Ini tentunya berita baik kepada semua warga pendidik (guru) kerana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telahpun meluluskan cuti pada 2 hari Sabtu setiap bulan hasil daripada cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran mempertimbangkan supaya guru hanya bekerja lima hari seminggu, sama seperti penjawat awam lain.
Berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam Berita Harian (5 Jun 2010), pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas guru. Mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik. Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah (saya akan letakkan pautan untuk pekeliling tersebut di sini nanti)
Bagaimanapun, guru-guru perlu faham bahawa pihak sekolah masih lagi boleh mengadakan aktiviti luar pada dua lagi hari Sabtu setiap bulan dengan syarat pentadbir merancang jadual aktiviti berkenaan lebih awal.
Pada pandangan peribadi saya, perkara ini adalah sangat wajar atas alasan-alasan tertentu. Bagaimana pula pandangan anda. Harap dapat dikongsikan bersama.


{ 30 comments… read them below or add one }
dah dapat cuti tu, kena ajar murid2 ngan lebih gigih lagi..
jgn asyik nak merungut je
.-= millo´s last blog ..Rachel Corrie Pula Ditawan? =-.
harapan memang macam tu..
betul tu.. guru memang seharusnya dapat cuti lebih la..
jawatan kosong recently posted..Siempelkamp Maschinen-und Anlagenbau Assembly Engineer & Electrical Engineer
Dengan mengenal diri sendiri, seseorang akan sadar dan mengerti tentang kemampuan, karakter, potensi dan kekurangan yang dimiliki di bumi mana ia bertempat serta berdiam diri. Dengan pencapaian kesadaran itu pula, setiap individu yakin akan adanya kekuatan, kekuasaan Maha Besar yang berada jauh dibandingkan dengan dirinya.
Cerahkan hati dengan pancaran sinar Illahi
Tebarkan kedamaian dengan cinta kasih dan kelembutan.
Tetaplah berkarya mengisi kreatifistas dengan pancaran cahaya Illahi
Karyamu tetap dinanti…….
.-= Eyangresi313´s last blog ..MUKJIZAT SABAR =-.
hahaha..cikgu pon pnt lyn karenah ank murid..huhu
.-= apiih´s last blog ..12 Kenderaan Yang Unik dan Kreatif =-.
betul tu bro.. memang penat kerja cikgu ni..
memang langkah yang elok…kenapalah para guru terlalu dibebankan dengan aktiviti luaran …zaman sekarang ni guru sibuk betul..ambil contoh abang n kakak aku sendiri,…huhu
etomyam recently posted..Rasuah Seks Untuk Permit Asam Pedas?
betul tu.. kasihan dengan para guru.. dahlah mengajar di kelas dan pegang pelbagai tugas pentadbiran.. kena lagi datang hari sabtu untuk pelbagai aktiviti sekolah
memang patut pon guru diberikan cuti ni..
kesian tgok cikgu-cikgu hari-hari sibuk..
ada saja aktiviti..
aleh recently posted..Belajar asas seo – onpage seo
sejuk skit hati aku ni bila dgr berita psl ni..hehe
x-po recently posted..MAKIN BERUMUR, LELAKI ATAU PEREMPUAN MAKIN MATANG KE?
wah sukala tuh…
zik recently posted..Imam Muda Minggu kedua.
haha. dan2 la ko. ko xbley cuti. awek bnyk ko nk lyn sne kng. haha. meh se bro. hahaha!
acapz recently posted..Tukar Latar Belakang Wallpaper Di Google Seperti Bing
setuju sangatlah. kalau asyik kerja memanjang, produktiviti
jadi tumpul. boleh bagi masa dengan keluaga.
apa kata blogger pun cuti 2 kali sabtu.biar otak fresh sikit.
sinagarimba recently posted..Demonstrasi Bantah Israel di Masjid Jamek Kg. Baru
hoho..ini bagus ni..tapi nak propose kat sape erk?hehe
hafizmd recently posted..Bagaimana kita melihat sesuatu itu – Praktikal oh praktikal – Bahagian 2
setuju sangat..beri guru2 ruang utk refresh dan luang mase ngn famili..kesian juge tengok guru2 byk habiskan mase kat sekolah..moge guru2 lebih tekun dan hebat mendidik anak bangsa..
hafizmd recently posted..Bagaimana kita melihat sesuatu itu – Praktikal oh praktikal – Bahagian 2
rezeki … jadinya bolehla gunakan waktu itu dengan sebaiknya..
zik recently posted..Imam Muda Minggu kedua.
alahai guru,semoga tanggungjawabmu akan dilaksanakan dgn lebih baik lagi..
alhamdulillah
dah lama tunggu ‘buah’ ni gugur
kadang2 rasa nak tebang pokok je…
tehr recently posted..Yang
manfaat cuti dengan seeloknya


joegrimjow recently posted..Siapa inspirasiku berblog?
besh jgk jd cikgu ni..kelonggaran cuti pon da ada..
bagus juga la utk cikgu2 yg dikatakan byk kerja skg ni.. bagi la cikgu2 berehat gak.. kesian dorang nih.. satu langkah yg baik nih..
memang patut ni, boleh laa daku berblog sewenangnya..huhuh..
anyway, kadang2 2hari sabtu tu memang tanggungjawab sendiri jugak buat kelas tambahan utk pelajar sendiiri..harapkan waktu dalam kelas mmg xcukup
DaHLia recently posted..Waktu Paling Ideal Post Entry?
cikgu memang sibuk je… kat sekolah plak macam2 aktiviti ada sampaikan malam pun x boleh berehat. pemberian cuti ni sememangnya wajar la..
Amir recently posted..4 Rukun Yahudi Untuk Menguasai Dunia
Pendapat saya sendiripun macam yang lain juga..
memang wajarlah cuti 2 hari sabtu tu diperuntukkan untuk guru.. kena fikir juga yang suami isteri ni kadang kerja tak sama sektor.. kalau suami kerja waktu pejabat.. hujung minggulah masa yang dapat digunakan untuk bersama keluarga.. tapi kalau isteri dipanggil untuk bertugas masa tu.. nampaknya tak banyak masa pula untuk keluarga..
hahah… kalo berjaya la..
Relevenkah Pemansuhan UPSR dan PMR? – Pandangan peribadi aku..
Dulu..
Aku pandai membaca dengan lancar bila memasuki tahun 2.
Aku mula belajar mengenal dan bermesra dengan komputer semasa tahun 4
Aku belajar serius untuk PMR hanya bila masuk Tingkatan 3
Aku rasa aku belajar benda sama semasa darjah 2,3 dan tingkatan 1,2..
Sekarang anak-anak…
Sudah pandai membaca dengan lancar masa pra/tadika.
Belajar menaip dan mengenal komputer seawal darjah 1
Belajar apa yang aku belajar darjah 5 semasa mereka darjah 3 (Science)
Belajar dalam English seawal darjah 1, aku dulu semasa form 4-5.
Diakui.. budak2 sekarang memang bijak. Andai masih ingat, dulu pernah diwujudkan PTS, yang membolehkan pelajar yang lulus ujian terus dari darjah 3 ke darjah 5, dan ramai lulusan PTS ini berjaya sampai sekarang.
Relevankah pemansuhan UPSR dan PMR?
Bagi aku amat2 releven.. Peperiksaan PMR bagi aku harus dipercepatkan dan UPSR harus dihapuskan terus. Kenapa? Peperiksaan PMR adalah untuk menentukan bidang sains atau sastera bagi pelajar, dan pelajar hanya mempunyai masa 2 tahun (Tingkatan 4 dan 5) untuk belajar dalam aliran tersebut sebelum melangkah ke IPT. Masa yang bagi aku singkat dan tekanan yang agak tinggi bagi mereka kerana harus belajar 11 subjek dan harus semuanya score A.
UPSR? Tiada apa yang istimewa tentang peperiksaan ini, hanya untuk menentukan kemasukan ke SBP dan MRSM. Laporan akhbar telah menyebut andai penstrukturan UPSR dan PMR dilakukan, maka penstrukturan semula bagi kemasukan ke SBP dan MRSM juga akan dilakukan. Tiada masalah akan berlaku.
Ramai yang menyokong usaha ini, dari NGO dan juga tokoh2 guru,Dan aku sendiri masih belum melihat kerelevenan untuk membantah kerana lebih banyak pro dari kontra.Dan mungkin dengan penstrukturan ini, pelajar boleh menjimatkan masa di zaman persekolahan, dan lebih menumpukan masa di IPT dan perkara-perkara yang boleh membentuk modal insan yang tinggi..
P/s : Teringin melihat graduan masa depan seawal umur 20 tahun, berbanding sekaranng 23-24. Demi mencapai Wawasan 2020 dan mencapai tahap negara maju. Perubahan dalam pendidikan harus dilakukan, kerana mereka generasi masa depan.
Pandangan anda bagaimana?
Terima kasih di atas pandangan E-lie, sangat menarik untuk dibaca dan memang ada relevannya pendapat tu.. harap orang lain juga faham matlamat dan kepentingan 2 peperiksaan tu dimansuhkan…
p/s: cuma komen ni mungkin tak sesuai di letakkan di sini, sbb tajuk artikel ni berkaitan cuti.. xpalah, nanti aku pindahkan di artikel yg betul
Boleh dapatkan surat pekeliling tersebut tak? Cari merata2 tak jumpa pun. Masih ada lagi sekolah yg tak kisah. Ada yg bg alasan sekolah 2 sesi. Bila cakap pekeliling dah dikeluarkan, siap tanya mana pekelilingnya… Ni jenis Pengetua/Guru Besar yg penting diri sendiri. Boring dok rumah tengok muka bini/suami, anak2 lak dah besar panjang jadi nak jugak pegi sekolah utk hilang boring… yg jadi mangsa org lain yg amat memerlukan masa tsb utk berehat dan bersama keluarga.
Kalau nak fikir balik pun takde bezanya cuti 2 hari sabtu nih. Aktiviti2 yg telah dirancang utk sabtu2 tersebut akan dilambak sekali dengan hari2 sabtu yg lain. Kalau sebelum tu pada sabtu yg ada aktiviti boleh balik kul 12 tengahari, sekarang ni bersedialah untuk balik 5 petang ke atas…
Saya pun dah cuba dapatkan surat pekeliling tu.. tanya beberapa kawan di sekolah mereka kata mmg belum sampai di sekolah. Dah rujuk juga dgn KPM, setakat ni cuma ada 7 pekeliling dikeluarkan pada tahun 2010 dan pekeliling cuti ni mmg belum ada. Saya akan cuba dapatkan sumber pekeliling ni, dan jika ada, nanti akan saya muatkan di sini.
ada pengetua/ gb sekolah di sarawak masih melaksanakan aktiviti KK sampai 5 kali sebulan, menggunakan semua hari sabtu. alasan yg diberi ialah ‘arahan perlu dipatuhi’.