facebook
Home >> Semasa >> Lagi Berita Kurang Menyenangkan

Lagi Berita Kurang Menyenangkan

by kulanz on 13/02/2010 · 35 comments

Semasa menelusuri beberapa laman web yang memang selalu aku singgah, perhatian tertarik pada satu berita mutakhir (Jumaat, 12 Feb – 21.12 p.m). Jadi sengaja aku kongsikan di sini sebagai tatapan bersama. Tapi sebelum tu aku nak ingatkan, ini bukan bertujuan untuk memalukan atau menyinggung sesiapa, hanya untuk direnung dan difikirkan…

MUAR: Seorang ustaz berusia 36 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas empat pertuduhan mencabul murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Sagil Kampung, dekat Tangkak, dalam kejadian tahun lalu dan awal tahun ini.

Tertuduh Samsul Bahri Saleh, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nor`iza Mohamed.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan cara meraba paha dan alat sulit seorang murid berusia 10 tahun, kira-kira jam 1.30 petang, antara 1 Februari lalu hingga 5 Februari lalu di kelas 4 Anggerik di sekolah berkenaan.

Bagi pertuduhan kedua, Samsul Bahri didakwa melakukan kesalahan yang sama dengan meraba alat sulit seorang lagi mangsa dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang pada tahun lalu, di sekolah yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan kira-kira jam 1.20 tengahari pada tahun lalu dengan meraba alat sulit mangsa yang berusia 10 tahun dan pertuduhan keempat membabitkan dakwaan meraba buah dada murid tahun empat pada jam kira-kira 1.30 tengah hari, 8 Februari lalu.

Mahkamah memerintahkan wang jaminan dikenakan sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan dan tarikh sebutan semula kes itu ditetapkan 15 April ini.

Sumber: Berita Harian Online

Penafian: Tertuduh masih dianggap tidak bersalah selagi hukuman belum dijatuhkan.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


Kata kunci artikel:

definisi guru kencing berdiri murid kencing berlari, aku meraba dadanya, guru rogol pelajar di sek studi muar, harian metro ustaz meraba lapan murid, meraba paha, skodeng guru agama

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 34 comments… read them below or add one }

1 heatzik February 13, 2010 at 3:28 am

wah..bahaya punyer ustaz…inilah yang dikatakan umat akhir zaman..ye tak??

Reply

2 kulanz February 13, 2010 at 4:26 pm

Memang macam tu la dunia akhir zaman, lebih banyak org bijak pandai jadi jahil..

Reply

3 azizan4444 February 13, 2010 at 4:47 am

pernah dgr x bro ada guru kopiah dikepala anak murid abes diraba..hehehe…same la ngn situasi ni..sepatutnye indvdu yg bernama guru tu bertanggungjwab mndidik ank bangsa..tetapi len jdnye …

Reply

4 AyieBlog February 13, 2010 at 11:23 am

Zizan@ uik zizan 2lah dia manusia skrg banyak mantel punya sakit,lebih kurang sakit mantel..heheh luar nampak ok dalam kita x tahu,so banyak2 muhasabah diri :D

Reply

5 kulanz February 13, 2010 at 4:27 pm

@azizan444, pernah juga dengar cerita lebih kurang macam tu.. yg insiden tahun lalu..

Reply

6 hydir February 13, 2010 at 12:01 pm

banyak sgt unsur2 lucah melanda masyarakat .. tu yang naya tu :P
.-= hydir´s last blog ..5+1 perkara yang anda boleh lakukan jika bosan di pejabat =-.

Reply

7 AyieBlog February 13, 2010 at 12:19 pm

hydir@ kalau tgk benda lucah boleh berfikir secara rasional lagi xapalah nie,adess bila nafsu dah naik kepala semua benda x sedar @ buat2 x sedar sebab bapak syaitan ada belakang duduk menghasut.heheheheh :P

Reply

8 kulanz February 13, 2010 at 4:28 pm

@hydir, tu mungkin salah satu penyebab.. tp aku setuju jg dgn bro ayie.. kalau dapat kawal nafsu, perkara macam ni x akan berlaku

Reply

9 yanmie February 13, 2010 at 12:35 pm

salam lan, macam2 hal lah sekarang nie..tu seorang ustaz tu yg buat gitu. memalukan betul, nasib baik raba je kalau rogol tak tahu lah nak kata. sepatutnya didik anak murid, nie nak jahanamkan murid..aduhaiii

Reply

10 AyieBlog February 13, 2010 at 12:40 pm

akak ustaz 2 just status pada pekerjaan,orang dia kita x tahu mcm mana :D ,luar ok dalam busuk je.. heheheh :D

Reply

11 kulanz February 13, 2010 at 4:29 pm

@yanmie, salam..
guru kencing berdiri, murid kencing berlari.. hal-hal macam ni akan jadi alasan org lain untuk bertindak lebih dasyat daripada tu..

Reply

12 zik February 13, 2010 at 12:50 pm

minta kita dijauhkan..insyallah
.-= zik´s last blog ..Berhati-hati dijalan raya. =-.

Reply

13 kulanz February 13, 2010 at 4:30 pm

Betul bro.. harap-harap perkara macam ni dijauhkan daripada kita..

Reply

14 riBEna February 13, 2010 at 1:20 pm

hmmm..
mcm2 kes btol laa skg
tp penah dga x ayah rogol anak umo 3 bulan?
lagi xpatut mcm tu kn
ish3
.-= riBEna´s last blog ... ATAP . =-.

Reply

15 kulanz February 13, 2010 at 4:32 pm

tu lah yang melanda masyarakat kita sekarang ni..
x pernah lagi dengar bapa rogol anak 3 bulan tu.. aduii.. kenapalah ada orang macam tu

Reply

16 Amir February 13, 2010 at 3:18 pm

kadang2 yang jadi ustaz n ustazah ni bukan betul2 nak jadi guru agama… tapi sebab dah tak ada choice. nak jadi guru sains tak lepas syarat. itu banyak kes2 mcm ni kat malaysia ni…
.-= Amir´s last blog ..Hidup perlu sentiasa optimis =-.

Reply

17 AyieBlog February 13, 2010 at 3:50 pm

betul2 amir.. sebab x ada kerja elah pasal sebab kebanyakan yang cari kerja nie guna cable baca Entry nie

Reply

18 kulanz February 13, 2010 at 4:55 pm

Kadang betul juga tu bro ayie..
kalau dalam kata yg lagi kasar.. ustaz opsyen.. menjadi ustaz bukan kerana niat mengajar dan mendidik hal-hal agama dan tidak juga mengamalkannya dalam kehidupan harian, tapi sekadar memenuhi keperluan kerja..

tapi ni bukan untuk semua.. utk sorang tu je.. sebabnya masih ramai lagi ustaz yang baik berbanding macam dalam berita tu.. apapun, macam yg aku tulis tu, orang yg dimaksudkan tetap tidak bersalah selagi hukuman belum dijatuhkan.. cuma kita perlu ambil ikhtibar daripada perkara macam ni

Reply

19 Nine February 13, 2010 at 6:50 pm

nih lah satu2nya tanda akhir2 zaman dah….banyak maksiat…nauzubillah…
.-= Nine´s last blog ..Aku Dan Bilik Ku : Personal =-.

Reply

20 kulanz February 15, 2010 at 2:25 am

betul tu bro nine, macam-macam hal dah berlaku sekarang ni

Reply

21 manager February 13, 2010 at 7:39 pm

manusia lebih suka berperang sesama manusia tapi x boleh nk berperang melawan nafsu, merosakkan status ustaz,guru dan lelaki..belajar dr pengajaran..

Reply

22 kulanz February 15, 2010 at 2:26 am

manusia memang selalu kalah dalam melawan hawa nafsu.. tp yg ni rasanya x sempat pun bperang.. awal2 lagi dia dah kalah

Reply

23 1tomyam February 13, 2010 at 11:41 pm

aduih…tak tahu lah kenapa manusia macam tu ndak pulak jadi golongan ustaz dan pengajar agama…ya Allah…

Reply

24 kulanz February 14, 2010 at 1:22 am

adat resam dunia dah macam tu.. kiamat dah semakin hampir

Reply

25 panadoll February 13, 2010 at 11:48 pm

salam bro..
sbb tue ar skang nie suma kurg lbh, lbh kurg jer..
kalo c bapak leh mkn ank sndr, nie kn pla org len yg x kaitan lgsg.
ohoho

dunia smakin menakutkn tuk mereka yg b’gelar wanita.
dalam atau luar umah, bahayanya ttp sm..

wallahu’alam

Reply

26 kulanz February 14, 2010 at 1:24 am

salam..
memang tu lah keadaan sebenar, dunia rasa semakin tak aman.. alangkah baik kalau semua org dapat menyelami diri masing-masing.. taklah berlaku kejadian-kejadian seperti ni..

Reply

27 lazaac February 14, 2010 at 2:15 am

kalo mak bapak bdak2 tu tahu, naya ustaz tu kena sula… baru hukuman dunia, belum hukuman akhirat… taubat la ustaz…
.-= lazaac´s last blog ..Notepad ~ Tema WP dari n.Design Studio =-.

Reply

28 kulanz February 14, 2010 at 11:05 pm

Rasanya mesti mak bapak budak tu dah tahu.. harap-harap berita macam ni jadi teladan kepada orang lain

Reply

29 Dak Wan February 14, 2010 at 8:15 pm

Sakit kepala gak layan berita macam ni kan? Sudahnya profesion guru yg terima cemuhan….
.-= Dak Wan´s last blog ..Gong Xi Fa Chai =-.

Reply

30 kulanz February 14, 2010 at 11:06 pm

memang betul..
hal-hal macam ni boleh menjejaskan reputasi proffesion keguruan dan menyebabkan ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru.. sedih memikirkannya

Reply

31 Mus February 14, 2010 at 11:22 pm

raasa hilang kepercayaan kepada tokoh agama..

Reply

32 kulanz February 15, 2010 at 2:28 am

tak semua juga tu ging, masih ramai lagi tokoh agama yang baik.. tp, mcm kata pepatah, kerana kerbau seekor membawa lumpur, habis semuanya terpalit

Reply

33 mama March 27, 2010 at 8:32 pm

betul…tak semua tokoh agama macam tu…lagipun….dlm kes di atas…jgn cepat menuduh..pastikan kes sebenar……baru boleh comment…comment secara umum takpe…kasihan…pada kemungkinan seseorang itu teraniaya.kalau guru boleh dituduh punya sikap yang tidak baik zaman ini, apa kurang murid hari ini….salah didikan gurukah…yang hanya punyer beberapa waktu satu hari bersama murid….berbanding ibu bapa yang saban hari bertemu anak2..
bukankah saling membantu itu lebih baik

Reply

34 kulanz March 27, 2010 at 9:52 pm

aah, saya tetap yakin yang ustaz tu tak bersalah selagi mahkamah tidak memutuskan begitu, sebab tu awal-awal saya dah tulis penafian spt di bahagian bawah tu. saya juga yakin yang setiap komen rakan-rakan di atas hanya secara umum sahaja, sebab mmg tiada satu pun yang menulis nama beliau secara sfesifik..

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: