Salam semua, kali ni saya ingin kongsikan satu berita yang pastinya menggembirakan penduduk di daerah Pitas dan daerah berdekatan. 28 April lepas ketua jabatan saya baru menghadiri satu mesyuarat tindakan daerah yang juga turut dihadiri oleh beberapa pemimpin kerajaan tempatan dan ADUN daerah Pitas. Dalam mesyuarat staf petang tadi pula, ada dua perkara yang turut dikongsikan oleh beliau (ketua jabatan saya).
Pertama, sebuah kolej komuniti akan dibina di daerah Pitas. Difahamkan sebanyak RM20 juta akan diperuntukan untuk pembinaan kolej berkenaan. Apa yang saya tahu, kolej komuniti merupakan sebuah kolej di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE). Setiap kursus jangka panjang (sepenuh masa) atau kursus jangka pendek yang disediakan oleh kelej berkenaan adalah diikhtiraf oleh kerajaan Malaysia. Apa yang lebih penting lagi, kolej komuniti ini pastinya akan menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat di daerah Pitas dan juga di sekitarnya.
Selain itu, daerah Pitas akan dinaik taraf sebagai daerah penuh. Maknanya akan ada Majlis Daerah sendiri. Sebelum ini di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas. Khabarnya perasmian Pelancaran Majlis Daerah Pitas ini akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Hj Aman sempena Pesta Bengkoka yang akan diadakan pada 14 – 16 Mei 2010 nanti.
Gambar: Koleksi peribadi – sekadar hiasan



{ 16 comments… read them below or add one }
wahh..dah maju erk daerah pitas…hihihi
.-= apiih´s last blog ..Movie-Movie Yang Bakal Menggegarkan Pawagam pada 2011 =-.
Tak maju sangat bro, banyak lagi kemudahan asas yang tiada.. apapun cukup bersyukur kalau kolej komuniti ni dibangunkan di Pitas
elok kalau dah naik taraf tu..semoga makin bertambah maju dan selesa
.-= etomyam´s last blog ..Selamat Hari Guru…Siapa ‘Tuuut’ Dalam Kelas =-.
Pendidikan tu penting.. salah satu kemudahan asas yang kena ada
teruskan pembangunan
baru2 ni ada budak kolej komuniti praktikal,tp dah berhenti.malas
.-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis =-.
Sayang kalau dah ada peluang, dibuang macam tu saja..
erm sudah bagus.. akan menjana ekonomi… kedai2 , dan bangunan lain akan turut membangun disitu..
.-= zik´s last blog ..Selamat hari buruh 2010! =-.
harap-harap macam tu bro.. itu pun tak nampak hitam putih lagi, baru pengumuman di mesyuarat
betul tu.. bagus buat menjana ekonomi.. pasti semua ikut membangung disitu..
.-= jawatan kosong´s last blog ..THE BANK OF NOVA SCOTIA RELATIONSHIP MANAGER VACANCY =-.
Mudah-mudahan pembangunan di Pitas bertambah.. lama dah pendudu tertunggu-tunggu
Syukurlah jika itu kejadiannya………
.-= Mis1´s last blog ..ADAKAH INI PENEMPATAN MANGSA BANJIR? =-.
Harap-haraplah, jangan sampai cakap jak, buat tak pernah
baguslah kalau ada kolej komuniti ni..
jarak pitas -kk bukannya dekat.
Betul, koleh komuniti yang terdekat cuma ada di Sepangar, kalau ada di Pitas, orang dari kudat dan Kota Marudu lebih mudah belajar di sana
salam maf gangu.. kolej macamna 2 r? apa kos2x yg d ajar?
Salam,
Setakat ni belum ada details pasal jenis program yang ditawarkan. kalau ada info nanti akan dimaklumkan semula. Bagaimanapun, sebagai maklumat awal, kolej komuniti biasanya menawarkan tempat kepada lepasan SPM/setaraf untuk mengikuti program sijil bagi program tertentu. Senarai program boleh rujuk di: http://www.bpkk.edu.my/?lang=my&id=19&mnu=19