Jumaat lepas saya berpeluang mengikuti taklimat ringkas pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2011. Walaupun pada masa ini saya sebenarnya tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan atau pelaksanaan KSSR yang dimaksudkan, namun sejujurnya saya amat berminat untuk mengetahui dan memahami lebih banyak berkenaan KSSR. Sekurang-kurangnya ia adalah pengetahuan asas tentang kurikulum standard berkenaan adalah input berguna yang bukan sahaja perlu diketahui oleh guru atau pihak pengurusan pendidikan, tetapi termasuklah juga ibu bapa.
Pada saya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Transformasi kurikulum itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.
Kepada guru-guru atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan KSSR, boleh merujuk terus di laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penerangan tentang Konsep, Bahan Sokongan, dan Buku Panduan Guru telahpun dimuatkan di laman web tersebut.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


{ 29 comments… read them below or add one }
Bro Kulanz saya ada penambahan kemahiran dari 3M menjadi 4M dan kemahiran ke 4 adalah Menaakul. Sebagai ibubapa yang mempunyai anak tahun 1 ingin juga tahu apa itu KSSR?
Terima kasih tambahan tu bro..
tu tandanya bro memang sangat perihatin..
masa orientasi 31hb yang lalu..dah dengar penerangan guru besar tentang KSSR ni..secara ringkas je diterangkan..lepas ni kena cari maklumat lebih terperinci..
sekolah memang wajib kena maklumkan pasal pelaksanaan kssr tu..
silakan mencari cikmin.. beruntung tu anak2 cikmin dapat ibu perihatin..
elok sangatlah kbsr ditukar ke kssr. sudah lama tidak membuat perubahan dan semakan.
memang sudah tiba masanya..
Saya tertarik kemahiran Menaakul kerana anak seawal 7 tahun dididik membuat pilihan dan keputusan ini dapat membantu membezakan antara baik dan buruk.
Pengalaman saya di Australia anak orang Barat seawal 5 tahun kalau kita bertanya petah menjawab tapi anak-anak di Malaysia(secara umum) kalau kita tanya akan tersipu-sipu malu
harap kssr dapat dilaksanakan dengan lebih baik..
saya belum terlibat secara langsung lagi dengan kssr ini
secara umum nampak seperti lebih baik
harap2lah begitu seterusnya
teringa kat KBSR dan KBSM dulu2…. harap2 kaedah ni semakin memantapkan pembelajaran sekolah2…
Diharap perubahan ini memberi lebih banyak kebaikan kepada tahap pendidikan pelajar sekarang yang rata-rata sebelum ini hanya mengejar bilangan A semata-mata.
Saya berpendapat, ibu bapa juga menjadi tonggak kejayaan anak-anak. Tidak boleh hanya bergantung 100% kepada guru dan pihak sekolah. Pendidikan awal anak-anak bermula dari rumah. Bak kata pepatah, anak umpama kain putih dan ibu bapa lah yg mencoraknya.
persoalan nya disini adakah kbsr itu belum cukup standard….
kalo english bila masa nak blaja grammar krana ia amat penting
apa pendapat encik tentang kekuatan/kebaikan (strength) KSSR? setiap pembaharuan mesti ada kekurangannya.bagi encik,apakah kegagalan/keburukan yang mungkin akan berlaku (possible shortcomings) daripada pelaksanaan KSSR ini?
pendapat encik akan menjadi bahan rujukan untuk assignment sy.tq in advance.:)
Harap maaf, saya pun tak sempat kaji secara mendalam KSSR ni..
bagaimanapun pandangan saya secara umum, antara kekuatan yang ada:
dari segi bentuk: KSSR lebih luas berbanding KBSR. Jika KBSR, hanya 3 utama aspek diberi penekanan, iaitu Komunikasi, Perkembangan Diri Indivdu dan Manusia dengan alam sekelilingnya, tetapi kurikulum KSSR member penekanan kepada 6 elemen, iaitu: Komunikasi; Kerohanian, sikap & nilai; Kemanusiaan, Ketrampilan diri; Perkembangan Fizikal & Estetika; Sains & Teknologi;
dari segi kandungan dan sistem penilaian: Isi kandungan pembelajaran memiliki standard tertentu yang perlu dicapai oleh setiap pelajar. Pencapaian itu boleh diukur menggunakan sistem penilaian yang juga disediakan bersama.. KSSR lebih melihat kepada kualiti pencapaian murid berdasarkan standard kandungan yang ditetapkan, berbeza dengan KBSR yang menekankan perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
dari segi tumpuan/kandungan kurikulum: KSSR memberi tumpuan kepada penguasaan 4M berbanding 3M pada KBSR. Tahap satu (tahun 1 – 3) perlu menguasai kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Tahap dua (tahun 4 – 6) member tumpuan kepada pengukuhan dan aplikasi 4M juga kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Tumpuan pembelajaran Prasekolah melibatkan perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul
Tentang kelemahan pula.. mungkin antara kekangan yang mungkin dihadapi dalam pelaksanaan KSSR adalah pencapian terhadap matlamat tertentu yang digariskan. Misalnya elemen nilai tambah, iaitu Kreativiti dan Inovasi; Keusahawanan; Teknologi Maklumat dan Komunikasi mungkin sukar yang cuba diterapkan kepada murid di sesetengah sekolah. Keadaan ini berlaku disebabkan jurang perbezaan pendidikan yang ketara akibat perbezaan lokasi sekolah. Perbezaan yang dimaksudkan antaranya, ekuiti pendidikan, akses pendidikan serta tenaga pengajar (boleh rujuk entri: Isu-Isu Pendidikan di Malaysia dalam blog ni). Sebagai contoh, adalah mustahil untuk menerapkan kemahiran ICT kepada murid jika sekolah berkenaan tidak memiliki kemudahan ICT. Mengajar dunia sains dan teknologi tapi peralatan/makmal sains tiada. Hendak mengajar kemahiran hidup bengkel tiada. Ringkasnya, matlamat untuk memberi peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dalam KSSR mungkin sukar dicapai.
Selain itu, seperkara lagi yang mungkin boleh diberi perhatian ialah tentang perubahan pada peruntukan masa dalam KSSR. Pengurangan masa subjek tertentu, misalnya Dunia Muzik (Pendidikan Muzik) mungkin boleh menjejaskan pengetahuan/kemahiran murid dalam bidang berkenaan. Walaupun unsur penerapan elemen muzik juga terdapat dalam m/pelajaran lain, tetapi pembelajaran melalui penggabungjalinan dan pembelajaran secara spesifik pada saya tetap mempunyai perbezaan.
Apapun ini hanyalah pandangan peribadi, sayapun tidak terlibat secara langsung dalam pelaksanaan (mengajar) KSSR, jadi agak kurang mahir dalam bidang ini.. semoga berjaya dengan assignment
Thanks! This is just what I need!
Halo admin, boleh tak berikan 3 tunjang pembelajaran pendidikan jasmani dlm KSSR serta komponen/tajuk2 dlm tunjang2 tsbt.. tq. utk asgmt ni.hehe
eksperimen demi eksperimen….huru hara la wei
pendapat peribadi saya : maksud kssr sangat baik, namun pelaksanaannya lebih kepada “membuat laporan”. Terlalu banyak laporan tentang perkembangan murid di minta sehingga menjejaskan “bagaimana” cara, teknik dan kaedah untuk meningkatkan lagi prestasi anak2 sekolah. Dalam laporan, siapa pun boleh bagi petunjuk prestasi “tipu” demi memenuhi kehendak laporan yang “inginkan peningkatan prestasi murid”, tetapi pihak yang berwajib seolah-olah lupa, apakah masalah2 yg mungkin dihadapi oleh sekolah dalam “merealisasikan” laporan baik tersebut. Contohnya, prasarana sekolah yang x mencukupi, faktor persekitaran murid dan tahap kognitif murid (setiap murid mempunyai kematangan mental dan kognitif yg berbeza2…ada yg seawal 3 thn suda boleh membaca, namun ada juga meningkat 12 tahun baru boleh membaca lancar). Ini bukan salah sesiapa tetapi, itu adalah hasil kajian pakar2 kanak2 yg terdahulu – dimana, kanak2 x dapat dipaksa untuk pandai dlm sekelip mata @ bila masa yg kita mahu, namun kanak2 akan jadi matang bila sudah mcapai tahap umur2 yg tertentu. Wasallam
Pandangan bernas, terima kasih..
Realiti sebenar itulah yg berlaku.. Masih bnyk perkara tentang kssr yg perlu diperhalusi.. Jika ada kelapangan, saya akan bincang kupasan tentang kssr ini nanti.. Terima kasih beri pandangan
saya berminat untuk menilai pelaksanaan kssr di sekolah. boleh saya dapatkan emaii peribadi saudara untuk memudahkan komunikasi
kerjasama saudara amat saya hargai
Salam En Kulanz…
Bolehkah en berikan pendapat bagaimana kssr dapat membantu menjayakan matlamat malaysia menjadi negara maju?
terima kasih kerana matlumat diberikan amat terang sekali….
Tahniah kerana keprihatian anda… Dalam pelaksanaan KSSR perkara yang paling penting sekali ialah INTERGITI guru itu sendiri. Ibu bapa juga perlu sedar tentang masalah remaja masa kini, jangan asyik hendak menyalahkan sekolah . Setiap sesuatu pembaharuan dalam pendidikan sememangnya ada pro dan kontra.
Aku mmg terlibat secara langsung dgn pelaksanaan kssr ni semenjak dilaksanakan pd tahun lepas. Secara keseluruhannya ia mmg memberi byk kebaikkan kpd murid. Tapi malangnya sudah hampir dua tahun saya mengajar subjek Dunia Sains & Teknolog sebiji PC Desktop pun tiada di bekalkan utk p&p ke sekolah. Dan saya rasa kebanyakkan sekolah pedalaman terutamanya mmg mengalami mslh yg sama. Sedangkan apa yg perlu dipelajari ialah MS Word, MS PP, MS Paint secara ringkasnya asas pengunaan komputer. Laptop 1 M’sia sepatutnya yg layak menerima adlh murid Tahun 1.
terima kasih kepada saudara KUllanz keran sudi berkongsi idea yang sangat berguna pada saya.
Salam encik…saya dah 3 kali temuduga kpli jqaf,tapi keputusan mengecewakan..Adakah faktor pertuturan diambil kira?Setahu saya faktor komunikasi amat penting.Satu lagi,adakah pengalaman mengajar penting untuk memohon jqaf?saya tiada pengalaman kerana setiap kali mohon,xdapat2…boleh bantu saya?
sy baru nk temuduga kpli esok.. dgr cik noor da 3x xlulus sy rasa cuak sgt… ya Allah.. moga dipermudahkan.
thanks dgn pandangan ttg kebaikan dan keburukan kssr….sesuai dgn rujukan saya…saya cuma nk ketahui dgn lebih lanjut mengenai penambahbaikan yang perlu dilakukan dan dicadangkan buat masa skg?