Home >> Pendidikan >> Kuasa Guru Merotan Murid

Kuasa Guru Merotan Murid

by Kulanzsalleh on January 30, 2011

Dalam pengertian yang lebih meluas, hukuman rotan di sekolah adalah bertujuan untuk mendisiplinkan murid, membantu mereka agar lebih terarah dan lebih bertanggungjawab dalam mematuhi peraturan sekolah. Kuasa merotan murid yang diberikan kepada pengetua/guru besar dan guru-guru (yang diberikan kebenaran bertulis oleh pengetua/guru besar) bukanlah semata-mata untuk mendera atau mencederakan murid sehingga meninggalkan bekas di badan, menyebabkan mereka berasa malu dan trauma untuk datang ke sekolah.

Bagaimanapun itulah juga yang berlaku kepada seorang murid tahun empat yang mendakwa telah dirotan oleh gurunya di bahagian tubuh yang tidak dibenarkan dalam peraturan. Berikut adalah antara petikan daripada akhbar yang dapat saya kongsikan di sini.

murid dirotan“Seorang murid tahun empat trauma untuk pergi ke sekolah selepas mendakwa dia dirotan oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian di sebuah sekolah di Kuala Besut di sini pada Rabu lalu.

Semasa kejadian, Wan Mohd. Faris Wan Zukri, 10, mendakwa dia baru menghantar kertas ujian kertas pendidikan Islam sebelum dikejutkan dengan tindakan guru lelaki itu yang tanpa sebab telah merotan badannya secara tiba-tiba.

Tindakan guru itu menyebabkan dia terkencing di dalam kelas kerana menahan kesakitan… –  (Sumber: Kosmo Online)

Jika kita merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil.7/2003, kuasa merotan murid tidak dimiliki oleh semua guru tetapi ia dipegang oleh pengetua/guru besar sesebuah sekolah. Guru-guru lain hanya boleh melaksanakan hukuman rotan sekiranya pengetua/guru besar menurunkan kuasa tersebut kepada guru lain dengan kebenaran bertulis (Lampiran A).

Selain itu, walaupun pengetua/guru besar atau guru-guru yang diberikan kuasa merotan tadi melaksanakan hukuman berkenaan, mereka juga tertakhluk kepada peraturan yang ditetapkan dan bukan melakukannya sesuka hati. Untuk lebih jelas, boleh rujuk pekeliling yang dimaksudkan di bawah.

SPI Kuasa Guru Merotan Murid

SPI Kuasa Guru Merotan Murid
SPI Kuasa Guru Merotan Murid
SPI Kuasa Guru Merotan Murid
SPI Kuasa Guru Merotan MuridSumber Pekeliling: Kementerian Pelajaran Malaysia

Penafian: Saya tidak menyokong atau menyalahkan mana-mana pihak berhubung insiden yang disebutkan di atas. Guru yang dimaksudkan hanya dianggap bersalah jika pihak berkuasa telah menetapkan keputusan/hukuman.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner