Kemaskini: Permohonan KPLSPM Jun 2012 telah dibuka: Sila rujuk entri: Permohonan Maktab Perguruan KPLSPM 2012
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya kongsikan maklumat berkenaan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi Ambilan Jun 2011.
Berdasarkan iklan yang dikeluarkan, Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:
- Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
- Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selain daripada Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut menawarkan 3 lagi program, iaitu:
1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
- Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.
- Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
- Bidang yang ditawarkan termasuklah:
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Matematik
- Pendidikan Khas
- Bahasa Cina
2. Program Kembar Bahasa Perancis
- Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
- Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1
3. Program Kembar Bahasa Jerman
- Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan
- Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Satu mata pelajaran yang lain serta ;
- lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
CARA MEMOHON
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 07 Mac 2011.
- Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
- Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 21 MAC 2011 dilanjutkan sehingga 25 MAC 2011 31 Mac 2011.
MAKLUMAN DAN PERHATIAN
- Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
- Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
- Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
- Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
- Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Untuk permohonan secara online, sila layari: . Manakala bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan, sila rujuk (e-Panduan Permohonan):
Semakan panggilan temuduga program KPLSPM bagi calon yang memohon secara online juga boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Tarikh semakan temuduga dan surat tawaran adalah seperti berikut, (sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian).
- Semakan Temuduga:
4 april 201112 April 2011 - Tarikh Temuduga:
11 – 22 april 201118 – 29 April - Semakan Tawaran: 21 mei 2011
- Tarikh Pendaftaran Kemasukan: 20 jun 2011
Kemaskini 4 April 2011: Maklumat Semakan Temu duga KPLSPM
Kemaskini 02 Februari 2012: Sehingga kini belum ada maklumat tentang Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM 2012. Info tentang kursus ini akan dimaklumkan serta-merta sekiranya iklan permohonan online telah dikeluarkan.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 113 comments… read them below or add one }
Cikgu ada potensi besar untuk dinaikkan gaji dimasa hadapan. Kalau sesiapa yang ada kebolehan mengajar orang lain tu, lebih baik jadi cikgu.
Peluang kepada lepasan SPM yang berminat hendak menjadi kerjaya Cikgu sebagai prospek. Sudah tentu ramai yang memohon
semankin banyak jalan untuk menjadi seorang guru. tak macam dulu-dulu, maktab perguruan je yang melahirkan guru. sekarang guru sandaran pun mintak untuk dinaik taraf menjadi guru tetap. ironinya,masih ada graduan pendidikan belum mendapat tempat mengajar. penat belajar, tapi tak dapat tempat.
guru semakin ramai dikeluarkan, tapi adakah guru-guru tersebut benar-benar ingin menjadi pendidik atau sekadar ingin mendapatkan kerja? aku rasa sekarang lebih ramai yang ingin menjadi guru bukan kerana nak mendidik, tapi nak ada kerja. sebab kerja sekarang kan susah nak dapat.
sekadar pendapat
huu jadi cikgu satu pelung yg kira bagus gak hee..
umur nak meningkt nie huuu
sapa2 yang berminat dan layak tu
ambillah peluang yang ada
seronok kerja sebagai guru ni
hehe
kepada yang layak boleh memohon, tak sangka ada pulak sekarang nie untuk lepasan spm.. masa saya tak dibuka… sekejap… huhu
wahh peluang macam ni bukan selalu ada
kepada semua lepasan SPM 2011 jika berminat boleh la memohon
budak-budak spm bolehlah apply kalau betul-betul berminat nak jadi cikgu.
kalau lepasan spm 2008 boleh apply ke?
tahniah kepada para guru yang telah mendidik anak bangsa dengan baik! tak kiralah macam mana permulaan para guru ketika memohon untuk menjadi seorang guru(dengan berniat untuk menjadi pendidik atau sekadar mencari pekerjaan), yang penting, komitmen dan tanggungjawab yang telah di jalankan setelah bergelar seorang guru. (melalui kursus-kursus yang di tetapkan sebelum menjadi seorang guru akan membantu bakal guru membina sahsiah seorang guru).
dahulu, saya pun pilih kerja saya sekarang kerana tak dapat kerja yang di ingini, malah tak ada idea langsung mengenai pekerjaan yg di pohon, apatah lagi nak menyukai pekerjaan tersebut, tapi setelah di berikan kursus dan setelah mula bertugas, amat berbangga dan menyukai pekerjaan saya sekarang, syukur…
hi kak farnie.. saya nk tnya nie.. keputusan sy x mencapai 3A sy hnya mndapat 2A dan sy adalah pelajar lepasan spm 2009. adakah saya juga layak memohon kplspm ini sedangkan saya hnya mempunyai 2A shj.. kak farnie dpt brpa A dulu?
kpda smua peljr lpsan spm yng bmint untk mjd ckgu dslm mendidik ank bgsa. daftr lar skrng sblm 21 mac.. ok jagn pndam kan mint anda..
Syarat kelayakan pemohon : Tidak melebihi 20 tahun.
Langsung tidak memberi peluang kepada yang ingin meneruskan pelajaran selepas SPM walaupun telah melebihi umur 20 tahun.
KPM patutnya membuka peluang untuk semua. Ini memberi gambaran yang TIDAK ADIL!
Sepatutnya tidak ada syarat. Bagi yang hanya mempunyai Sijil SPM dan telah melebihi umur yang ditetapkan oleh KPM dan mempunyai minat untuk menjadi guru, sepatutnya juga diberi peluang.
Harap pihak KPM considerate about others in future
Terima Kasih
ni nk tanya…utk pmohonn tu x prlu isi result SPM ke??
salam nk tnya.xkne isi result spm ke dlm permohonan tu?
tu la…confuse jgak nape x isi result…kwn ana yg kt ipg pun mreka ada ckp mreka ada isi result tahun lpas…plek beno den dbuatnya…
iya kan . . ada gak kursus guru utk lpasan spm . .
btul 2 ….saya sokong awk…..disappointed
sy uda beli no pin d bank tp pihak bank silap tulis no mykad sy… apa yng sy perlu buat.. esok tarik tutup pengisian borng… hari ini tak buka… sakit hati.. siapa yng boleh bantu..
….sy dah mohon kplspm 2011 …..tapi hari ini sy nak kemas kini ..pemohonan kplspm sy ….because rupa2 esoK taRikH LASt pemohonan ….aduh 2 cPt sY nK kEmAs kINI……Slm
esok mc boleh isi kan borang maktab tue… sy bingung sngt ne… sy uda beli no pin d bank tp pihak bank silap tulis no mykad sy pula… geram woh..
budak yg ambik pendidikan di IPTA pun bkn ikhlas sgt nk mengajar, ambik pndidikan sbb gaji guru, kuar nanti xyah cari kerja lain..berlagak nak mampos..ambik subjek payah sikit fail..baik ambik guru yag bkn bdg pndidikan ni, ilmu dorg full…cuma perlu tambah pedagogi je sikit2..kalau pedagogi je hebat ilmu ciput wtpe
HOI!HA OTHMAN!KAT CNIE BUKAN UNTUK MENYUMPAH!JAGA CKIT BAHASA 2!
kenapa tidak ada ruangan untuk mengisi keputusan spm dalam permohonan dalam talian
npe xda kne ltk relt spm ekk
kin abg aQ lyak masuk nie,,..
nak isi result kat mana dlm permohonan ni.?????? pls somebody help
blakah temu duga ambilan jun 2011 akan dijalankan..???
Tarikh temuduga 11 – 22 april 2011maaf ada perubahan.. tarikh temuduga 18 – 29 April
Dimnakah temu duga itu dijalankan jikalau sya beasal dri sabah..??
Sya ble tanyakah semasa temuduga nanti trus2 p sna kha atau nak buat apa2 lgi…??
kalau di Sabah, Ujian INSAK biasanya dibuat disekolah-sekolah sekitar Kota Kinabalu.. temuduga dijalankan di Bangunan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berhampiran Institut Perguruan Gaya, KK.. perincian pasal temuduga akan diberi bersama surat panggilan temuduga
kerjaya guru bagus baa.
salam, saye nk bertanya…adek saya dpt 8a1b dlm spm2010…die sudah apply ppc dlm kplspm ni…memandgkan terlalu ramai yg dpt straight A’s skrg…saya nk tanyala pendapat siapa2 tentang program ni…mudah ke nk dpt interview tuh…sbb adek saye mmg nk sgt nk jd cikgu kimia..:D
kalau nak mudah dapat interview.. kena lulus cemerlang dalam ujian INSAK..
saya dpt 7A spm ,ada kah saya layak mohon kplspm walaupun bi saya hanya lulus sahaja
dah cukup layak tu
salam,,,sye nak tanye,,result spm sye melebihi syarat yg diberi,,,cume ketika memohon sye pilih bidang pengajian penddkan seni as pilihan ke2 padahal sye xamk krtas seni mse spm sbb pelajar sains tulen,,,tp sye mnat sgt melukis n blajar seni,,,adkah permohonan sye diterima???…
Kriteria pemilihan atas budi bicara panel pemilih…
yang penting buat terbaik masa ujian INSAK nanti
krjya seorg gru amatlah mlia … brntung dpt jdi gru …
ketika memohon sye pilih bidang pengajian mathematics sekolah rendah , adakah syarat pemohonan mathematics sekolah rendah mesti mathematics tambahan kena dpt sekurang2 nya C ……atau pun mathematics MODEN kena sekurang2 ny C ,,,,? kalau saya x ambil mathematic tambahan dlm spm mcm mana ? di kira saya tak layak amabil jurusan itu ,,,,,,,,,,,sy kurang faham ….tlg berikan peneragan ,,,,,,,
kalau berdasarkan Syarat Bidang Pengajian Pilihan, untuk pengkhususan Matematik, pemohon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi mata pelajaran Matematik & Matematik Tambahan (kedua-duanya).. jika tidak mengambil Matematik Tambahan, maknanya syarat tidak lengkap..
bagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan bidang pengkhususan lain yang setaraf dengan kelulusan anda..
mathematics merupakan pilihan kedua saya ,,,pilihan pertama saya ialah Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah,,,,mcm mana ong itu nak tahu kita layak amabil jurusan Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah ?….tambahan pula saya megambil mata pelajaran reka cipta dpt A..dan gerafik berkomputer dpt A-……dua mata pelajaran ini ada kenamegena dgn Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah?……..blh ke mereka menerima jurusan Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah,,,,,,pilihan 1,utk sy ?,,,,,,,,,
nak tahu sama ada subjek yang kita ambil tu berkaitan dengan pengkhususan atau tidak mudah saja sebab setiap subjek diletakkan dalam bidang/kumpulan tertentu.. dan kedua-dua subjek yang dinyatakan secara umum memang berkaitan dengan pengkhususan yg anda pilih..
assalaMUALAIKUM….sy mnt dlm bdang agama….tp,tdk smpai taraf mngetahui spnuhnya tntg agama….adakah sy lyk utk mngmbil bdng agama ddlm IPG nti jka dberi pluang oleh Allah utk mnjdi seorg PENDIDIK kelak??
kelayakan bergantung pada kelulusan.. moga2 ada rezeki jadi guru
bila keputusan kemasukan KPLSPM keluar???
details boleh rujuk entri berikut:
http://kulanzsalleh.com/semakan-keputusan-temuduga-kplspm/
saya berminat sangat menjadi seorang guru,,sejak kecil saya bercita-cita menjadi seorang guru,,saya berarap permohonan saya diterima,,saya mendapat gred A- dalam subjek bahasa malaysia..saya berminat mengajar bahasa malaysia..
kalau ada rezeki, insyaAllah permohonan boleh berjaya
saya berminat sangat nak jadi guru. harap dapat………….
semoga berjaya
adakah surat panggilan temuduga akn dhntr ke rumah utk pemohon kplspm tau mesti sentiasa membuat semakan online utk tau sama ada dpt panggilan temuduga??sbb takut ketingaln temuduga klau dpt!!//bila keputusan kplspm kluar…(takut)..mohon sngt agr dpt msk blajar kat kplspm..cita2 dari kecil terngin nk jadi gru!!!!!!!!
surat panggilan tidak akan dihantar kepada pemohon..
keputusan boleh disemak secara online.
sila rujuk entri berikut:
http://kulanzsalleh.com/semakan-keputusan-temuduga-kplspm/
hal2 yang berkaitan dengan tarikh semakan keputusan temu duga KPLSPM boleh dirujuk di entri berikut:
http://kulanzsalleh.com/semakan-keputusan-temuduga-kplspm/
kenape laman nak isi borang tidak boleh dibuka??
ujian INSAK ,,,ada berapa soalan bg?berapa masa yg diberi berapa?,,,,,,,,,ujian ini utuk apa ?……
nanti ada masa saya kongsi pasal tu
sy tak thu lah macam mana nak tahu tentang temuduga tu nanti? smua yang mendaftar akan terpilih untuk pergi temuduga ker atau yang memperolehi keputusan yang layk ker? macam mana kita thu yang kita layak atau tidak? surat akan diberi ker?
panggilan temu duga diberi kepada yang layak saja.. surat panggilan hanya boleh diperoleh secara online.. semak entri:
http://kulanzsalleh.com/semakan-keputusan-temuduga-kplspm/
jangan pilih kerjaya ini kerana org lain, ambil jln mudah dapt kerja or sbg pilihan terakhir…
bukan senang jadi guru..menyesal tu satu kemestian. sy da 3 thun d ipg..tp skg da trima sgala la..
nasihatnya: sediakan hati,mental,emosi dan semua2 la. pilihlah untuk masa depan sendiri.
cmne eak nk teemuduga mktab?
apa soklan yg slalu d tya?
nanti kalau keputusan temu duga dah keluar.. saya cuba buat entri pasal tu
Aku dah 2 kli mmhon kplspm nie?..tpi herannya tak jga dpt2..result spm ok,
kwan yg kurang ok dpat pula..?..sejujurnya aku sngt bminat jdi cikgu…kwan yg kurang mnat senang2 je dpat nie..huhu..harap thun nie dpat la(dlm doa)..
xpa.. boleh cuba banyak kali.. kalau ada rezeki mesti dapat juga tu
saya terlambat untuk memohon.. kalau nk mohon, kena tahun depan ke?
ya.. tahun depan ada lagi.. tapi kalau ada kelulusan UEC/SMA.. boleh mohon ambilan khas..
http://kulanzsalleh.com/permohonan-kplspm-ambilan-khas-uec-sma-smu/
sye pun teringin nak jd cikgu juga nie,,,,,,,huhu
p tak tau laa dapat ke tak tawaran tu…..
bagi sye cikgu laa…SEGALA-GALANYA,,,,
TERIMA KASIH CIKGU…..
assalamualaikum,saya dpt math skola menengah. ni under ppc ke?
cam na la mau jd cgu ni ya?
sy x yakin yg sy layak o…..
kalu 5 ja kredit layak ka tu?
cdihnyer bile xdpt jd cg..
sy mmg mnat tuk jd cg..
bole mohon lg kew???
sY mOe jd cG… .
stiLL bLeh mOhOn g kur?…
cOz. . .
sMpai ckG,
sY stiLL hrp,
…kLw sY dEr pLuanG Jd cGu.
urMmm….. .
kEcEwa oO sY,
brabiz mOe jd cGu,
tP dpt yG Len pLax,,
ntaH Lha. . .
sEdiz btuL…..
sY mOe jd cGu Gax. . .
bLeh x?…..
sY mOe jd GURU PERDAGANGAN,
cOz,
sY bdax kLaz ekO n pd… .
kLw sY mOhOn,
sY dEr hrpaN x?…
klau da mohon tp x berjaya cm ne???
cm ne nk bwt rayuan??
sebab sy minat jadi guru….sape boleh tolong jawab?
macam mane nk semak tawaran ke kplspm??
salam,pada 9/4/2011,ank sya ada menduduki temuduga kplspm yg d adakan d bahagian zon pedalaman sabah (TONGOD) dan kami xpasti keputusan prmohonan suda kekuar ataupn belum,masalah nya masa kami cek 2 d laman sesawang kata keputusan online ja..sdngkn anak sy menduduki temuduga kplspm secara terbuka, kami berharap sangat2 agr dpt jwban ngn cpt….kerna rmi ibu bpa yg merungut tentang hal ni ,tolong bgi almt sesawang y tepat………………
sy dpt program pddkn khas ntok skola rndh.bole x klw nk tkr ke skola menengah dan mnta program ppc.ader kmgknn x klw kte struggle ntok 3 bln di mktab kmdian bln 9 nme kte dicadangkan ntok program ppc.kptsn spm sy 8a1b.
sekiranya umur sudah melebihi 20tahun, apa lagi cara lain / jalan lain kalau nak jadi guru? selain daripada KPLI.
sy nk tnye nie..kalau kte xbrape aktif dlm kokurikulum..adkah kte msih berpeluang utk msuk ke kplsm niey???
boleh dpt ko
sy skrg belajar di uitm dlm bidang sains kuantitatif,tp sy bermnt nak jd guru math,sy nk mntk pndpt spe2 yg bce komen ni..sy mmg nk sgt jd guru math dan sy mmg tk minat dgn apa yg sy bljr skrg di uitm.
mmg bidang yg sy ambil tu bidang math,tp kebanyakan sbjek yg sy bljr tu bkn sbjek utk course sy,n sy tk mnt
bila boleh tahu ah keputusan rayuan kplspm 2011?????///
assalamualaikum…saya student lepasan diploma universiti. sejujurnya saya betul2 bercita-cita menjadi seorang guru sedari tadika lagi. sehingga ke sekolah menengah, saya memegang cita-cita saya itu dengan penuh minat. selepas spm, saya cuba mohon maktab, tapi rezeki belum memihak kepada saya. jadi saya tak dapat tawaran tersebut. dulu, saya dan rakan2 di sekolah kurang pendedahan untuk mencari jalan menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan spm. Kami ikhtiar sendiri untuk memohon ke mana-mana institusi pengajian tinggi yang terlintas di fikiran. Sedih juga mengenangkan hal tersebut. Kami mentah dan seharusnya kami mendapat tunjuk ajar yang jeas. Saya tidak salahkan sapa2.
setelah tamat diploma, saya berusaha untuk terus meneraju cita-cita saya. saya berdoa tanpa henti kepada yang Maha Kuasa untuk memperkenankan setiap doa-doa saya. ada juga saya mencuba untuk memohon ijazah sarjana muda pendidikan. Sekali lagi saya di uji, saya terlepas ujian medsi atau lebih dikenali dengan ujian menguji personaliti individu. bukan saya tidak peka tapi ketika itu saya sibuk memduduki peperiksaan akhir bagi semester terakhir di unversiti. oleh yang demikian, saya tidak diterima untuk mengikuti temuduga. ya allah, sedihnya hanya allah sahaja yang mengetahui. saya tahu allah sedang menguji saya tika ini.
Tapi, disini saya ingin meminta pendapat semua apa yang seharusnya saya lakukan sekarang. jalan yang betul untuk saya capai cita-cita saya yang bukan seperti semua gembar gemburkan dimana mereka ingin menjadi cikgu semata-mata kerana kehausan pekerjaan dewasa ini.
aini yang memohon pertolongan kalian…syukran…
nanti kalau pin maktab kuar tahun depan tolong email sy k
Permohonan untuk 2012 ada tak…??minat sangat-sangat nii…
sya nak mohon perguruan
en. kulanz….boleh saya tahu syarat kelayakan untuk guru lepasan ijazah sarjana muda pendidikan untuk posting? berapakan cgpa yang di tetapkan?
hai… saya berminat sangat untuk menjadi guru.
saya sedang berusaha belajar rajin-rajin untuk persediaan exam spm.saya hanya mengambil spm ulangan sebap dulu gagal.jika saya mendapat keputusan yang baik, adakah saya ada peluang untuk ke maktab lagi,sekiranya umur saya sudah 23 tahun? berapakah kelayakan untuk masuk ke maktab?
when is your next intake 2012 for perguruan
SALAM SEJAHTERA ADMIN,SY INGIN BRTNYA BRKENAAN SYARAT KELAYAKAN MINIMAL AKADEMIK UNTK SUBJEK SPM ALIRAN SAINS TULEN YG MMBOLEHKN SY LAYAK DITERIMA UNTK MGIKUTI KPLI NI?
TQ
sy minta sila maklumkan jika no pin tlh dbka untk thn hadapan
bile plak pmohonan ini bka…?
saya nak tnya bile tarikh untk permohonan bg tahun 2012
terima kasih infonya…
sangat menarik…
TLG INFORM KAT SAYA JUGA TENTANG PERMOHONAN KEMASUKAN MAKTAB 2012YEAR…….. 10Q……..
…selalunya sebelum keputusan SPM …..bulan 3 mcm itu ~ moga berjaya dpt IPG …..dp zahin cool
mohon bertanya…..
bilakah permohonan kplspm untuk tahun 2012 dibuka???dan bla jgak tarikh pembelian no.pin….harap djawb….
permohonan kursus perguruan 2012 mungkin akan dibuka bulan Mac nanti
ada sape2 yang dah mohon kplspm utk thn 2012?or kte kene tunggu result spm 2011 kuar dulu.
permohonan 2012 belum dibuka.. tunggu pengumuman pada akhir bulan februari nanti
tolong emel saya jika pembelian no.pin KPLSPM telah dibuka d BSN atau sms kpd saya no. hp 019-8251047 ( Pn Liyana Abdullah) tq
InsyaAllah.. jika saya teringat.. ataupun terus ikuti perkembangan blog ini untuk mendapatkan kemaskini tentang perkara ini nanti
tq admin tapi sometime bz sgt dgn kerja mybabkn x dpt mlayari internet…
salam .. tumpang tanya , saya pelajar SPM 2011 , bila permohonan KPLSPM Ambilan 2012 di buka yer ..
hai, saya pelajar spm 2011. bila permohonan KLPLSM ambilan 2012 akan dibuka?adakah info, bahawa permohonan tahun 2012 bagi lepasan spm dibatalkan, adalah betul?
KPLSPM 2012 bukan dibatalkan atau ditiadakan.. cuma masih dalam kajian untuk menilai beberapa faktor berkaitan.. antaranya keperluan dan kekosongan jawatan guru ketika ni..
apapun kita tunggu saja keputusan pihak berkaitan.. kalau ada pengambilan, insyaAllah akan saya kongsikan nanti
urmm , selain KPLSPM ni , ade lg tak cara yg boleh kita mohon jadi cikgu ?
tolong la cik sy na sgt jd cikgu
salam kalau STPM kelayakan 1B 3C+ layak ke mohon kos pendidikan…mmg cita2 nak jadi Guru atau saya patut ambil lain subjek yang dapat 3c+ tu…
assalamualaikum..
salam sejahtera
saya bercita cita ingin menjadi seoarang guru?? saya mendapat keputusan
bahasa melayu: B
sains: B
pendidikan al quran dan sunnah : C
matematik : C
sejarah : C
saya ingin memasuki KPLSPM.. adakah saya layak??
assalamualaikum,
kenapa borang permohonan tidak boleh di isi???
saya risau ni,.
tarikh permohonan dah nak tutup,.
macam mana ni,..ada sesape boleh tolong x??