengar mengenai mayat menjadi khinzir, sejadah berdiri atau bola api dalam rumah untuk menarik perhatian orang ramai terutama mereka yang suka perkara pelik dan khurafat.

“Saya tidak nafikan kejadian itu boleh berlaku dengan izin Allah, tetapi kita kena faham, Islam bukan berdiri berasaskan perkara ini sebaliknya keimanan wujud hasil keyakinan terhadap kebenarannya selepas menggunakan akal yang waras bukannya dipengaruhi khayalan.

Kata beliau lagi, perkara sedemikian boleh wujud hasil khayal individu termasuk penipuan bagi meyakinkan orang mereka mengalami pengalaman pelik. “Contohnya rakaman suara dari kubur yang juga dimuatkan di Youtube yang kita tahu palsu demi menarik perhatian orang ramai terhadap perkara tahyul dan khurafat.”

Jadi, sama-samalah kita gunakan akal fikiran yang waras dalam menilai kesahihan video berkenaan.

Sumber berita:

Please like & share:

Comments

  1. Wan says

    dari awal dah tahu mengarut
    ada menegur kawan2 yang percaya benda ni
    manusia boleh nampak malaika ka? malaikat apa yg turun ke kaabah tu?
    suka komen dr asri tu

  2. tpinky says

    errm ssh nak komen hal ni.. sekadar meninggalkan kesan pembacaan… mana2 yg kurang fahaman agama, jgn lah cepat mempercayai perkara2 macam ni. sabaiknya kita tingkatkan amalan wajib seperti mengerjakan solat di awal waktu dan sebagainya… yg lain2 insyaAllah akan dtg kemudian..

  3. ray ban says

    saya ada melihat video klip ini…mungkin ya dan mungkin tidak…YA mungkin Dia nak tunjuk kekuasaanya, semua mungkin terjadi dan TIDAK adalah klip buatan manusia yang mempersendakan agama

  4. etomyam says

    terbaik bro, sejujurnya aku dari awal2 lagi rasa macam tak logik benda ni, walaupun semuanya boleh berlaku dengan izin Allah S.W.T, namun bagi aku tidak dengan cara rakaman melalui youtube tu

  5. says

    aku dapat tau pun dalam al-kuliyah kat tv3… ustaz tu pun ada cakap pasal ni… karut semata2… kekadang teknologi terlalu tinggi pun boleh menyesatkan…

  6. says

    Saya juga pernah melihat rekaman video tersebut. Menurut penglihatan saya cahaya yang terlihat turun diatas Ka’bah itu sepertinya berasal dari efek pantulan cahaya, bukan seperti penampakan malaikat yang dihebohkan belakangan ini. Tapi tidak tahulah dengan penglihatan yang lain, Allahu’alam…

  7. says

    Tapi rasanya salah untuk kita berblog dengan meletakkan gambar malaikat begini. Sebab malaikat dan nabi tidak boleh digambarkan. Nanti ada plak yang percaya kan bentuk malaikat tu macam yang kita nampak dalam gambar.

  8. says

    takpa zezebel… ini blog ada penulisan. kalau tgk gambar x baca penulisan bukan namanya membaca blog. lagipun cetek sangatla akal kalau tgk gambar mcm tu pun dah percaya itu malaikat. lagipun letak gambar tu nak directkan kepada video mana yg article nie refer je.

  9. ishak says

    dari segi video tu..dan cahaya yang turun tu nampak sangat video tu kena ubah….memang dari cahaya tu hasil dari penjanaan software komputer

  10. ALI RUSTAM56 says

    kau orang semua tak sekolah sebab tu kau orang tak percaya… kalau betul pun apasal kau orang susah hati.. cuba siasat dengan juru gambar tu..barulah tahu jawapannya… gambang betul kau orang semua ni…

    • Napie says

      mls nk komen benda2 mcm nie.org Melayu mmg suka benda2 pelik/aneh camnie..tp akhlak org Melayu x pernah pon bertambah baik mls makin teruk..sama lah mcm komen org Melayu yg kt atas nie…

      p/s lu fikirlah sendiri..

  11. dedoku says

    tak tahu nak percaya atau tak. Tapi kalau sebarang benda yg menimbulkan keraguan jangan lak kita taksub dan percaya bulat2. Sebaiknya kita berpegang pada nas-nas Al-Quran. Rasulullah S.A.w dah cakap kita takkan sesat selagi ikut Al-Quran dan sunnahnya

  12. ahmad al-bab says

    Jawapan yang paling mudah ialah Adakah mempercayai sesuatu yang kita lihat itu satu rukun iman atau Islam yang wajib kita yakini ? Apabila kita lihat klip vedio terpulang kepada individu sama ada ia hendak percaya atau pun tidak?. Kerana ia bukan perkara wajib. Jika kita ada dikala itu apakah kita akan percaya? Rata2 yang melihat tiada ada pada situasi itu. Boleh jadi benar? boleh jadi tidak? Ia di sebut ‘khabar’ boleh jadi benar dan boleh jadi tidak benar?Jika kita melihat sesuatu yang agung atau aneh yang menambahkan keimanan kita ucaplah ‘subhanallah’. Jika kita lihat malapetaka ucaplah ‘auzubillah’.
    Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>